Categories
Berita Semasa

(Terkini) Pesawat rejim Zionis bunuh seorang warga Palestin.

Rabu, 30/06/2010 –Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Isnin bahawa seorang warganya terbunuh dan lain-lain cedera ketika diserang oleh Tentera Udara Israel Al sekitar Shujaeyya timur Kota Gaza.

Serangan itu tampaknya dilakukan oleh pesawat tanpa juruterbang, dan langsung diikuti dengan peluru meriam. Warga yang dibunuh dikenalpasti sebagai Bassam Badwan,, 29 sementara warga lain terluka.  Badwan meninggal karena luka-lukanya selepas kakinya putus dari tubuhnya dan kerana luka yang banyak di bahagian-bahagian tubuh lain

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Perdana Menteri Israel menjadi saksi pertama perbicaraan serangan flotilla

Rabu, 30/06/2010 –Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menjada saksi pertama untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa penyiasataan serangan maut ke atas kapal-kapal bantuan untuk Gaza. Sumber rasmi memberitahu bahawa panel telah bermesyuarat pada Isnin.

“Perdana Menteri akan menjadi saksi pertama untuk memberi ketereangan kepada jawatankuasa” jurucakap Ofer lefler memberitahu AFP, walau bagaimanapun tarikh perbicaraan masih belum ditentukan lagi. Keputusan untuk menyoal siasat Netanyahu diambil sesudah Suruhanjaya Tirkel secara rasmi membuka penyiasatannya terhadap serangan maut pada 31 Mei itu.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Zionis tangkap Palestin yang dituduh ada kaitan dengan Al Qaeda.

Rabu, 30/06/2010 –Tentera Zionis Israel baru-baru ini telah menangkap tujuh pemuda warga Palestin dari Nazareth, utara wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948 atas tuduhan terlibat dengan organisasi Al-Qaeda.

Polis Israel pagi hari ini memutuskan untuk mengeluarkan butiran lebih lanjut penangkapan beberapa orang pemuda yang dituduh melakukan pembunuhan terhadap pemandu teksi Israel dari bandar Nazareth Utara (Nazareth Illit), dan dakwaan merancang serangan lain. Menurut laman akhbar Yahudi “Ha’aretz”, polis Israel telah menangkap tiga orang muda dari Nazareth November lalu yang merekrut empat pemuda untuk “melakukan keganasan”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pemimpin G8 : Situasi Gaza tidak kekal

Rabu, 30/06/2010 –Pada mesyuarat kuasa ekonomi terbesar dunia Toronto, Canada pada sabtu, Negara ‘G8’ mengeluarkan kenyataan mengatakan “ Situasi semasa tidak kenal dan mesti diubah”, merujuk kepada kepungan tiga tahun Israel terhadap Gaza yang memenjarakan rakyat dan mengebabkan kesengsaraan yang teruk.

Kenyataan ditandatangani pemimpin A.S., Britain, Peranchis, Itali, Jerman, Kanada, Jepun dan usia, sehari selepas Jawatankuasa Eropah mengutuk kepungan terhadap Gaza, adan menggesa kerajaan haram Israel menamatkan kepungan secara keseluruhan.

Pempimpin kuada besar dunia berjumpa setiap tahun pada ‘G8’, atau Sidang ‘Group of Eight’ , di beberapa bandaraya. Mesyuarat ini bertembung dengan beberapa bantahan oleh yang merasakan kaedah membuat keputusan tidak demokratik dan bermoral. Bantahan diluar Sidang G8 di Toronto, termasuklah permintaan untuk Palestin menentukkan nasibnya sendiri, permintaan untuk menamatkan penjajalan ekonomi dan pengekploitasian sumber alam negara miskin oleh negara kaya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Perpaduan negara tetap sukar ditemui di bawah pendudukan

Rabu, 30/06/2010 –Semasa lawatan beliau baru-baru ini ke Semenanjung Gaza, Ketua Setiausaha Liga Arab Amr Mousa telah menerima satu/sebuah memorandum daripada Perdana Menteri Ismail Haniyeh daripada kumpulan Hamas yang mengemukakan syarat-syarat Hamas untuk menandatangani sebuah perjanjian perdamaian yang diuruskan oleh pembrokeran Mesir dengan saingannya Fatah yang disokong oleh AS.

Dr Ahmad Yousef, timbalan menteri luar negeri kerajaan yang dipimpin oleh Hamas dalam Semenanjung Gaza, memberitahu The Electronic Intifada (EI) bahawa memorandum itu/tersebut menekankan point/tujuan/idea/syarat yang Fatah perlu menerima sebelum Hamas menandatangani kertas yang diuruskan oleh pembrokeran Mesir.

Sejak pemisahan antara Fatah dan puak-puak Hamas meruncing selepas Hamas menghalang usaha-usaha yang disokong oleh (kuasa) asing/luar untuk menggulingkannya pada tahun 2007 berikutan kemenangan Hamas dalam pilihan raya pada tahun sebelumnya, terdapat banyak perbincangan untuk mengembalikan kesatuan Palestin. Perdamaian sedemikian bagaimanapun setakat ini mengelak semua usaha-usaha (tersebut). Sesetengah penganalisis fikir ia mungkin mempunyai sebuah peluang lebih baik sekarang.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  yusra

Categories
Berita Semasa

Firma satelit memotong siaran-siaran TV Hamas ke Eropah

Rabu, 30/06/2010 –Sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Gaza, telah dituduh menghasut/mengapi-apikan kebencian terhadap orang Yahudi dan Israel, lalu siarannya ke Eropah dimatikan, firma satelit Eutelsat berkata pada hari Jumaat.

Eutelsat yang berpangkalan di Paris berkata bahawa pelanggannya Noorsat, pengendali yang mengurus penyiaran TV Al-Aqsa untuk/ke bahagian-bahagian Eropah dan seluruh/serata Timur Tengah, telah memotong isyarat satelit pada hari Khamis.

Memberikan reaksi terhadap langkah itu/tersebut, pengarah Al-Aqsa Hazem al-Charawi mengatakan: “Pertarungan guaman baru sahaja dimulakan dan kami bertekad untuk mengejarkannya/meneruskannya.” Dia memberitahu sebuah sidang berita di Bandar Gaza pada lewat hari Khamis bahawa penutupan siarannya ke Eropah sebanding “ satu lagi lapisan sekatan Gaza yang dikenakan oleh lobi Zionis dengan bantuan Perancis.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  yusra

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin dibunuh oleh kebakaran Israel di Gaza

Rabu, 30/06/2010 –Seorang pejuang Palestin telah dibunuh dan dua orang lain tercedera pada hari Isnin dalam satu pertempuran dengan angkatan/kuasa tentera Israel timur Bandar Gaza, menurut doktor-doktor Palestin. Doktor-doktor hospital berkata mereka telah menerima satu badan. Terdapat laporan bahawa dua orang lagi tercedera tetapi ambulans-ambulans tidak dapat memasuki kawasan pertempuran dengan segera.

Seorang jurucakap wanita tentera Israel berkata angkatan/ kuasa-kuasa telah mensasarkan “seorang militan yang menembak RPG (grenad yang digerakkan oleh roket) terhadap askar-askar (kententeraan Israel) IDF ” berhampiran sempadan, dan menambah bahawa tiada askar-askar tercedera dalam kejadian itu.

Sayap bersenjata Hadapan Umum untuk Kebebasan Palestin (PFLP), sebuah kumpulan (gerakan) kiri yang kecil, mengisytiharkan serangan itu dan berkata seorang daripada pejuang-pejuangnya telah “mati syahid.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  yusra

Categories
Berita Semasa

(Video) Maher Zain – Palestine Will Be Free

Categories
Berita Semasa

FGM kumpul bukti, testimony untuk saman Israel, kes serangan maut ke atas flotilla

Selasa, 29/06/2010 –Anggota Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) sedang mengumpul testimoni dan bukti dengan menghubungi para aktivis yang menaiki kapal Turki yang diserang oleh tentera rejim Zionis (IOF) ketika sedang menuju ke Gaza, semasa bersama konvoi bantuan kemanusiaan “Freedom Flotilla”.

Salah seorang ahli FGM, Audrey Bomse memaklumkan bahawa testimoni-testimoni itu dikumpul daripada para penumpang yang telah diculik oleh IOF serta mengesahkan bahawa anggota FGM sedang mengumpul bukti-bukti penting untuk memfailkan saman.

Penganjur Freedom Flotilla merancang untuk memfailkan saman itu di Mahkamah Antarabangsa di The Hague bagi membawa kerajaan haram Israel dan pegawai-pegawainya yang bertanggungjawab dalam serangan maut itu ke muka pengadilan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

20 orang Palestin cedera dalam pertempuran di Silwan.

Selasa, 29/06/2010 –Seramai 20 orang penduduk Palestin cedera pada pagi Ahad lepas ketika bertempur dengan anggota polis rejim Zionis yang menceroboh kawasan kejiranan Silwan yang terletak di Timur Jerusalem, kata sumber Palestin. Sumber itu turut melaporkan bahawa berdozen-dozen tentera rejim Zionis (IOF) dan unit pengawal sempadan menceroboh kawasan kejiranan itu bagi membantu pendatang-pendatang haram Yahudi. Mereka melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang awam dan melepaskan bom pemedih mata sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang cedera. Tidak lama kemudian, lebih banyak kecederaan dilaporkan selepas IOF melepaskan tembakan peluru getah ke arah penduduk tempatan sementara berpuluh-puluh orang lagi menderita kerana tersedut gas pemedih mata yang dilepaskan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Serangan Israel ke atas Hebron, tiada penahanan dilaporkan

Selasa, 29/06/2010 –Tentera rejim Zionis (IOF) menceroboh masuk kawasan kejiranan di kota Hebron, namun tidak ada penahanan dilaporkan. Menurut sumber tempatan, IOF menceroboh masuk persekitaran Hebron dan berkeliaran di jalan-jalan utama dan persimpangan jalan. IOF menceroboh dan menyerang persekitaran Hebron dengan alasan untuk mencari warga Palestin yang ‘dikehendaki’.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Iran : Kapal kami di halang Mesir.

Selasa, 29/06/2010 –Bulan Sabit Merah Iran mengatakan pada hari Ahad bahawa selain sekatan yang dikuatkuasakan oleh Israel, Mesir turut melarang kapal bantuan Gaza-terikat dari memasuki Terusan Suez, yang menyebabkan perjalanan tertunda.

“Keberangkatan kapal telah ditunda kerana sekatan lebih dikenakan oleh rejim Zionis terhadap gerakan bantuan ke Gaza dan juga pencegahan kapal dari menggunakan Terusan Suez, walaupun terdapat koordinasi dengan badan-badan antarabangsa,” kata Bulan Sabit Merah dalam sebuah kenyataan fax ke AFP.

Kenyataan itu mengatakan perjalanan ke Semenanjung Gaza telah ditunda walaupun kapal bersedia untuk belayar dari pelabuhan selatan Bandar Abbas demi wilayah Palestin.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

2 hari berturut turut Gaza sudah bergelap.

Selasa, 29/06/2010 –Penduduk Gaza menderita dalam kegelapan dan berikutan ketiadaan elektrik dalam tempoh yang amat panjang melebihi daripada dua hari. Syarikat pembekal elektrik di Semenanjung Gaza, meminta semua negara-negara Arab mengambil sikap positif yang berkesan untuk membantu menyelesaikan situasi sulit yang dihadapi penduduk Gaza ini sejak pusat janakuasa Gaza berhenti sepenuhnya menghasilkan tenaga elektrik.

Salam kenyataan tersbut, syarikat itu mendesak negara-negara Arab membiayai bahan api yang diperlukan bagi membantu satu-satunya pusat janakuasa Gaza beroperasi semula atau sekurang-kurangnya menyumbang ke arah itu sambil menunjukkan defisit sebanyak 60% daripada sebahagian jumlah sebenar keperluan tenaga elektrik wilayah Gaza iaitu 300 megawatt. Hanya 137 megawatt dibekalkan setelah penamatan janakuasa dilakukan.

Syarikat itu juga menyatakan jumlah tenaga yang tertinggal pada kesemua meter dan keperluan Semenanjung Gaza akan sampai pada tahap kecemasan yang mencerminkan secara matematiknya kuantiti sedia akan diedarkan kepada semua pihak dengan kemampuan memberikan bekalan setiap daerah hanya 6 jam sehari (atau kurang) dengan ketiadaan elektrik selama 14-21 jam antara tempoh tersebut. Syarikat itu menekankan bahawa mengurangkan tempoh kuasa akan menyebabkan risiko yang akan menjangkau semua sektor di Gaza terutama sekali sektor air, perkhidmatan kesihatan, kemudahan perubatan dan perkhidmatan asas kemanusiaan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Diminta Untuk Mengurangkan Krisis Elektrik: PBB

Selasa, 29/06/2010 –Agensi PBB untuk pelarian Palestin pada hari Ahad dinyatakan telah digesa untuk menyelesaikan kuasa memperdalam ’krisis’ di Genting Gaza kawalan Hamas.

”Ia adalah satu tragedi yang tertinggi di antara krisis-krisis lain di Genting Gaza, kita sekarang di dalam krisis elektrik,” John Ging, Pengarah UN Relief of Works Agency (UNRWA) di Gaza berkata.

”Ianya adalah keadaan yang tidak dapat diterima di sini pada waktu ini, dan ia perlu diselesaikan dengan segera. Ia adalah masalah Palestin, dilakukan oleh Palestin, dan menyebabkan rakyat Palestin lain menerima kesannya. Jadi, lebih baik kita menyelesaikannya cara Palestin,” katanya memberitahu wartawan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Iran Terpaksa Tunda Penghantaraan Bantuan Akibat Peraturan Mesir

Selasa, 29/06/2010 –Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Ahad (27/6) mengumumkan bahawa mereka terpaksa menunda penghantaran kapal bantuannya ke Gaza apabila kerajaan Mesir menghalang konvoi Iran melalui Terusan Suez.

Persatuan Bulan Sabit Merah dalam penjelasanya mengatakan, pengiriman bantuan dari Iran ditunda akibat peraturan yang dikuatkuasa pemerintah Zionis terhadap kapal-kapal yang menuju Gaza. Ini menyebabkan kapal Iran dilarang melewati Terusan Suez. Sementara itu, pihak berkuasa Terusan Suez menyatakan bahawa pihaknya akan mengizinkan kapal Iran melalui Suez, namun belum dinyatakan waktunya.

sumber : COMES
penterjemah :  osman