Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Israel mencederakan jurugambar, 3 yang lain dalam demonstrasi aman di Beit Jala

Rabu , 07/07/2010 –Tentera Rejim Israel hari ini melepaskan bom gas di demonstrasi aman di Bait Jala yang mencederakan seorang jurufoto dan tiga yang lain.

Sumber tempatan melaporkan bahawa Mahmoud Alian adalah jurufoto yang bekerja dengan akhbar Al-Qudes ditembak dengan bom gas di kepalanya, manakala tiga yang lain mengalami sesak nafas semasa mereka menyertai demonstrasi.

Amar Abu Naser, penyelaras Jawatankuasa Kebangsaan untuk Menentang Tembok Apartheid, mengatakan bahawa pertempuran terjadi di daerah Krimzan di Bait Jala, beliau menyatakan bahawa mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob
Categories
Berita Semasa

3 Kanak-kanak Cedera Parah Akibat Bom Ranjau Meletup

Rabu , 07/07/2010 –Tiga kanak-kanak Palestin menderita luka parah hari ini selepas sebuah bom ranjau meletup di bandar Bait Hanoon, utara Jalur Gaza.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Al-Shefa, Dr Muawiya Hassanein, berkata bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital Kamal Odwan untuk menerima rawatan lanjut, menambah bahawa keadaan mereka yang terkawal.

Israel telah meninggalkan sejumlah bom ranjau di bawah runtuhan rumah-rumah hancur dalam perang Gaza yang lalu. Beberapa dari mereka dijumpai dan meletup oleh Jabatan Dalam Negeri di Gaza, tetapi yang lain masih tertanam di dalam tanah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   ameen
Categories
Berita Semasa

Turki akan putus hubungan dengan Zionis Israel kecuali mohon maaf

Rabu , 07/07/2010 –Menteri Luar Negeri Turki Ahmed Davutoglu mengancam akan memutuskan hubungan Turki dengan Zionis Israel jika Zionis tidak memohon maaf secara terbuka ke atas kezaliman yang telah dilakukan ke atas sukarelawan Turki pada 31/5 yang lalu. Turki menuntut permohonan maaf secara terbuka terhadap yang dilakukan terhadap konvoi keamanan dan menerima hasil siasatan penyelidik antarabangsa.

Menurut akhbar Huriyet, Turki juga telah menutup ruang udara mereka dari digunakan oleh Zionis Israel. Tetapi setakat ini, bukan keseluruhan udara di tutup. Dalam pada itu, Zionis Israel berdegil tidak akan memohon maaf secara terbuka kepada Turki.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair
Categories
Berita Semasa

Profil Ahmad Sa’adat, anggota Barisan Popular Pembebasan Palestin.

Rabu , 07/07/2010 – Beliau merupakan Setiausaha Agung Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP) ketika ditubuhkan pada tahun 1967 dan salah seorang daripada beribu-ribu tahanan politik Palestin. Pada tahun 2002, beliau dihukum penjara 30 tahun kerana kejahatan politik yang ‘berkaitan dengan keselamatan’ termasuk terlibat dengan organisasi yangdilarang, dokumen 1993 yang menyatakan bahawa:

“Objektif strategik perjuangan PFLP bersama pasukan revolusi Palestin lain adalah untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan Zionis. Tujuan PFLP alah untuk membentuk sebuah negara demokrasi secara keseluruhan di tanah Palestin dengan ibu negaranya di Baitulmuqaddis. Negara ini akan menjamin hak undang-undang dan kesamarataan untuk semua warganegara tanpa diskriminasi atas dasar agama, jantina, kepercayaan atau warna kulit. FPLP akan menentang Zionisme dan imperialisme dan berorientasikan ke arah kesatuan demokratik dengan negara-negara Arab yang lain .. ”

“Bagi mencapai tujuan ini, penyelesaian radikal dicadangkan demi negara Palestin dan kesiapsiagaan untuk meneruskan perjuangan yang rumit dan akan menghadapi kesukaran berpanjangan (melawan Zionisme), agresif mengamalkan rasis, meluaskan penempatan baru, berentiti peneroka-kolonial bertujuan penghapusan orang-orang kami.” Pengorbanan besar sangat diperlukan untuk menghalangnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz
Categories
Berita Semasa

Israel melanjutkan tempoh penahanan legislator Jurusalem

Rabu , 07/07/2010 –Mahkamah Israel menetapkan pada Ahad lelpas untuk melanjutkan tempoh penahanan penggubal dasar undang-undang Jurusalem; Mohammad Abu Teir, dari parti Hamas hingga 12 Julai. Pertuduhan juga menggesa supaya Abu Teir dihalau dari kediamannya di Jurusalem.

Peguam yang mewakili Abu Teir, Fadi Qawasmi, menyatakan keputusan itu dibuat atas dasar pertimbangan keputusan Peguam Negara Israel menjadi alternatif kepada hukuman buang daerah.

Qawasmi turut menambah, permohonan telah dikemukakan kepada Menteri Dalam Negara Israel agar menyemak kembali keputusan mahkamah yang menghendaki beliau dilucutkan hak menetap di Jurusalem.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : faizul
Categories
Berita Semasa

Pertemuan Fayad–Barak Hanya Menutup Kezaliman dan Sekatan Zionis Israel

Rabu , 07/07/2010 –Kementerian Dalam Negeri (KDN) Palestin dengan tegas menolak segala bentuk perundingan dengan penjajah Zionis, setelah mereka menumpahkan darah rakyat Palestin, menghancurkan rumah-rumah mereka dan membuat sekatan yang begitu ketat. Perundingan dengan penjajah Zionis dianggap sebagai tipu daya baru terhadap rakyat Palestin dan seluruh dunia.

Pihak KDN Palestin Isnin (5/7), memberi ulasan terhadap pertemuan Menteri Pertahanan Zionis Ehud Barak dengan ketua pemerintah di Ramallah, Salam Fayad. Pihak KDN mengatakan, “Usaha perundingan ini berlaku ketika penjajah Zionis Israel mengukuhkan Yahudinisasi negara Zionis dan perampasan tempat-tempat suci Islam kemudian mendakwa sebagai warisan nasional Yahudi. Ketika ini juga penjajah Zionis Israel giat melakukan pengusiran terhadap warga Palestin dan pengukuhan tembok pemisah perkauman serta penempatan-penempatan baru Yahudi.”

KDN Palestin mengingatkan tentang akibat dari usaha perundingan dengan penjajah Zionis Israel ini. Ditegaskan bahawa pertemuan ini tidak mendapat apa-apa manfaat bahkan akan mewujudkan suasan tegang. Pertemuan itu hanyalah untuk menutupi kezaliman pembunuhan, penghancuran dan sekatan yang dilakukan Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Agen Mossad dibicarakan di Belanda

Rabu , 07/07/2010 –Seorang agen Mossad Zionis yang dituduh terlibat dalam pembunuhan seorang pemimpin HAMAS, Mahmoud al-Mabhouh di Dubai pada Januari lalu, sedang dibicarakan sama ada akan diekstradisi ke Jerman atas permintaan kerajaan Jerman.

Jurucakap mahkamah Warsaw, Voezic Malik berkata masih belum diketahui sama ada mahkamah akan membuat keputusan hari ini berkenaan ekstradisi Ori Brodsky yang dituduh bersubahat dalam memalsukan paspot Jerman yang digunakan oleh salah seorang kumpulan agen Mossad yang melakukan pembunuhan, atau ia akan menangguhkan keputusannya.

Brodsky ditahan pada Jun lalu di Poland berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Jerman.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

Rejim Israel mempertimbangkan mandat lebih besar kepada panel bantuan Gaza

Selasa, 06/07/2010 –Panel yang diketuai Jacob Turkel, bekas hakim Mahkamah Tinggi rejim Israel melancarkan penyiasatan pada hari Isnin dan memberikan notis bahawa Benyamin Netanyahu dan menteri pertahanan beliau untuk tampil sebagai saksi memberi keterangan semasa insiden 31 Mei lalu di mana seramai sembilan warga Turki telah terbunuh.

Rejim Israel telah meneruskan penyiasatan selepas bangkitnya protes dunia terhadap serangan lalu, walaupun mereka menolak cadangan PBB untuk mengadakan penyiasatan antarabangsa. Serangan Zionis Israel itu telah memberi kesan terhadap sekatan di wilayah pemerintahan Hamas di Gaza dimana sekatan itu telah pun dikurangkan.

Kenyataan yang diambil dari rejim Israel pada Selasa tempoh hari, berkata Turkel telah pun memfailkan “satu permintaan untuk meluaskan kuasa pihak penyiasat bagi mendapatkan saksi-saksi yang akan hadir dan memberi pernyataan bersumpah kepada mereka”.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  noraliza

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin memprotes di hadapan penjara Askalan

Selasa, 06/07/2010 –Jawatankuasa perhubungan tahanan penjara di tanah berkod 48 milik Palestin yang telah dijajah melakukan protes pada Rabu lalu di hadapan penjara Askalan milik Israel bagi mengutuk polisi pentadbiran yang tidak masuk akal.

Para pemprotes melaungkan slogan dan mengherdik tentera rejim Zionis (IOF) bagi menggesa pembebasan para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.

Jawatankuasa terbabit dalam kenyataannya menggesa tindakan-tindakan tidak masuk akal terhadap para tahanan dan keluarga mereka ditamatkan. Jawatankuasa itu turut menggesa pengasingan tahanan ditamatkan serta tahanan-tahanan yang sakit dibenarkan menerima rawatan. Berhubung isu yang sama, jawatankuasa itu merayu pihak antarabangsa mengenakan tekanan ke atas rejim Zionis untuk berurusan dengan mereka atas prinsip tahanan perang.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Darat menculik legislator Hamas Di Jerusalem, dan bersiap untuk mengusirnya

Selasa, 06/07/2010 –Tentera Israel dan pasukan yang menyamar, pada Rabu malam, menculik legislator Hamas dari Jerusalem, Muhammad Abu Teir, dan memindahkannya ke penjara al-Maskobiyya, dalam persiapan untuk mengusir dia bersama-sama dengan legislator Hamas lain dari bandar.

Pasukan menyamar menyelusup kenderaan legislator Ahmad Attoun dan menculik Abu Teir, yang menemani Attoun pada saat itu. Para prajurit mendakwa bahawa Abu Teir tidak dibenarkan untuk tinggal di Jerusalem, dan harus diusir.

Legislator Khalid Abu Al Jazeera, bekas Menteri Hal Baitulmuqaddis, menegaskan penangkapan Abu Teir, dan menyatakan bahawa Israel berkemungkinan akan melaksanakan keputusannya untuk mengusir dia bersama-sama dengan legislator lain, termasuk dirinya sendiri, kerana Israel ingin mengusirnya dari Jerusalem.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   farah

Categories
Berita Semasa

Ulama Dunia Minta Mesir Buka Pintu Rafah

Selasa, 06/07/2010 –Ketua Persatuan Ulama Dunia, Syaikh Yusuf al Qardhawi meminta Mesir membuka terus pintu masuk Rafah yang bersempadan dengan Palestin. Beliau menyatakan Persatuan Ulama Dunia ikut serta dalam konvoi pembebasan sekatan yang akan datang menuju Semenanjung Gaza. Beliau turut memuji sikap Turki dalam masalah sekatan Gaza dan isu Palestin secara umum.

Hal tersebut disampaikan Qardhawi dalam pertemuan Persatuan Ulama Dunia di Istanbul, Turki, Rabu (30/6). Qardhawi mengatakan, “Tujuan pertemuan di Istanbul ini adalah tanda sokongan dan dokongan para ulama umat ini kepada rakyat Turki dan pemerintahnya dalam tindakan kemanusiaan mereka yang mulia berkenaan isu Palestin.”

Dalam pernyataannya Qardhawi memuji Sikap Turki yang berani dalam isu-isu umat Islam, khususnya sikapnya terhadap armada kebebasan, terhadap Gaza dan isu Palestin secara umum.”

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Erekat : “ Proses Damai tidak akan Dilanjutkan tanpa perkembangan di sempadan”

Selasa, 06/07/2010 – Dr. Saeb Erekat, ketua jabatan rundingan PLO menyatakan rundingan bagi mencapai kedamaian tidak akan dapat dijalankan tanpa perkembangan dalam penyelesaian antara 2 negara dan juga isu sempadan.

Dr. Erekat menambah kerajaan haram Israel mesti menghentikan segala penyelewengan, penaklukan dan penangkapan secara berterusan, membuka semua penutupan dan juga menghentikan segala aktiviti penempatan haram Israel.

Pernyataan beliau didengari selepas Presiden Mahmoud Abbas dan Wakil US di Timur Tengah, George Mitchell, mengakhiri mesyuarat di ibupejabat Presiden di Ramallah. “ Kami harap pesanan kami adalah jelas”, Tegas Erekat, “ Ini adalah pesanan kami kepada pentadbiran US dan komuniti antarabangsa.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  noraliza

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ceroboh Khan Younis

Selasa, 06/07/2010 – Beberapa buah jentolak dan kereta kebal rejim Zionis menceroboh Farrahin, timur Khan Younis yang terletak di utara Gaza. Mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah rumah dan harta benda penduduk tempatan.

Para saksi memberitahu bahawa tentera rejim Zionis (IOF) yang dilengkapi beberapa buah kereta kebal, dua buah jentolak dan beberapa buah trak militan menceroboh Farrahin, timur Khan Younis pagi ini serta melepaskan tembakan perisai asap. IOF dilaporkan menceroboh kawasan-kawasan di timur Khan Younis dan Rafah setiap hari untuk memusnahkan harta benda penduduk tempatan serta melepaskan banyak tembakan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Utara Gaza diserang rejim Zionis.

Selasa, 06/07/2010 –Pesawat tentera Israel telah mengebom beberapa kawasan di selatan dan utara Semenanjung Gaza selepas tengah malam tadi (Jumaat lepas) namun tiada korban dilaporkan.

Saksi menyebut pesawat tentera Israel (F16) telah mensasarkan dua peluru berpandu sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah yang ditutup beberapa tahun lalu dan telah menjadi sasaran berterusan oleh pesawat Israel. Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang terletak di selatan Gaza itu mengalami beberapa kerosakan manakala pesawat Israel yang sama itu juga mengebom zon bebas di timur Khan Younis.

Pesawat tentera Israel juga mengebom Abu Jarad, selatan Kota Gaza sehingga menyebabkan berlaku kerosakan beberapa buah rumah di sekitarnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Legislator Hamas Protes Terhadap Perintah Pengusiran

Selasa, 06/07/2010 –Legislator Hamas yang terpilih di Baitulmuqaddis mula protes terhadap perintah Israel untuk mengusir mereka dari Baitulmuqaddis, dan kemungkinan akan meningkatkan protes mereka ke mogok kelaparan.

Jurutera Khaled Abu Al Jazeera, bekas Menteri Hal Baitulmuqaddis, berkata kepada al-Jazeera di Qatar bahawa protes tersebut menikmati sokongan masyarakat luas, dan akan berterusan sehingga notis lebih lanjut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  farah