Categories
Berita Semasa

Haniyyah: Perundingan Fatah-Zionis Sia-Sia

Isnin , 30/08/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah menegaskan, perundingan langsung antara Pihak Autoriti (PA) Fatah dengan penjajah Zionis adalah perundingan sia-sia dan tidak sah, sama ada dari sudut undang-undang, sokongan rakyat, mahupun nasional selain menyia-nyiakan kepentingan rakyat.

Dalam pidatonya ketika majlis berbuka puasa bersama sejumlah badan sosial di Khan Yunis, Khamis (26/8) Haniyyah menyebutkan, pemerintah Palestin akan terus mendukung perjuangan rakyat. Pihaknya bertekad untuk memberikan bantuan khususnya kepada keluarga para syuahada dan tawanan serta mereka yang cedera.

Haniyyah menegaskan tindakan PA Fatah menunjukkan sokongan terhadap jenayah serta tindakan terorrisme Zionis terhadap rakyat Palestin. Sementara itu, sikap berdiam diri antarabangsa terhadap penderiataan rakyat, berupa pembunuhan, pengusiran dan penangkapan serta pelanggaran terhadap hak-hak perlembagaan adalah juga satu bentuk kejahatan.

sumber :  COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menyerang Sebuah Masjid di Hebron

Isnin , 30/08/2010 – Tentera rejim Israel telah menceroboh Masjid Hamza bertempat di bandar Seir di timur Hebron dekat Tebing Barat pada waktu subuh hari ini. Sumber-sumber keselamatan mengatakan tentera rejim Israel turut menggeledah masjid tersebut serta beberapa rumah di bandar Seir.

Sumber-sumber juga menyatakan, kawasan bandar Nuba, Seir, Halhoul, Samoa dan Al-Thahereyah di Ras Al-Jura turut dicerobohi. Namun, tiada penahanan dilaporkan. Di Kota Lama Hebron, tentera Israel menahan enam orang inspektor daripada Perbandaran Hebron selama dua jam sebelum dibebaskan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Eropah, Ashton Menyatakan Kebimbangan terhadapa Penangkapan oleh regim Israel ke atas Seorang rakyat Palestine yang merupakan Seorang Aktivis Hak Asasi Manusia

Jumaat , 27/08/2010 – Perwakilan Tinggi Hal Luar Negeri dari Kesatuan Eropah, Catherine Ashton, menyatakan keprihatinannya terhadap keputusan regim Israel untuk menghukum pencetus tunjuk perasaan, Rhamah Abu Abdallah dari Bil’in. Bil’in merupakan sebuah desa kecil di tengah Tebing Barat.

Abu Rhamah telah dituduh bersalah oleh mahkamah tentera regim Israel pada hari Selasa atas kesalahan menghasut dan menyusun demonstrasi haram. Beliau sebelum itu telah pun berada di dalam tahanan tentera selama 8 bulan. Beliau dibebaskan dari tuduhan membaling batu dan memiliki senjata. Desa Bil’in telah menganjurkan tunjuk perasaan secara aman terhadap regim Israel yang membina tembok di atas tanah penduduk kampung sejak dari enam tahun yang lalu.

Sebagai ahli Jawatankuasa Popular dan penyelaras sejak ia mula dibentuk pada tahun 2004, Abdullah telah mewakili desa Bil’in ke seluruh dunia. Pada Jun 2009, beliau menghadiri perbicaraan undang-undang di Montreal untuk menentang dua syarikat Kanada yang membina penempatan haram di tanah Bil’in. Pada Disember 2008, beliau turut serta dalam lawatan ucapan mengelilingi Perancis, dan pada tarikh 10 Disember 2008, iaitu tepat setahun sebelum penangkapannya, Abdallah menerima Carl Von Ossietzky. Ia merupakan Pingat untuk Perkhidmatan Posisi dalam Realisasi Hak Asasi Manusia yang diberikan oleh Kumpulan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia di Berlin.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Membina Pos Pemeriksaan Tentera di Hebron, Bethlehem

Jumaat , 27/08/2010 – Rejim Israel (IOF) membangunkan pos-pos pemeriksaan tentera di utara Bandar Hebron, Tebing Barat pada hari ini.

Sumber tempatan menyatakan, tentera rejim Israel menghentikan kereta orang-orang awam dalam tempoh berjam-jam. Mereka menjalankan pemeriksaan kereta secara terperinci serta memeriksa kad-kad pengenalan diri. IOF juga menyerbu kawasan Bait Omer dan Yonis di Hebron, tambah sumber tersebut.

Di Bethlehem, sebuah pos pemeriksaan tentera dibangunkan di laluan kemasukan Kampung Al-Jba. Di pos tersebut, sejumlah warga ditahan selama berjam-jam. Israel mendirikan lebih 500 pos pemeriksaan di Tebing Barat di mana sejumlah warga ditahan dan diperiksa pengenalan diri masing-masing atas tujuan kononnya mencari warga-warga Palestin yang dikehendaki.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pasukan Militan Abbas enggan hentikan rundingan

Jumaat , 27/08/2010 – Militan Mahmoud Abbas pada hari Rabu yang lalu bertindak menghalang badan Palestin dan badan bebas dan membuat kenyataan, “Persidangan Perwakilan Kebangsaan ini bertujuan untuk mempertahankan pendirian mereka dan menolak terus rundingan (antara Abbas dan Zionis)“, Persidangan ini diadakan di Bandar Ramallah, dengan kerjasama Gaza dan ke udara melalui siaran televisyen.

Parti Pembebas Palestin, Parti Demokrasi, Parti Rakyat dan Badan Nasional, termasuk lebih 400 individu tidak terikat, di dalam persidangan yang turut diadakan di Gaza, bersepakat menyeru kepada memboikot rundingan dua hala dengan Rejim Zionis.

Abbas telah mengecam para peserta persidangan di Gaza dan menghalang persidangan daripada dijalankan di barat, manakala di Ramallah pula, pihak pengawal keselamatan sudah disediakan sejak awal untuk mengelakkan sebarang gangguan yang bertindak menghentikan persidangan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Bekalan bahan bakar ke penjana kuasa di Gaza sudah mula dibekal.

Jumaat , 27/08/2010 – Pihak Berkuasa Palestin mula membekalkan 600, 000 tan bahan bakar industri mulai Rabu lalu bagi satu-satunya penjana kuasa di Gaza. Jumlah tersebut cukup untuk menghasilkan tenaga selama lima hari. Pihak Berkuasa Palestin telah bersetuju untuk meneruskan bekalan bahan api selepas menghentikannya apabila Syarikat Elektrik Gaza gagal membayar bahan bakar terbabit.

Satu kontrak baru dicapai dimana Syarikat Gaza akan menyalurkan bayaran ke Ramallah setiap 15 bulan dan meningkatkan polisi kutipan bil di Semenanjung Gaza. Selama berbulan-bulan 1.5 juta penduduk Gaza menderita akibat gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku dan memakan masa yang lama.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Larang Rakyatnya Pergi Ke Sinai

Jumaat , 27/08/2010 –“Dewan Anti Terroris” penjajah Zionis menyampaikan peringatan keras kepada penduduk mereka agar tidak berada di Sinai, dengan alasan khuatir mereka akan diserang.

Akhbar Israel, Ma’arev, edisi Rabu (25/8), mengatakan bahawa jangkaan Kementerian keamanan Zionis mendakwa terdapatnya pejuang Palestin di Sinai. Penculikan juga mungkin berlaku jika rakyat Israel pergi ke daerah tersebut. Dengan demikian maka Sinai, menurut pihak keamanan Zionis, telah menjadi daerah yang tidak aman dan tidak boleh dikunjungi.

Kementerian Keamanan Zionis mendakwa bahawa pejuang Palestin sedang bergerak bebas di Sinai meskipun ada usaha giat yang dilakukan Mesir untuk menanggangi keadaan tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Serbuan regim Israel ke atas Hebron, menggeledah rumah-rumah rakyat Palestine yang tertindas

Khamis , 26/08/2010 – Pasukan penjajah regim Israel (IOF) hari ini menyerbu sejumlah rumah di kawasan Zef di selatan bandar Hebron, di Tebing Barat.

Tentera regim zionis itu melakukan penggeledahan rumah dengan alasan mereka telah mendengar bunyi tembakan. Namun begitu apa yang mereka jumpa hanyalah mercun dan bunga api, menurut laporan sumber-sumber tempatan. Tentera regim turut menubuhkan sejumlah pos-pos pemeriksaan tentera di daerah lain di Hebron. Lebih dari 500 pos-pos pemeriksaan tentera di Tebing Barat didirikan untuk mereka gunakan sebagai tempat untuk menghentikan warga Palestin dan mengesahkan kad pengenalan mereka. Tujuan utama mereka konon-kononnya adalah untuk mencari ” warga Palestin yang dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Mesh’al : Perundingan hanya berpaksikan Amerika

Khamis , 26/08/2010 – Khaled Mehsal, ketua bahagian politik Hamas menegaskan bahawa lawatan persidangan dua hala antara Pihak Oslo dan Pihak Zionis adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kerana persidangan itu berlangsung secara paksaan dan perbincangan bertumpu kepada isu Amerika dan bukan berkenaan Palestin atau Negara Arab.

Tambah Mesh’al lagi pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh sidang media professional di ibu Negara Syria, Damsyiq pada hari selasa (24 Ogos) yang lalu, keputusan Majlis Eksekutif, yang terdapat kekurangan pada bilangan ahli majlis yang menanggotainya, hanyalah sebagai repitisi suara dari Washington. Majlis eksekutif ini juga mendapat tentangan baik dari pihak pentadbiran rendah Palestin, mahupun daripada 11 anggota paling tinggi majlis Palestin sendiri.

Beliau juga menekankan kepada Pimpinan Palestin dalam ucapannya lagi – yang turut mengalu-alukan kedatangan rakyat Palestin serta bulan Ramadhan – , bahawa sesungguhnya sidang rundingan kali ini, adalah terpencil dari segi bilangan dan signifikasinya, serta tidak akan menemui jalan penyelesaian kerana bertemakan Amerika dan bukan Palestin. Sidang cuba membahaskan isu perlembagaan tetapi dilakukan dari luar dan bukan dari dalam Negara sendiri. Perundingan juga mengabaikan segala syarat-syarat dan tuntutan dan Amerika dipatuhi tanpa soal seakan-akan meletakkan kuasa veto lebih tinggi kepentingannya daripada tuntutan menyelesaikan masaalah Palestin itu sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

PBB mula menyiasat Armada Kebebasan Turki.

Khamis , 26/08/2010 – Misi antarabangsa Pertubuhan Hak Asasi Manusia PBB mencari fakta bebas dari kalangan pakar peringkat tertinggi bagi melihat insiden kapal bantuan Gaza pada 31 Mei lalu bermula dengan melawat Turki dan Jordan untuk menemubual saksi dan pegawai kerajaan.

Tentera Laut Israel menyerang kapal bantuan Gaza ketika belayar di perairan antarabangsa pada Mei lalu. Sembilan pekerja sukarelawan dari Kalkun maut dalam serangan Tentera Laut dan menyebabkan 54 yang lain cedera. Melalui misi mencari fakta, Juan Carlos Monge berkata kepada wartawan hari ini bahawa misi ini akan bertemu dengan saksi dan pegawai kerajaan di Turki dan Jordan. Beliau juga menyatakan Israel tidak menjemput pasukan ini untuk misi terbabit.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

PBB Memulakan Misi Penyiasatan Armada Flotilla

Khamis , 26/08/2010 – PBB berkata hari ini, misi penyiasatan oleh Jawatankuasa Majlis Hak Asasi Manusia untuk menyiasat serangan Israel terhadap armada kebebasan pada bulan Mei lepas telah memulakan soal-jawab dengan saksi-saksi di Turki dan Jordan.

Misi yang bertujuan menemukan kebenaran itu diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Carl Phillips dan ahli Desmond de Silva, Shane Dairiam. Misi tersebut bermula minggu lepas untuk menemuramah saksi-saksi di London dan Geneva dalam usaha mengumpulkan maklumat awal bagi tujuan penilaian berdasarkan laporan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Majlis Hak Asasi Manusia tersebut terdiri daripada 47 orang ahli yang telah dipilih pada Jun. Hasil daripada misi ini, satu laporan dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat bulan September akan datang. Radio Israel memetik kata-kata seorang pegawai kanan, “Pihak berkuasa Israel percaya, kerjasama dengan misi seumpamanya akan memberikan pengesahan kepada Majlis Hak Asasi Manusia itu yang terus melaksanakan taktik anti-Israel.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penganjur bantahan anti-tembok pemisah bebas tuduhan baling batu, tuduhan provokasi

Khamis , 26/08/2010 – Penganjur bantahan, Abdallah Abu Rhamah yang berasal dari Bil’in, sebuah perkampungan kecil di tengah Tebing Barat, telah didapati bersalah mengadakan provokasi dan menganjurkan bantahan yang haram dari segi undang-undang pada Selasa lalu, selepas dibicarakan oleh pihak tentera rejim Zionis selama 8 bulan. Beliau dipenjarakan sepanjang menghadapi perbicaraan yang panjang itu. Beliau juga didapati tidak bersalah atas tuduhan membaling batu dan memiliki senjata.

Keputusan perbicaraan Abu Rahmah telah dibacakan pada hari ini dalam sebuah bilik mahkamah tentera, mengakhiri perbicaraan bermotifkan politik selama 8 bulan. Para diplomat dari Perancis, Malta, Jerman, Sepanyol dan Britain, serta para perwakilan daripada Kesatuan Eropah hadir untuk memantau perjalanan perbicaan itu. Ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokongnya hadir untuk memberikan sokongan moral.

Abu Rahmah yang merupakan Koordinator bagi Jawatankuasa Terkenal Bil’in yang Menentang Tembok Pemisah dan Penempatan Haram Yahudi telah dibebaskan daripada 2 pertuduhan (jumlah pertuduhan asal adalah 4) iaitu membaling batu dan memiliki senjata berbahaya.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Sepakat Tamatkan Krisis Elektrik

Khamis , 26/08/2010 – Jurucakap pemerintah Palestin, Thahir Nunu menegaskan bahawa mereka telah mencapai kata sepakat antara pemerintah Palestin pimpinan Ismail Haniyah dengan Salam Fayadh dengan memasukkan USD 2 juta untuk membeli bahan bakar bagi menjana elektrik di Gaza.

Dalam kenyataan akhbarnya, Selasa (24/8) Nunu mengatakan, perusahaan elektrik Gaza sudah memasukkan wang berjumlah USD2 juta. Ia hasil kesepakatan dengan pihak Ramallah untuk mengakhiri krisis elektik yang berpanjangan di Gaza. Dalam hal ini Nunu menyambut baik keputusan pemerintah berkaitan kesepakatan ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Kenapa biarkan Presiden Abbas sendirian?

Khamis , 26/08/2010 – Kita semua sedia maklum bahawa kita diberi tekanan supaya mengadakan perbincangan secara langsung dengan pihak rejim Zionis. Kita juga tahu bahawa konflik ini hanya boleh diselesaikan dengan cara perundingan.

Satu perkara yang ganjil adalah cubaan terang-terangan untuk membiarkan Presiden Palestin, Abbas keseorangan menangani isu ini, seolah-olah beliau memilih untuk mengadakan perbincangan itu seorang diri tanpa berbincang dengan pihak-pihak yang relevan. Hal ini menimbulkan keraguan samada memang wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan cara ini atau cara lain.

Presiden Abbas telah berjumpa dengan Liga Arab untuk cuba mengumpulkan pemimpin-pimimpin Arab bagi menjalankan satu tugas yang kritikal dan merupakan tanggungjawab mereka juga. Mereka (pemimpin-pemimpin Liga Arab) dengan pantas memberi lampu hijau untuk beliau mengadakan perbincangan secara langsung dengan rejim Zionis, yang mana merupakan satu kekecewaan, kerana tidak seorang pun daripada pemimpin Liga Arab yang mampu berkata “tidak” kepada Amerika Syarikat.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa
Categories
Berita Semasa

Israel Berkemungkinan Menerima Amerika Untuk Panggilan Terus

Rabu , 25/08/2010 – Sumber regim Israel melaporkan bahawa Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu, berkemungkinan akan memberikan respon positif untuk membuat panggilan terus ke AS. Ia bertujuan untuk memulakan perbincangan langsung dengan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas.

Perbincangan itu berkemungkinan akan diadakan pada awal September di Washington. Turut serta dalam perbincangan itu ialah Presiden AS Barack Obama, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Para pemimpin Palestin di Tebing Barat masih menunggu keputusan dari Jawatankuasa Kuartet tatacara sempadan (yang ditubuhkan pada tahun 1967) sebagai asas dan tujuan utama dari perbincangan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  shuhada