Categories
Berita Semasa

Pintu sempadan Karem Abu Salem dibuka.

Isnin ,  09/08/2010 – Para pegawai rejim Zionis hari ini membuka pintu sempadan Karem Abu Salem untuk membolehkan kemasukan bantuan bahan bakar dalam jumlah yang terhad ke Jalur Gaza. Sementara itu, persimpangan Al-Montar masih terus ditutup.

“Penjajah Israel akan membuka persimpangan Abu Salem untuk membolehkan kemasukan 230-240 van yang sarat dengan bantuan dan barangan untuk sektor industri dan pertanian”, kata Raed Fatouh, pegawai rasmi sempadan Palestin. Dia menambah bahawa mereka akan menyalurkan gas memasak serta bahan api dalam jumlah yang terhad setakat yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza.

Pihak berkuasa rejim Zionis  membenarkan hari Rabu sebagai hari untuk penghantaran 209 van yang sarat dengan bantuan dan barang-barang dan penyaluran 191 tan gas memasak serta 173,000 liter industri solar. Selain itu, mereka membenarkan kemasukan 54 van yang sarat dengan gandum dan makanan. Walaubagaimanapun, penjajah Israel memutuskan untuk terus menutup persimpangan Al-Montar di sepanjang hari ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Lagi gangguan rejim Zionis di Tebing Barat.

Isnin ,  09/08/2010 – Jumaat lepas tercetusnya pertempuran antara penduduk dan polis Israel di Tebing Barat selepas sejumlah struktur sementara dirobohkan di luar pos kawalan Givat Ronen, berhampiran penempatan lebih besar di Kiryat Arba.

Lima keluarga penduduk diusir dalam satu serangan pagi semalan yang melihatkan 100 penduduk yang lain menunjukkan bantahan bagi menyokong keluarga terbabit. Mereka melemparkan batu ke arah polis, sehingga berlaku kekerasan yang mengakibatkan 5 penduduk cedera dan 4 yang lain ditangkap.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al Qassam Nafi Lancar Serangan Roket Ke Umm Rasyrasy

Isnin ,  09/08/2010 – Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menegaskan bahawa pihaknya tidak ada kaitan dengan serangan roket terhadap kota Umm Rasyrasy (Eilat) beberapa hari lalu. Ini kerana wilayah operasi Batalion Al-Qassam hanya di dalam Palestin.

Jurucakap, Al-Qassam, Abu Ubaidah menegaskan dalam laman web rasminya semalam Khamis (5/8) bahawa pihaknya menyambut semua aksi perjuangan menyerang Israel sama ada dari Palestin atau selainnya. Namun pihaknya mengambil sikap untuk tidak menggunakan mana-mana negara Arab sebagai tapak pelancaran operasi ketenteraan. “Batas wilayah operasi kita di Palestin bersejarah”. tegasnya.

Menjawab dakwaan PM Israel Benjamin Netanyahu bahawa Batalion Al-Qassam dalang serangan roket ke kota Umm Rasyrasy (bandar Palestin yang dirampas Israel dan diberi nama Eilat), beliau menegaskan bahawa Al-Qassam tidak takut mengumumkan operasi yang dilancarkan secara terang-terangan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis (IOF) Musnahkan 7 Kubur di Jerusalem

Jumaat , 06/08/2010 – Jentera-jentera rejim Israel (IOF) di bandar Jerusalem telah memusnahkan 7 kubur di tanah perkuburan “Ma’man allah” pada pagi tadi.

Menurut beberapa orang saksi, jentera-jentera IOF tersebut mula memusnahkan kubur-kubur berkenaan dengan dilindungi oleh pihak polis dan mereka juga tidak mendapatkan lesen daripada Pergerakan Islam bagi membinanya semula. Pergerakan Islam telah memulakan pembinaan semula kubur-kubur di tanah perkuburan lama akibat hakisan berikutan perubahan cuaca dan suhu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  fatimah

Categories
Berita Semasa

230 orang pendatang Yahudi tiba di Palestin yang dijajah.

Jumaat , 06/08/2010 – Seramai 230 orang pendatang Yahudi dari negara-negara Amerika Selatan telah tiba di Israel pada pagi hari ini. Perpindahan ini diusahakan oleh sebuah pertubuhan yang berminat untuk memindahkan orang Yahudi ke Israel dan membina lebih banyak lagi penempatan di atas tanah Palestin yang dirampas oleh mereka.

Memetik kata akhbar Ibrani “Haaretz” : “Perjalanan pendatang Yahudi telah bermula dari lapangan terbang John F. Kennedy di New York sehingga mereka tiba ke Lapangan Terbang Ben Gurion pagi ini”. Majlis yang gilang gemilang yang disertakan bersama kata-kata ucapan dari Shimon Perez iaitu presiden negara haram tersebut; diadakan untuk menyambut ketibaan mereka. Kemeriahan majlis tersebut diserikan lagi dengan upacara konsert.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada

Categories
Berita Semasa

Pertempuran Antara Tentera Lubnan dan Tentera Israel

Khamis ,  05/08/2010 – Pertempuran tercetus hari ini di antara tentera rejim Israel dan tentera Lubnan berdekatan sempadan utara kawasan yang diceroboh pada tahun 1948. Akhbar bahasa Hebrew, “Yediot Ahronot” menyatakan, sebuah roket jatuh di kawasan Upper Galilee sewaktu pertempuran berlaku. Pengeboman tersebut mengakibatkan kecederaan pada dua warga Lubnan setakat ini.

Menurut laporan pihak keselamatan Lubnan, pertempuran tersebut bermula apabila peronda Israel menceroboh pekan Upper Galilee dan tentera Lubnan bertindakbalas dengan melepaskan tembakan.

Sumber yang sama juga menambah bahawa tentera rejim Israel memecah masuk dua buah rumah dan kawasan-kawasan milik tentera Lubnan berdekatan sempadan seterusnya menyebabkan kecederaan seorang tentera Lubnan dan seorang orang awam. Manakala Manar TV memetik sumber daripada pihak keselamatan Lubnan yang menyebut bahawa pihak tentera Lubnan membalas serangan tentera rejim Israel yang meletakkan penembak-penembak di Jalan Al Odeiseh.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nuridawati

Categories
Berita Semasa

Konvoi “Miles of Smiles 2″ teruskan perjalanan ke Rafah

Khamis ,  05/08/2010 – Konvoi “Miles of Smiles 2” yang membawa bantuan dari Eropah untuk rakyat Palestin telah tiba di Alexandria, Mesir. Mengikut wakil konvoi Rasya Baz, konvoi akan menuju ke al-Arish dan akan masuk ke Gaza melalui Rafah.

Konvoi kali ini membawa sebanyak 46 buah ambulans yang lengkap dengan peralatan moden dan tunai berjumlah 1juta Euro. Selain itu, seramai 100 sukarelawan mengikuti konvoi kali ini.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Agen Mossad Di Lebanon Ditangkap

Khamis ,  05/08/2010 – Kementerian Keselamatan Lebanon menahan salah seorang pegawai di perusahaan Ojero yang bertanggung jawab dalam perhubungan antarabangsa. Beliau ditangkap sewaktu sedang berhubung dengan pihak Mossad. Bukti menunjukkan bahawa beliau bekerja dengan pihak perisikan tersebut sejak beberapa tahun lalu. Telefon yang beliau gunakan juga mempunyai jaringan dengan pihak Mossad.

Akhbar Al-Safir Lebanon, terbitan Isnin (2/8) menyiarkan berkenaan pihak keselamatan Lebanon sedang berbincang berkaitan pelanggaran yang dilakukan oleh perisik Israel terhadap jaringan maklumat Lebanon serta pengaruhnya terhadap informasi antarabangsa. Penangkapan ini merupakan kejayaan gemilang bahagian perisikan Lebanon dengan tertangkapnya Miladi (66 tahun) seorang pegawai di perusahaan Ojero.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Cucu PM Palestin bernama Tayyip “Recep Erdogan”.

Khamis ,  05/08/2010 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyah telah menamakan cucunya yang baru lahir dengan nama Perdana Menteri Turki, Tayyip “Recep Erdogan.”

Sumber dari keluarga Haniyah mengatakan Perdana Menteri di Gaza memutuskan untuk menukar nama cucunya kepada “Erdogan” bagi menghargai Perdana Menteri Turki itu kerana kedudukan dan sokongan beliau serta sokongan dari penduduk Turki terhadap Palestin umumnya dan Gaza khususnya.

Saeed Saleh Abu Shamala, warga Khan Younis dua bulan lalu menamakan bayinya seperti Perdana Menteri Turki, “Recep Tayyip Erdogan,” kerana menghargai sokongan Perdana Menteri Turki itu terhadap Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tembak Pekerja Palestin di Gaza

Khamis ,  05/08/2010 – Seorang pekerja Palestin terluka pagi hari ini selepas ditembak oleh tentera Israel di utara bandar Beit Hanoun, di Jaluran Gaza utara.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Kementerian Kesihatan di Gaza, Muawiya Hassanein, berkata bahawa petugas perubatan pindahkan Bilal Ibrahim Obeid (22 tahun) ke Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, menggambarkan keadaan beliau stabil selepas ditembak pada tulang bawah oleh tentera Israel. Puluhan pekerja pergi ke daerah berdekatan sempadan untuk mengumpulkan barang dan bekerja di retak batu sebagai mata pencarian untuk keluarga mereka, meskipun sudah berulang kali disasarkan oleh tentera Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel Musnahkan Lebih Banyak Kampung dan Rumah

Khamis ,  05/08/2010 – Satu angkatan besar tentera rejim Israel yang dilengkapi jentolak-jentolak dan unit-unit khas menyerang beberapa kampung yang tidak dikenalpasti di Negev di daerah selatan di sempadan yang telah diduduki sejak tahun 1948, dan mereka mara untuk memusnahkan berdozen-dozen rumah dan menghalau sebilangan besar keluarga yang memiliki rumah tersebut.

Jentera Israel telah mula memusnahkan kampung-kampung yang tidak dikenali di ‘Dimona’’, ‘Ser’, ‘Abu Salb’ dan ‘Hawasheleh’. Menurut sumber-sumber di Kementerian Hubungan Pusat Israel, jentera rejim Israel dijangka akan terus memusnahkan banyak kampung-kampung yang tidak dikenalpasti di Negev sepanjang hari dan setiap hari bagi meruntuhkan lebih banyak kediaman dan khemah-khemah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : fatima

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis beri notis runtuhkan masjid dan rumah di Jenin

Rabu , 04/08/2010 –Tentera haram rejim Zionis (IOF) melakukan operasi di Khirbet Irza, timur Tubas di Tebing Barat dan menyerbu masuk rumah-rumah di sini. Pemilik-pemilik rumah pula diberikan waran untuk memusnahkan rumah-rumah mereka dan masjid.

Ketua jawatankuasa kampung itu, Mokhlis Massaeid memberitahu bahawa notis pemusnahan itu merangkumi sebuah masjid yang dibina dalam kawasan bersaiz 100 meter persegi dan baru saja dibina baru-baru ini, selain 4 buah rumah yang lain. Selain itu, Mokhlis turut diberi waran yang mengarahkan seorang penduduk kampung menyerah diri di mahkamah haram Israel atas “kesalahan membina bangunan” di kampungnya sendiri.

Menurut Mokhlis lagi, penduduk-penduduk Kampung Khirbet Izra sering menjadi mangsa serbuan dan keganasan IOF yang sering melakukan serbuan ke atas rumah-rumah penduduk kampung, mengarahkan mereka berdiri di luar rumah sehingga IOF selesai memeriksa rumah mereka.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi Boikot Israel di Perkampungan Bil’In; 2 Cedera

Rabu , 04/08/2010 – Seramai 200 warga Palestin, Israel dan pelbagai negara termasuk sekelompok pemuzik hip-hop dari US dan Britain telah menyertai demonstrasi protes pada petang Jumaat bertempat di Perkampungan Bil’in di Palestin. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyeru masyarakat antarabangsa agar memboikot Israel bagi menghentikan amalan dasar apartheidnya.

Diiringi nyanyian, para pemprotes membawa sepanduk-sepanduk menggesa Israel merobohkan tembok yang sedang dibina melalui kawasan pertanian penduduk Bil’in dan juga banyak kawasan lain di Palestin. Mereka merayu masyarakat antarabangsa agar mengenakan tekanan daripada segi ekonomi menerusi kaedah boikot dan sekatan ekonomi. Usaha ini bertujuan menekan Israel agar mengakhiri penjajahannya di Palestin dan juga memberikan hak sama rata kepada semua warga Palestin seperti yang termaktub di dalam undang-undang antarabangsa.

Demonstrasi aman tersebut bermula dengan perarakan dari pertengahan kampung ke kawasan di mana rejim Israel sedang membina Tembok Pencerobohan di atas tanah perkampungan. Saksi mata mengatakan, tentera-tentera Israel yang berkawal menyembur gas pemedih mata berkelajuan tinggi serta peluru getah kepada para peserta demonstrasi. Salah satu peluru getah mencederakan seorang pendemonstrasi warga Israel. Manakala seorang pemprotes dari Great Britain pula diheret di atas tanah oleh tentera-tentera Israel lalu menyebabkan kecederaan belakang dan juga pendarahan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Komander al Qassam syahid, 13 cedera dalam serangan terbaru rejim Zionis.

Rabu , 04/08/2010 – Issa Batran, komander dari pasukan Hamas’ al-Qassam, telah terbunuh dalam serangan di mana peluru roket telah terkena pada kafilahnya dalam siri pembongkaran Gaza. Di samping itu, 13 orang yang lain telah turut tercedera.

Batran, menurut laporan al-Jazeera adalah pembuat roket senior.

Israel menyatakan serangan ini adalah sebagai respons terhadap serangan roket dari utara Gaza ke Ashkelon, iaitu salah sebuah bandar Israel yang terletak tujuh kilometer ke utara Gaza. Walaubagaimanapun, serangan yang berlaku pada hari Jumaat itu, hanya mengakibatkan kerosakan tetapi tiada kematian mahupun kecedaraan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Salahkan HAMAS serangan di Gaza

Rabu , 04/08/2010 – Perdana menteri Israel, Benyamin Netanyahu menyalahkan HAMAS dalam serangan yang berlaku di Gaza baru-baru ini. HAMAS juga perlu bertanggungjawab ke atas apa yang di alami oleh rakyat Palestin katanya lagi. Netanyahu turut mengatakan dia berhak melakukan apa saja bagi melindungi rakyat Israel.

Serangan dan kezaliman yang terus dilakukan Zionis dengan mudah untuk di alih kepada HAMAS. Zionis Israel terus menyerang penduduk Gaza walaupun dunia mengecam sikap dan tindakan Zionis. HAMAS walaubagaimana pun tetap komited membebaskan Gaza dan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : abu ‘umair