Categories
Berita Semasa

Al-Risyq: Pertemuan (tiga pemimpin) Mengesahkan Kegagalan Pilihan Untuk Menghapuskan Gerakan “Hamas”

Jumaat, 14/05/2010 – Seorang ahli biro politik bagi Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS), Izzat al-Risyq menyifatkan sidang kemuncak tiga pemimpin yang menghimpunkan dua presiden, iaitu presiden Syiria Basyar al-Asad dan Presiden Rusia Dmitry Medvedev, dan Ketua Biro Politik HAMAS Khaled Meshaal di Damsyik, sebagai satu pertemuan bersejarah dan membuktikan kepada dunia tentang kegagalan pilihan untuk membanteras Gerakan HAMAS dan menghapuskannya dari medan Politik Palestin, Arab dan di peringkat antarabangsa.

Al-Risyq menjelaskan dalam laporan kepada “al-Quds Press” yang diterbitkan pada hari Rabu (12-5) bahawa pertemuan tiga pemimpin tersebut adalah penting, memandangkan pertemuan seperti ini (belum pernah diadakan lagi sebelum ini) dan merupakan pertemuan kali pertama (buat pemimpin tersebut),beliau berkata “ kami dalam Gerakan HAMAS menganggapkan pertemuan tiga penjuru ini sebagai pertemuan paling bersejarah dan merupakan pertemuan yang sangat penting. Ini adalah kali pertama pertemuan antara Medvedev dan Meshaal, walaupun kami telah berkunjung ke Rusia sebanyak 3 kali, dan sidang kemuncak ini menegaskan bahawa HAMAS merupakan sebuah gerakan utama dalam memainkan peranan penting mengadili konflik yang timbul dan menegaskan tentang kegagalan dasar politik Amerika dan kegagalan syarat-syarat Jawatankuasa Kuartet yang bermatlamat untuk menghapuskan Gerakan HAMAS, serta menegaskan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tentang peranan gerakan HAMAS akan membuat kesimpulan bahawa dasar politiknya adalah gagal.

Beliau menambah lagi “sidang kemuncak ini memberi peluang untuk mengukuhkan hubungan antara HAMAS dan Rusia dan menegaskan bahawa Rusia tertarik dalam mengembangkan dan meningkatkan peranan mereka di Timur Tengah, dan kami di HAMAS menguatkan peranan Rusia ini dan mengajak untuk mengembangkan peranan tersebut, kerana kita memerlukan kesimbangan dalam hubungan dan kami percaya bahawa sidang kemuncak ini belum pernah terjadi sebelum ini dengan kekuatan gerakan-gerakan pembebasan dalam masyarakat yang terdiri dari negara Syiria dan juga gerakan HAMAS (sendiri), dan sudah pastinya sidang kemuncak seperti ini akan dapat membina hubungan serta persaudaraan, dan dapat merealisasikan segala resolusi dan cadangan di peringkat Antarabangsa dan mengukuhkan hubungan ini untuk memberi khidmat kepada permasalahan Palestin dan permasalahan bangsa arab”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

Isu penangkapan seorang aktivis oleh Israel.

Jumaat, 14/05/2010 – Pihak berkuasa Israel akhirnya mengaku mereka telah menahan seorang aktivis hak asasi manusia Arab-Israel yang terkenal selama beberapa hari dan menuduhnya sebagai perisik bagi gerila Hizbullah Lebanon.

Israel kini berada menerima tekanan dalaman yang kuat untuk mengeluarkan butiran kes terhadap Amir Makhoul selepas perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah telah menghalang media daripada melaporkan butiran kes itu. Butiran yang merangkumi identitinya, menggusar para penyokong demokrasi di Israel selepas kes sama melibatkan seorang wartawan Israel yang ditahan di rumah rahsia bulan lepas.

Mr Makhoul Ittijah, pengarah pertubuhan bukan kerajaan Palestin (NGO) ditangkap dalam serangan pada waktu subuh di rumahnya di bandar Haifa Israel pada Khamis pekan lalu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Puak pelampau rejim Zionis mulakan “the march of flags”

Jumaat, 14/05/2010 – Puluhan ekstrimis Yahudi melakukan upacara keagamaan dan sembahyang di sekitar Masjid Al-Aqsa di ketika ini walaupun telah diberikan amaran, serta mengabaikan protes dari pengawal keselamatan yang mereka lakukan untuk polis Israel.

Seorang pengawal keselamatan mengesahkan bahawa 95 puak pelampau Yahudi berkeliaran di pelantaran Masjid Al-Aqsa dilindungi oleh polis Israel, dan tak lama selepas memasuki kawasan masjid, mereka mula melakukan upacara keagamaan berhampiran gerbang “Alqtanin” dan “Majles” yang merupakan gerbang utama ke masjid, yang mencetuskan kemarahan para pengawal keselamatan. Mereka kemudiannya menelefon polis untuk memberi arahan agar menghentikan tindakan puak pelampau tersebut, namun pihak polis rejim Zionis menafikan bahawa adanya upacara keagamaan disitu serta mengusir mereka setelah berakhirnya “sesi provokasi” tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Zionis cadang bangunkan 12000 unit perumahan baru

Jumaat, 14/05/2010 – Satu cadangan baru membangunkan sebanyak 12000 unit perumahan di selatan al-Quds. Kawasan baru itu akan di beri nama Givat Yael dan dibangunkan oleh Penny&Danny Cohen. Penempatan ini bakal memuatkan 45000 pendatang haram Zionis. Menurut Dr Hassan Khater, projek itu di bina atas tanah seluas 2500 hektar.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Pelajar al-Quds diugut Shin Bet

Jumaat, 14/05/2010 – Agensi Shin Bet dilaporkan telah menggugut pelajar perubatan Palestin untuk menyertai perkhidmatan perisikan Israel dengan menawarkan permit kemasukan ke al-Quds (Jerusalem).

Agensi perisikan itu dituduh cuba menggugut dua pelajar di tahun lima di unversiti hospital Palestin di bandar, akhbar Israel berbahasa Ingeeris, Haaretz melaporkan di laman sesawang mereka pada Rabu yang lepas.

Agen Shin Bet yang menggelarkan dirinya sebagai “Kapten Biran” telah bertanggung jawab untuk mengawasi universiti tersebut dan mengarahkan dua pelajar terbabit untuk melaporkan pergerakan dan aktiviti pelajar lain sebagai balasan untuk memperolehi pembaharuan permit kemasukan mereka, sebagaimana dilaporkan oleh Haaretz.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menyerang Al-Qrara

Jumaat, 14/05/2010 – Tentera Rejim Zionis menyerbu kawasan terhad Al-Qrara , di timur laut Khan Younis, tengah Semenanjung Gaza. Menurut agensi berita SAFA , lima jentolak dan empat keretakebal menceroboh 150 meter ke dalam kawasan Al-Qrara berdekatan dengan ‘Sempadan Palestin 1948’, berdekatan lintasan Sofa .

Jentolak meranapkan tanah tanaman dan Tentera Rejim Zionis menembak ke arah penari dan penduduk awam, tiada kecederaan dilaporkan, sumber menambah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Kami berusaha dengan negara-negara lain untuk menghapuskan kepungan Gaza

Khamis, 13/05/2010 – Perdana Meneteri Turki, Rajab Tayyib Erdogan memaklumkan bahawa Turki akan bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menghapuskan kepungan zalim yang dikenakan keatas Gaza, dengan menjelaskan bahawa usaha tersebut juga akan bergerak kearah membangunkan kembali apa yang telah dimusnahkan oleh alat peperangan Zionis sejak 15 bulan yang lalu.

Perkara ini muncul dalam pertemuan Erdogan dengan delegasi berkedudukan tinggi yang mengadakan “Kempen Eropah Untuk Menghapuskan Kepungan ke Atas Gaza” dan Pusat “KEMBALI” rakyat Palestin yang juga turut serta dengan beberapa Pertubuhan Masyarakat Eropah, pada hari Isnin (10/5).

Erdogan menekankan penolakannya terhadap kepungan yang berlaku ke atas Gaza, dan beliau berkata dalam pertemuan tersebut “ Turki bekerjasama dengan beberapa Negara yang lain untuk menghapuskan kepungan (keatas Gaza),dan perkara tersebut (sebenarnya) menjadi keutamaan bagi dirinya dan Negara Turki sendiri”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Rakyat Mesir: Tolak Rundingan Abbas dengan Zionis

Khamis, 13/05/2010 – Rakyat Mesir rata-ratanya menolak rundingan yang dijalankan oleh Abbas dengan Zionis. Abbas dikatakan telah banyak melakukan rundingan tidak rasmi dengan Zionis Israel. Mohammed Ibrahim, menyebutkan pelik dengan tindakan Abbas yang mahu meneruskan rundingan dengan Zionis Israel. Dalam waktu yang sama pelampau-pelampau yahudi terus-menerus menceroboh al-Aqsa dan membina kuil-kuil mereka. Menurut Fawzi al Misri pula, beliau bertegas agar rakyat Palestin bangkit bersatu dan menjauhi tindakan sia-sia seperti berunding dengan Zionis.

Ramai yang melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemimpian Arab yang diam seribua bahasa dan tidak bertindak membantu keadaan di Palestin. Lebih malang lagi bersekongkol dengan Amerika Syarikat.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Hebron dari semua sudut

Khamis, 13/05/2010 – Selama tiga hari sejak Sabtu lalu, saya menghadiri gelombang baru protes mingguan Hebron di Casbah (Bandar Lama). Protes ini direka untuk mengganggu lawatan penduduk haram Israel dikawal tentera rejim Zionis yang melalui Casbah setiap minggu, dan menggesa pembukaan semula Shuhada Street dan menamatkan penjajahan terhadap bandar lama itu. Walaupun selama dua minggu terakhir para penduduk haram Israel telah berubah masa lawatan mereka untuk mengelakkan bertembung dengan protes kami, kami memutuskan untuk meneruskan dengan protes seperti yang dirancang untuk menyatakan hak Palestin untuk bergerak bebas di dalam kota mereka. Jadi, setiap seminggu sekumpulan antara 50-70 orang Palestin, Israel, dan antarabangsa berkumpul di depan gerbang pintu masuk Shuhada Street.

Kami berdiri dengan papan tanda dalam bahasa Arab, Ibrani, dan Inggeris dan megafon diberikan sekitar bagi orang yang berbeza melaungkan rasa mereka dalam tiga bahasa. Beberapa aktivis mengambil kesempatan untuk memberikan pidato pendek yang berapi-api, kadang-kadang dalam bahasa Israel yang terkena langsung kepada para askar dan penduduk yang tengok kami dari tingkat atas Beit Romano Yeshiva, mengatakan bahawa dasar-dasar yang tidak adil tidak akan dilakukan dalam nama kami. Berbeza dengan minggu pertama ketika protes yang berakhir dengan beberapa penangkapan yang tidak berasas, protes akan dilakukan secara berarak melalui Casbah yang dipenuhi oleh serangan air kotor dilemparkan ke bawah pada kami dari rumah para penduduk Yahudi yang tinggal di atas rumah kedai milik Palestin. Selama dua minggu terakhir tidak ada konfrontasi langsung dengan tentera atau penduduk, tapi kami berpegang pada sebuah janji bahwa kita akan terus protes setiap minggu sampai perkauman dan pemisahan dihapuskan di Hebron dan seluruh Palestin.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel merobohkan 10 rumah di Palestin

Khamis, 13/05/2010 – Pihak berkuasa penjajaha Israel telah menyatakan pada hari ini 10 rumah akan dirobohkan di kawasan “Khellet Abu Beida” dan “Al Jalajel” berhampiran bandar “Bani Naim” Timur Laut Hebron. Pihak Majlis “Bani Naim” telah mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan ” Bersama dengan perbincangan tidak langsung antara Palestian dan Israel, Israel telah menyatakan bahawa 10 buah rumah akan dirobohkan dan pihak tertiinggi dalam Majlis penjajah akan memeriksa kerosakan yang dihadapi oleh rumah – rumah terlibat semasa mesyuarat pada 3 Jun 2010 dan mesyuaratT ke dua pada 3 September 2010.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Jordan: kempen besar-besaran memboikot barangan Zionis

Rabu, 12/05/2010 – Kesatuan Pekerja Profesional Jordan telah mengumumkan pada hari Isnin (11-5)tentang pelancaran kempen secara besar-besaran memboikot barangan Zionis di Jordan, sempena memperingati ulang tahun Nakbah Rakyat Palestin kali ke 62, dan sebagai langkah membantah ancaman berterusan rejim Zionis ke atas Jordan.

Pengerusi Majlis Kesatuan Pekerja Profesional Jordan dan Ketua Persatuan Perubatan Jordan, Ahmed al-Armouti, dalam sidang media (bersama) berkata “Kempen (pemboikotan) dengan slogan [Jordan bersih dari barangan buatan rejim Zionis] berlangsung sempena memperingati ulang tahun ke 62 Nakbah rakyat Palestin yang juga dilakukan atas dasar membantah ancaman berterusan rejim Zionis ke atas Jordan”.

Menurut mereka lagi, kempen yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meneruskan kempen-kempen pemboikotan (sebelum ini) terhadap barangan buatan Zionis, dan menolak untuk berurusan dengan mereka (pihak Zionis) dan dengan pihak yang memperomosikan barangan mereka, serta memberi pengenalan kepada rakyat Jordan tentang produk-produk perniagaan, Kebudayaan, dan Pelancongan Zionis supaya membolehkan mereka memboikot barangan-barangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Kapal keamanan pertama belayar ke Gaza

Rabu, 12/05/2010 – Kapal pertama dalam armada antarabangsa untuk keamanan Gaza berlepas dari Ireland ke Gaza pada Rabu lepas, 12 Mei 2010, melalui Greece. Pelayaran kapal pertama ini akan diikuti oleh kapal-kapal yang lain yang dijangka belayar serentak pada 22 Mei ini dari pelabuhan-pelabuhan di Turki dan Greece. Kapal-kapal ini akan bertemu di perairan Cyprus sebelum sama-sama berlayar ke perairan Gaza.

Sumber pakatan antarabangsa mengesahkan bahawa motif pelayaran tersebut adalah kesungguhan dan keteguhan dalam menghadapi apa jua halangan serta ketegasan mempertahankan hak mereka untuk memasuki Gaza atas nama keamanan untuk membawa bantuan kemanusiaan. Pakatan antarabangsa tersebut dianggotai oleh Pergerakan Pembebasan Gaza (FGM), Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki IHH serta beberapa organisasi dari Malaysia, Greece, Ireland dan Eropah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Dunia akan terbakar jika al-Quds terbakar

Rabu, 12/05/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan memberi amaran jika tindakan keras Zionis berterusan berlaku di bandar al-Quds yang akan menyebabkan keseluruhan rantau tersebut terbabit sama. Beliau juga memberi amaran bahawa usaha Zionis untuk menjejaskan kestabilan di rantau tersebut akan menyebabkan akibat yang tidak baik.

Amaran ini dikeluarkan oleh beliau ketika berucap semasa sidang luar biasa bagi jawatankuasa eksekutif Persatuan Parlimen Pertubuhan Negara Islam yang memulakan sidangnya di Istanbul pada hari Isnin (10/5).

Erdogan berkata sebab utama penubuhan Pertubuhan Negara Islam ialah kebakaran yang berlaku di Masjid al-Aqsa pada tahun 1969 sambil menegaskan kedudukan tinggi yang dimiliki oleh al-Quds dalam hati setiap muslim di dunia.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ceroboh Bait Omar di Hebron

Rabu, 12/05/2010 –Tentera rejim Zionis mengarah penjaga sempadan menyerbu kampung Bait Omar di utara Hebron di Tebing Barat. Mereka melepaskan tembakan yang bertalu-talu menyebabkan seorang ibu bersama bayinya selepas kereta mereka terbalik.

Jurucakap untuk projek perpaduan, Mohammed Ayad, mengatakan bahawa IOF menembak bom gas dan melepaskan tembakan ke arah warga Palestin secara tiba-tiba.

Beliau menambah bahawa penduduk kampung Al-Zaher terkejut serangan Israel ke atas mereka. Warga Palestin Sana Salamah, 28, dan suaminya cedera kemudian dipindahkan ke hospital selepas kereta mereka terbalik akibat tembakan tentera Israel yang bertalu-talu, beliau menambah.

Tentera rejim Zionis juga menghalang ambulan yang membawa ibu dan byai tersebut. Selain itu, tentera IOF memukul Mohammed Mokbel dengan kayu. Selain itu mereka menahan tujuh warga Palestin .

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

45 Rabi Ekstrim serbu Masjid al Aqsa


Rabu, 12/05/2010 –Seramai 45 rabi dari kumpulan pelampau Yahudi telah menyerbu Masjid al-Aqsa. Mereka juga mendapat perlindungan dari pihak keselamatan Zionis Israel. Rabi-rabi ini mendakwa memperingati 43 tahun penyatuan al-Quds. Walaupun proses perdamaian sedang berlangsung, kumpulan rabi ini tidak akan menyerah al-Quds dengan mudah.

Antara rabi yang terlibat dalam serbuan itu, menyatakan usaha mereka adalah untuk membuktikan hubungan erat orang Yahudi dengan tempat suci yang didakwa mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif