Categories
Berita Semasa

Abou Marzook : Sesetengah orang menggunakan Rundingan Damai sebagai cara untuk mengatasi tekanan ke atas Rejim Zionis

Jumaat , 25/06/2010 –Dr.Mousa Abou Marzook Wakil Biro Politik Pergerakan Hamas menegaskan bahawa Rundingan Damai Palestin bagi pihak Hamas merupakan prioriti yang paling utama di dalam gerakan itu,sambil menyifatkan bahawa Fatah dan ketua gerakan tersebut iaitu Mahmoud Abbas menggunakan rundingan damai tersebut semata-mata bertujuan sebagai bahan dagangan politik yang hanya ingin mengeluarkan Rejim Zionis daripada kemelut yang dihadapinya.

Dan berkatanya Dr.Abou Marzook di dalam sebuah kenyataanya kepada Pusat Informasi Palestin : “Rundingan damai bagi kami ialah suatu prioriti yang utama kepada rakyat Palestin secara realitinya,dan kami tidak melihat perkara tersebut sebagai suatu bahan dagangan politik,yang mana akhir-akhir ini seakan-akan penggunaan istilah rundingan damai tersebut digunakan sebagai bahan dagangan politik untuk mengatasi tekanan yang dikenakan ke atas Pihak Israel yang berpunca daripada seranganya terhadap Freedom Flotilla,yang mana kejadian tersebut telah membuatkan seluruh dunia berbicara untuk memecahkan benteng sekatan ke atas Gaza dan menghentikan Penjara Besar ini ke atas berjuta-juta Rakyat Palestin,dan tiada seorang pun terkecuali daripada berbicara tentang memecahkan benteng sekatan ini”.

Dan beliau menambah : “Terdapatnya sebilangan pihak yang menjadikan perkara rundingan damai ini semata-mata untuk mengatasi tekanan yang dikenakan ke atas Zionis bahkan membantu Pihak Israel untuk mengurangkan tekanan mereka yang didesak untuk menghentikan sekatan ini,ada sesetengah pihak menilai perkara ini dengan niat yang baik tetapi ada juga pihak yang menilainya dengan ada tersembunyi niat yang buruk,sambil mengatakan bahawa : Menghentikan sekatan ini sewajibnya hendaklah menjadi perkara yang asas dengan mengambil segala usaha untuk ke arahnya untuk menghentikan segala bentuk kezaliman ke atas rakyat Pelestin di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  putra duad

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Mungkin Mendakwa Askar Atas Kematian Perang Gaza

Jumaat , 25/06/2010 –Pendakwa raya atasan tentera Israel telah bermula untuk mendengarkan bukti menentang seorang askar yang disyaki membunuh dua wanita yang mengibarkan bendera putih semasa perang Gaza, media tempatan melaporkan pada hari Rabu.

Perbicaraan askar simpanan yang tidak dikenalpasti bermula pada hari Selasa, dengan Ketua Tentera Peguam Jeneral mendengar Avichai Mandelblit penghujahan dari peguam-peguam yang mewakili tertuduh. Askar tersebut tidak hadir pada perbicaraan selama dua jam yang menilai sebarang dakwaan yang dia mungkin menghadapi, harian Haaretz berkata.

Sumber-sumber tentera dipetik oleh Jerusalem Post yang berbahasa Inggeris berkata terdapat “bukti jelas” terhadap askar tersebut yang boleh menjurus kepada dakwaan atas pembunuhan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  yusra

Categories
Berita Semasa

Israel Membenarkan/Meluluskan Aliran Angkutan Ke Gaza Lantaran Sekatan Dikurangkan/Dilonggarkan

Jumaat , 25/06/2010 –Rakyat Israel di lintasan sempadan berkubu ini bersedia untuk satu peningkatan yang mendadak dalam penghantaran barang melalui darat ke Gaza, lantaran satu keputusan untuk mengungkai sekatan Israel daripada enklaf/ rangkuman Palestin.

Peraturan lama Israel mengharamkan semua apa yang ia memilih untuk tidak dibenarkan masuk. Kini ia berjanji untuk membenarkan masuk semuanya yang tidak diketepikan secara khusus.

“Ini sebenarnya merupakan satu kelonggaran, ” Penyelaras Palestin Raed Fattouh memberitahu Reuters. Rakyat Israel memberitahu dia enam barangan yang kini dibenarkan masuk, termasuk peralatan menangkap ikan, alat-alat pertanian, bahagian-bahagian kereta dan minyak, kosmetik dan minyak wangi, peralatan rumah dan permainan kanak-kanak, Fattouh berkata.

Pegawai-pegawai di terminal pengangkutan Kerem Shalom (Ladang Anggur Aman) berkata mereka telah bersedia untuk mengendalikan sehingga 120 muatan trak makanan dan barangan dagangan sehari untuk Gaza sebaik sahaja penyelaras-penyelaras Palestin menganjurkan keupayaan/muatan ekstra di pihak mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  yusra

Categories
Berita Semasa

Permainan Video Gaza Menonjolkan Bahaya Enklaf

Jumaat , 25/06/2010 –Sebuah permainan video secara online/dalam talian yang telah dilancarkan pada hari Selasa membolehkan anda untuk bermain sebuah peranan/watak seorang pelajar Gaza yang harus berunding suatu jaringan halangan-halangan Israel supaya dapat menghadiri universiti dalam Tebing Barat yang dijajah/diduduki — tetapi anda tidak boleh menang.

Permainan tersebut, yang dibangunkan/dibinakan/dikembangkan oleh sekumpulan pembela hak Israel dengan pembiayaan EU, membawa pemain-pemain berjalan melalui sekatan-sekatan yang masih dikekalkan walaupun keputusan Israel baru-baru ini telah membenarkan sejumlah besar barang-barang pengguna/harian ke dalam enklaf /rangkuman yang dikuasai oleh Hamas.

“Kami menumpukan pada dua aspek sekatan yang belum ditukar/diubah dan yang tiada perbincangan untuk ditukar/digubah — barangan eksport dan kebebasan pergerakan peribadi, ” kata Sari Bashi, ketua Pusat Guaman Gisha ( Gisha Legal Centre) untuk Pergerakan Bebas (Freedom Movement) , yang telah menjejak/ mengikuti sekatan berusia empat tahun dengan teliti.  “Permainan tersebut menunjukkan bahawa dasar Israel untuk memisahkan Tebing Barat dan Gaza telah berakar umbi dan adalah jangka panjang, ” dia memberitahu AFP.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   Yusra

Categories
Berita Semasa

Bantuan Flotilla Akan Memasuki Gaza


Jumaat , 25/06/2010 –Kematian di kapal Mavi Marmira, pastinya tidak akan menjadi luka yang menyakitkan sekiranya kehidupan sebilangan rakyat Palestin dapat ditingkatkan setelah menerima bantuan. Lebih kurang 10,000 tan bahan bantuan kebebasan flotilla untuk Gaza telah disediakan meskipun di tengah-tengah kempen antara Israel dan Hamas, iaitu satu pergerakan yang mengawal Gaza. Pada awalnya, bahan bantuan tersebut dibenarkan masuk kecuali bahan binaan dan rumah pasang siap.

Untuk itu, Israel hanya menghantar 5 trak kerusi roda dari flotilla menuju ke Keram Abu Salem, di sempadan Gaza. Kami menunggu di tengah-tengah terik mentari dari hujung jalan, memerhatikan trak-trak bersedia untuk memasuki Gaza. Cuaca terik ini kelihatan sangat panjang, seperti mana panjangnya jalanraya di hadapan kami. Tetapi, di akhirnya, konvoi trak denganbantuan kerusi roda itu tidak juga memasuki Gaza kerana Hamas tidak bersetuju. Mereka hanya bersetuju untuk membenarkan trak itu masuk sekiranya simen juga dibenarkan masuk.

sumber :  Blog Al Jazeera
penterjemah :  Faizul

Categories
Berita Semasa

Israel Menempatkan Iklan Bagi Organisasi Sukarelawan Untuk Serang Kapal

Jumaat , 25/06/2010 –Sebuah organisasi keselamatan Israel menempatkan iklan di bahagian iklan di surat khabar Israel Yediot Aharonot, mencari “sukarelawan wanita” untuk menyerang dan menghalau wanita dari armada bantuan Lubnan “Miriam” yang sarat dengan bekalan bantuan dan aktivis keamanan wanita.

Iklan menyatakan bahawa “Wanita dengan kekuatan fizikal yang besar dan motivasi” diperlukan sebagai asas sukarela untuk menyerang dan menghalau wanita dari kapal bantuan Lubnan. Ia juga memiliki sejumlah mel suara untuk para sukarelawan untuk menelefon dan mendaftar.

Iklan itu juga mendakwa bahawa kapal itu dihantar oleh pihak Hizbullah Lubnan, sedangkan pihak itu sendiri menyangkal sebarang hubungan dengan armada tersebut, seperti yang dilaporkan Mondoweiss.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Seruan supaya meneruskan kerjasama bagi tujuan menghapuskan kepungan keatas Gaza

Khamis, 24/06/2010 – Para Peguam dan ahli undang-undang berpendapat bahawa perlunya lanjutan terhadap usaha kerjasama antarabangsa serta usaha memberi tekanan kepada penjajah Zionis, melalui pembentukan kesatuan politik, dalam rangka menghapuskan kepungan Zionis keatas Gaza.

perkara tersebut muncul ketika sesi diskusi pendapat yg dilakukan oleh Pusat Kajian Dasar dan Pembangunan, pada hari Isnin (21-6), berjudul “Serangan musuh terhadap armada kebebasan dan jalan untuk menghadapinya.”

Raji Surani, Pengarah Pusat Palestin dan Hak Asasi Manusia, berkata “bahawa rakyat Turki telah berdepan (isu ini) dengan sangat serius dan bertanggungjawab dengan mengambil tindakan undang-undang atas pembunuhan yg dilakukan secara kejam oleh penjajah Zionis keatas kapal armada kebebasan di kawasan perairan antarabangsa.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Pembentukkan Suruhanjaya Antarabangsa Untuk Siasatan Serangan Ke Atas Flotilla

Khamis, 24/06/2010 – Majlis Hak Asasi Manusia yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah disahkan mendapat Suara Majoriti Selesa ke atas cadangan untuk membentuk suatu Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa terhadap serangan yang dilakukan Rejim Zionis ke atas Freedom Flotilla pada 31 Mei yang lalu yang telah mengakibatkan puluhan manusia mati syahid dan cedera parah di Kawasan Perairan Antarabangsa.

Dan berkatanya “Kempen Kesatuan Eropah Demi Memberhentikan Sekatan Ke Atas Gaza” iaitu salah satu daripada pertubuhan yang bergabung dengan Freedom Flotilla dan merupakan pertubuhan yang sering mengambil bahagian di dalam perjalanan Perjumpaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia : “Sesungguhnya Majlis Hak Asasi Manusia telah pun mengisytiharkan nama-nama untuk ke Misi Siasatan Antarabangsa iaitu pada hari Isnin (21/6) untuk menyiasat dan mengkaji segala fakta-fakta yang berkaitan untuk mengesahkan pencabulan Undang-Undang Antarabangsa yang berpunca daripada serangan Pihak Israel terhadap Kapal Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza.

Dan pertubuhan tersebut menambah di dalam suatu kenyataan bertulis dan Pusat Informasi Palestin telah menerima satu salinan daripada kenyatan tersebut : “Sesungguhnya draf resolusi tersebut telah diutarakan oleh salah seorang daripada perwakilan Pakistan ( di atas nama Jemaah Perwakilan Bangsa Arab ) berdasarkan di atas permintaan Turki yang menjadi korban pada malam serangan tersebut yang mana telah mengorbankan 9 orang ahli konvoi warganya,dan draf resolusi tersebut telah dikeluarkan bersama-sama dengan nama-nama anggota suruhanjaya yang ditubuhkan itu,sambil memberitahu bahawa misi siasatan tersebut akan menggabungkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada : Dino Criciotbs yang merupakan seorang peguam bertaraf antarabangsa dari Zimbabwe yang sekarang ini bertugas di Jabatan Awam Undang-Undang Antarabangsa di University Nottingham di dalam jurusan undang-undang,Puan Singh yang merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Diskriminasi Terhadap Wanita dari India,dan Dmitry Rafik yang merupakan mantan Ahli Perwakilan Hak-Hak Asasi Manusia di Serbia,dan Anaguiborg Sólrún Zdzisladottir yang merupakan mantan Menteri Luar Iceland dan merupakan mantan Pegawai Tertinggi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Canada.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  putra duad

Categories
Berita Semasa

Laporan: Jumlah jutawan di Israel meningkat sebanyak 43% pada tahun 2009.

Khamis, 24/06/2010 – Pada hari Selasa yang lalu, firma perunding perniagaan Capgemini dan firma penasihat pengurusan kewangan Merrill Lynch telah mengumumkan bahawa bilangan jutawan Israel meningkat secara mendadak kepada 43% dalam tahun 2009, meskipun krisis ekonomi melanda dunia waktu itu. Pada masa yang sama, jumlah jutawan di seluruh dunia meningkat kepada 17%.

Peningkatan drastik ini meletakkan Israel sebagai negara ketiga yang mempunyai kadar kenaikan jumlah jutawan per kapita, selepas India dan Hong Kong. Hong Kong mengungguli kadar kenaikan jumlah jutawan tertinggi sebanyak 104%, sementara India mencatatkan peningkatan sebanyak 50.9%.Negara yang mempunyai jumlah jutawan terbanyak masih diungguli Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

sumber :  Haaretz
penterjemah :  Intan

Categories
Berita Semasa

Zionis benarkan beberapa barang komoditi baru masuk Gaza

Khamis, 24/06/2010 – Ir. Raed Fattouh, Pengerusi Jawatankuasa Pembekalan Gaza berkata kerajaan haram Israel bersetuju hari ini untuk membenarkan kemasukan beberapa barang komoditi baru ke Semenanjung Gaza yang diisytiharkan sebagai ‘komoditi baru dibenarkan’ sejak beberapa hari lalu.

Fattouh berkata dalam satu kenyataan media, kira-kira 130 buah trak yang sarat dengan muatan bantuan kemanusiaan bagi sektor perdagangan dan pertanian memasuki Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Kerem Abu Salem. Bantuan tersebut termasuklah barangan keperluan yang tidak mencukupi seperti gas masakan dan diesel industri untuk kegunaan stesen janakuasa tenaga Gaza. Pintu sempadan komersil Karni masih lagi ditutup.

Kerajaan haram Israel telah mengisytiharkan senarai komoditi baru yang dibenarkan memasuki Gaza sebagai sebahagian daripada rancangan untuk melonggarkan sekatan ke atas Gaza. Antara yang tersenarai adalah kicap, mayonis, jarum jahitan, barang mainan kanak-kanak, enjin kereta dan barang kosmetik. Walaupunbagaimanapun, penduduk Palestin menganggap langkah ini sebagai mengetatkan lagi sekatan dan bukannya melonggarkannya. Mereka menggesa kemasukan bahan-bahan asas seperti simen, besi dan bahan-bahan industri.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Pertahan Kepungan Gaza

Khamis, 24/06/2010 – Menteri Pertahanan Israel mengatakan bahawa kerajaan haram Isreal akan meminta Lebanon bertanggung jawab jika terdapat lebih kekerasan dalam halangan terhadap kapal-kapal bantuan untuk Gaza.

Perahu yang terdiri daripada aktivis dan bantuan akan memulakan perjalanan dalam beberapa hari dalam usaha ke Gaza selepas pihak berkuasa Lubnan memberikan izin untuk kapal itu belayar ke Cyprus. Kerajaan Haram Israel telah membuat kenyataan bahawa walaupun ia telah melonggarkan kepungan atas Gaza, ia akan tetap mempertahankan kepungan laut dan tidak akan membenarkan kapal ke dermaga di sana kerana takut mereka boleh membawa senjata untuk Hamas.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :   farah

Categories
Berita Semasa

US Bimbang Rancangan Roboh Rumah di Baitulmuqaddis

Khamis, 24/06/2010 – Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat menyatakan rasa bimbang tentang rancangan Israel untuk merobohkan 22 buah rumah Palestin di Baitulmuqaddis Timur yang dijajah. Jurucakap PJ Crowley mengatakan itu adalah bentuk tindakan yang merosakkan kepercayaan dan meningkatkan risiko keganasan.

Rancangan itu sebahagian daripada projek pembangunan kembali di persekitaran Silwan yang masih dalam peringkat awal. Menteri Pertahanan Israel juga mengkritik Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis pelan yang dibuat dalam masa yang buruk dan miskin “akal”.  Di bawah rancangan yang telah diluluskan pada hari Isnin, 22 rumah akan diroboh untuk memberikan ruang bagi sebuah taman pelancongan Israel. 66 bangunan lain dibina tanpa kebenaran Israel akan disahkan.  Hal ini sangat ditentang oleh orang Palestin, yang percaya akan memperketat kawalan Israel ke atas wilayah itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Barak desak PBB hentikan penubuhan badan siasatan flotilla.

Khamis, 24/06/2010 – Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mendesak PBB untuk menangguhkan rancangan menubuhkan badan siasatan bebas yang disokong oleh pertubuhan antarabangsa berikutan serangan komando Israel terhadap konvoi kapal bantuan kemanusiaan yang melakukan perjalanan ke Gaza bulan lalu sehingga meragut nyawa sembilan rakyat Turki.

Berkata kepada wartawan selepas pertemuan dengan Ban Ki-moon, Barak meminta Setiausaha Agung PBB supaya menangguhkan rancangan untuk membentuk suruhanjaya siasatan serangan Israel terhadap kapal konvoi keamanan termasuk enam kapal pelancongan yang membawa bantuan dan aktivis keamanan ke Gaza.

Barak menambah, “Kami telah menyuarakan pandangan kami bahawa pada ketika ini dan selagi mana masih ada konvoi kapal laut lain sedang bersiap untuk belayar ke Gaza, mungkin cara yang terbaik adalah untuk meninggalkannya (siasatan PBB) di atas rak untuk beberapa ketika. ”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kapal Bantuan Iran Akan Berangkat Ahad Ini.

Khamis, 24/06/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Iran bertekad mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 ton barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kapal yang akan bergerak Ahad ini (27/06) diberi nama “Kapal untuk Anak-anak Gaza”.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Abdul Rauf Habib Zada, menyatakan, Selasa (22/6), persatuannya akan mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 ton bantuan kemanusiaan ke Gaza Ahad depan, terutama ubat-ubatan, makanan dan pakaian kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa kapal ini akan meninggalkan pelabuhan Bandar Abbas di Teluk, Ahad depan menuju laut tengah.

Beliau menambah, “Kapal ini hanya akan disertai 10 orang sahaja iaitu seramai 5 orang wartawan dan 5 sukarelawan kemanusiaan. Kapal ini memerlukan masa 14 hari untuk tiba di pantai Gaza.”

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin ditahan selepas dibebaskan sebulan yang lalu w/pun telah menjalani hukuman 8 tahun.

Rabu, 23/06/2010 – Rejim Zionis telah menangkap/menahan seorang pemuda daripada bandar Nablus hari ini selepas/sejurus/setelah membebaskannya sebulan yang lalu/lepas. Pemuda tersebut telah menjalani hukuman 8 tahun di dalam penjara Israel selepas dibebaskan pada kali pertama. Sumber-sumber Palestin telah berkata bahawa Mazen Aldanbak, 34, merupakan ahli gerakan Fatah di Nablus. Kuasa pendudukan Israel telah membebaskannya pada Mei 18, 2010 selapas menjalani 8 tahun secara berturut-turut di dalam penjara (kuasa) pendudukan tersebut.

Sumber-sumber juga mengatakan/menambah bahawa pendudukan kuasa telah menyerbu rumah Aldanbak yang terletak di Nablus pada waktu fajar/subuh hari ni dan telah menahan Mazen Aldanbak.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  Yusra