Categories
Berita Semasa

Tahanan teruskan mogok lapar

Rabu, 28/04/2010 – Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan bagi Membela Tahanan memaklumkan bahawa para tahanan mengadakan mogok lapar kali ketiga untuk bulan ini secara bersama pada hari Selasa (27/4). Ia adalah mogok terakhir daripada siri bantahan yang diisytiharkan oleh para tahanan pada bulan ini.

Riyad al-Ashqar, pengarah media jawatankuasa berkenaan menjelaskan dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin (26/4) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa para tahanan bertekad untuk meneruskan bantahan mereka sekalipun mendapat ugutan daripada pihak pengurusan penjara Zionis yang cuba menggagalkan mogok tersebut dengan sebarang cara termasuk melakukan tekanan, memindahkan tahanan dan menyerbu sel-sel tahanan.

Beliau juga menerangkan bahawa pihak Zionis telah berusaha semenjak awal lagi untuk menggagalkan mogok tersebut, tetapi mereka tidak berjaya lalu mereka menggunakan ugutan. Kemudian mereka mengenakan hukuman bagi menghalang tahanan daripada meneruskan mogok tersebut. Di penjara Jalbu’, mereka menghalang tahanan daripada bersenam dan mengeluarkan beberapa kipas elektrik daripada bilik-bilik tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menahan 5 orang awam Di Tebing Barat

Rabu, 28/04/2010 – Lima orang awam Palestin yang ditahan oleh tentera rejim Zionis, pada waktu subuh hari Isnin dan malam Ahad semasa pencerobohan tentera rejim ke atas masyarakat Tebing Barat.

Sumber-sumber tempatan melaporkan pencerobohan berlaku di kampung-kampung yang terletak selatan dan utara Tebing Barat. Radio tentera rejim mengumumkan bahawa semua para tahanan dipindahkan ke pusat tahanan tentera untuk disoal siasat. Pihak tentera berkata lima orang tersebut berada di dalam senarai yang dikehendaki

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Seorang pejuang Al Qassam syahid Isnin lalu.

Rabu, 28/04/2010 – Sumber perubatan Palestin pada Isnin pagi lalu melaporkan seorang pejuang Brigade Al-Qassam, sayap bersenjata gerakan Hamas telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel yang mengepung sebuah rumah di bandar Beit AWWA, selatan Hebron di daerah selatan Tebing Barat .

Pejuang itu dikenalpasti sebagai Ali Al Sweity, 40. Namanya teratas dalam senarai individu yang dikehendaki Israel selama lapan tahun. Brigade Al-Qassam mengesahkan pejuangnya terbunuh dan berjanji untuk membalas dendam.

Sumber tempatan melaporkan Sweity berada di rumah saudaranya, Mahmoud Sweity yang kini ditahan oleh Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel haramkan Mufti Besar Jerusalam dari meninggalkan negara

Rabu, 28/04/2010 – Menteri Dalam Negeri Israel, Elie Yishai telah mengetengahkan satu dikri pada hari Khamis untuk menghalang Sheikh Ikrima Sabri, Imam Masjidil Aqsa di Jerusalam dan ketua Jawatankuasa Tertinggi Islam dari meninggalkan negara sehingga 27 September 2010.

Yishai menyatakan perjalanan Sabri akan mendatangkan bahaya kepada keselamatan Israel, dan menuduh beliau sebagai penghasut.

Sheikh Sabri berkata yang keputusan tersebut menunjukkan sifat ketidaladilan, melanggar prinsip asas hak asasi manusia, melanggar hak kebebasan bersuara dan kebebasan bergerak.

sumber :  imemc
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis tembak 7 rakyat Palestin di Jerusalem

Rabu, 28/04/2010 – Tentera rejim Zionis menembak 7 orang rakyat Palestin termasuk seorang anggota paramedik berdekatan sebuah khemah di kejiranan Al-Bustan di Jerusalem.

Anggota keselamatan khas Zionis dan polis rejim Zionis menembak pemuda-pemuda itu dengan peluru getah, mengakibatkan 4 orang cedera termasuk anggota paramedik itu ketika beliau sedang cuba untuk menghantar mangsa-mangsa yang cedera ke hospital.

Dalam kejadian pada pagi ini, seorang lagi rakyat Palestin cedera berhampiran khemah tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas : “Kejadian di Salwan, bukti kegagalan proses damai”

Selasa, 27/04/2010 – Hamas menganggapkan utusan dari Amerika Syarikat, George Mitchel bagi mencari jalan perdamaian antara Palestin dan Israel sebagai satu tindakan yang sia-sia. Kerana pada ketika ini, kumpulan perampas Zionis sedang melakukan demontrasi membantah pendudukan rakyat Palestin dan menuntut pengusiran rakyat Palestin secara keseluruhannya telah mendapat persetujuan dari Kementerian Dalam Negeri(kerajaan penjajah Israel) dan dalam masa yang sama, mendapat perlindungan dari pasukan polis dan tentera. Perkara ini menunjukkan strategi mereka membuat penempatan baru Yahudi dengan matlamat meyahudinisasikan Baytul Maqdis secara keseluruhannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Israel serang perkampungan di Nablus dan Hebron

Selasa, 27/04/2010 – Askar rejim Zionis(IOF) telah menyerang Kampung Aserat Al-Shmalia di Nablus,Tebing Barat hari ini.

Saksi mengatakan kepada agensi berita Safa bahawa IOF telah menyerang kampung tersebut dengan puluhan kenderaan tentera dan memusnahkan banyak rumah. Mereka menambah bahawa tentera Israel telah menceroboh masuk ke kawasan rumah mereka tetapi tidak ada penahanan dilaporkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Polis Abbas terus membuat tangkapan di Tebing Barat

Selasa, 27/04/2010 – Pihak polis tajaan Mahmoud Abbas terus-menerus melakukan tangkapan ke atas ahli-ahli HAMAS di serata daerah. Tangkapan di lakukan di kawasan Salvet, Nablus dan Ramallah.

Mengikut keluarga ahli HAMAS yang ditahan, mereka telah diseksa ketika di tahanan Salvet. Terdapat juga kes di mana rakyat Palestin yang di nafikan penjawatan mereka dalam jabatan pendidikan kerana meraka di kaitkan dengan HAMAS.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Bahr kutuk keputusan Fayyad adakan pilihan raya di Tebing Barat

Selasa, 27/04/2010 – Dr Ahmad Bahr, Timbalan I Speaker, Majlis Perundangan Palestin mengutuk keputusan ‘kerajaan tidak sah’ Perdana Menteri, Salam Fayyad, untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di Tebing Barat sahaja secara terpisah daripada Semenanjung Gaza. Beliau juga menegaskan bahawa mengadakan pilihan raya dengan cara tersebut di sebahagian kawasan sahaja daripada sebuah negara akan menebal dan memperdalamkan lagi perpecahan politik dan geografi pada peringkat nasional.

Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Ahad (25/4) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa keputusan tersebut memperteguhkan lagi kecenderungan tidak patriotik yang dipegang oleh kerajaan Fayyad dan usahanya untuk memecah belahkan negara sedangkan usaha-usaha sedang dijalankan untuk menjayakan persepakatan nasional dan mengembalikan semula pemuafakatan dalaman. Beliau juga turut menegaskan bahawa pihak berkuasa Fatah di Ramallah sentiasa berusaha ke arah yang bertentangan dengan kepentingan nasional Palestin.

Bahr menyeru Fatah dan pihak berkuasa Ramallah agar mengemukakan cadangan nasional yang tepat dan berusaha untuk memberhentikan segala perkara yang boleh menyebabkan perpecahan dan pertelagahan. Beliau juga menyeru agar pilihan raya tempatan yang dicadangkan berlangsung pada bulan Julai akan datang dibatalkan. Sebagaimana beliau juga turut menyeru agar kerajaan Fayyad membebaskan dirinya daripada mengikut telunjuk luar yang menghalang daripada berlakunya pemuafakatan nasional yang sepatutnya boleh menyelamatkan rakyat Palestin daripada cengkaman cabaran dan penderitaan yang dihadapinya setiap ketika.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Warga Bristol bantu Gaza lagi – kali ini dengan Beg Simen.

Selasa, 27/04/2010 – Warga UK di Bristol telah melancarkan rayuan derma untuk dana 1000 buah beg simen untuk Gaza. Kumpulan Kempen Bersatu untuk Palestin, akan melawat pusat-pusat membeli-belah di bandar dengan kios maklumat dan sebuah sepanduk besar bagi orang-orang untuk menurunkan tandatangan yang akan diambil sebagai hadiah untuk rakyat Gaza.

Serangan Israel di Gaza pada bulan Disember 2008 dan Januari 2009 menyebabkan lebih dari seribu orang syahid dan puluhan ribu cedera. Rakyat Gaza ingin membina kembali kehidupan mereka yang hancur, tetapi sekatan Israel terus menghalang mereka berbuat demikian. Bahkan PBB terpaksa menggunakan batu bata dibuat daripada lumpur untuk tujuan pembinaan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Warga Israel ditangkap oleh Mesir.

Selasa, 27/04/2010 – Pihak berkuasa Mesir telah menangkap seorang warga Israel berumur 46 tahun ketika menyusup melalui sempadan No 13, selatan Kerem Abu Salem.

Menurut sumber, pihak berkuasa Mesir telah menangkap warga Israel itu yang memasuki wilayah Mesir di mana tidak ada kawat berduri di antara Israel dan Mesir selepas banjir yang melanda Sinai baru-baru ini serta merosakkan kawat berduri itu.

Dia ditahan dan mengakui tersesat kerana tersalah memasuki Mesir namun ia tetap berada di bawah siasatan. Insiden ini merupakan kali ketiga Israel cuba masuki Mesir dengan cara haram; pertamanya ketika dua pemuda ditangkap kerana menyusup masuk ke pusat bandar Sinai manakala yang kedua ketika seorang wartawan Israel ditangkap kerana cuba masuk ke Mesir secara haram.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mesir buka pintu Rafah.

Isnin, 26/04/2010 – Pihak berkuasa Mesir hari ini meneruskan pembukaan sempadan Rafah-Gaza, untuk kali kedua berturut-turut dari satu arah bagi membenarkan pesakit rakyat Palestin yang telah selesai mendapatkan rawatan dari hospital-hospital Mesir pulang ke kediaman masing-masing.

Sumber pegawai keselamatan Mesir yang berpengkalan di sempadan Rafah mengesahkan pembukaan pintu sempadan itu pada pagi ini bagi membenarkan pesakit Palestin pulang dari Mesir ke Gaza.

Menurutnya lagi, semalam menyaksikan transit seramai lebih daripada 200 orang rakyat Palestin yang terdiri daripada pesakit-pesakit dan pengiring mereka. Manakala hari ini dijangkakan seramai 300 orang rakyat Palestin akan pulang ke Gaza dari Mesir.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jumlah penduduk Gaza yang terkepung hampir dua juta orang!

Isnin, 26/04/2010 – Kementerian Dalam Negeri Palestin mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah penduduk Palestin di kawasan Gaza yang terkepung kini hampir dua juta orang. Manakala lebih daripada 200,000 bayi yang dilahirkan kurang dari 4 tahun di Gaza kini telah dimusnahkan maklumat pendaftaran mereka oleh kumpulan-kumpulan penjajah (Israel). Manakala kerajaan Palestin (dibawah pimpinan Mahmud Abbas, PLO, telah bekerjasama dgn penjajah Israel) dalam perkara ini dgn memutuskan maklumat pendaftaran tersebut dan menghapuskannya dari rekod simpanan asal. Perkara ini akan terdedah kepada unsur penipuan dan pemalsuan maklumat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Gaza dibedil kereta kebal Israel.

Isnin, 26/04/2010 – Petang Selasa lalu, Kereta-kereta kebal Israel telah membuat beberapa bedilan ke Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza, dan ke Dir Al Balah di tengah Gaza; dilaporkan terdapat kerosakan tetapi tiada kecederaan nyawa.

Tentera Israel menyatakan bedilan dibuat setelah pejuang kebebasan menyedari kehadiran pasukan perisikan yang menyelinap ke dalam kawasan itu, dan berbalas tembakan dengan mereka.

Sumber tempatan melaporkan kereta-kereta kebal itu membedil sekurang-kurangnya 10 kali ke arah kawasan industri di Al Qarara dan ke arah Wadi Al Salqa, selatan dari kem tentera Kissufim.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Lagi penangkapan oleh rejim Zionis di timur Betlehem.

Isnin, 26/04/2010 – Pasukan penceroboh Israel awal hari ini telah menahan 7 orang termasuk dua adik beradik di bandar Takoa, timur Betlehem dan membawa mereka ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Sumber melaporkan pasukan Israel menyerang kampung itu waktu subuh dan menceroboh beberapa rumah sambil mencari dan merosakkan peralatan di dalamnya seterusnya menangkap 7 orang yang kebanyakannya adalah pelajar.

Sumber menambah bahawa 7 orang penduduk itu adalah Amin Ahmed Ibrahim Soliman, Luay Ahmed Ibrahim Al Badan, Musab Ahmad Al-Sabah, Hisham Khalil Ibrahim Al Amour, Ali Mahmoud DIB Al-Amour dan adik beradik Mohammed dan Ahmed Salim Sabah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz