Categories
Berita Semasa

Wartawan yang ditahan berada dalam keadaan kesihatan yang membimbangkan

Selasa, 06/11/2012 – Organisasi Wartawan Palestin di Ramallah telah menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan para wartawan di penjara rejim Israel.

Kebimbangan tersebut terutamanya terhadap seorang wartawan Mohammed Al-Taj yang tidak mendapat perhatian kesihatan yang wajar oleh pihak pentadbiran penjara.

Dalam kenyataan pada Ahad, organisasi itu turut menyebut bahawa Taj, 44 telah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun daripada hukuman 14 tahun dan turut terlibat dalam mogok lapar baru-baru ini. Ia turut memberi amaran tentang bahaya kematian jika Taj tidak dibebaskan segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

MP: Britain bertanggungjawab keatas penghapusan etnik di Palestin

Selasa, 06/11/2012 – Ahmed Attoun, MP Jerusalemite pulang ke Ramallah, menegaskan masyarakat antarabangsa dan Britain adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua penderitaan, pembunuhan dan anjakan rakyat Palestin yang disebabkan oleh Deklarasi Balfour.

MP Attoun berkata bahawa Britain harus menebus dosa dan malapetaka yang telah terkena pada rakyat Palestin, kerana ia harus membayar pampasan kepada mereka akibat kesan tragis Deklarasi Balfour.

Beliau juga menuntut Britain memohon maaf kepada rakyat Palestin dan Arab untuk ketidakadilan dan penindasan terhadap kaumnya; termasuk Nakba, tangkapan, anjakan, perobohan dan laman suci Judaization, disebabkan oleh pelaksanaan Deklarasi Balfour oleh Kerajaan British.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mencemarkan masjid dengan penangkapan 9 West Bankers

Isnin, 05/11/2012 – Regim zionis (IOF) telah merosakkan masjid di Bandar barat alKhalil di jajahan Tebing Barat dan menahan belia Palestin. Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel menyerbu masjid Ahmed Yassin di Ethna di bahagian barat kampung al-Khalil. Mereka memijak, mencari dan merosakkan ruang dalam masjid itu. Dalam kejadian yang berkaitan, IOF menyerbu kem pelarian Arroub, di utara al – Khalil dan menangkap Mohammed Khaled al Jondi, 18 tahun, dan Abdul Ahmed Titi, 19 tahun, selepas menyerang rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Forum Media Palestin menyelar penahanan wartawan

Isnin, 05/11/2012 – Forum Media Palestin mengutuk sekeras-kerasnya penahanan seorang wartawan Baitulmuqaddis Iyad Rifai oleh tentera rejim Israel setelah serbuan di rumahnya.

Forum tersebut menyebut di dalam kenyataan akhbar pada Rabu bahawa rejim Israel menahan seorang pelajar kewartawanan Universiti Al-Quds dan pelatih di rangkaian media “Hona al-Quds”, jurugambar Iyad Rifai, 20 tahun setelah menyerbu rumahnya di bandar Anata timur Baitulmuqaddis. Iyad sedang menjalankan persiapan untuk filem “7300 days of absence” di mana beliau terlibat sebagai pelakon filem yang mengisahkan seorang wartawan dan jurugambar muda yang ingin melawat Baitulmuqaddis untuk pertama kali dalam tempoh 20 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Aktivis Kanada Bersiap Berlayar dari Gaza Menuju Perairan Antarabangsa

Isnin, 05/11/2012 – Sejumlah aktivis kemanusiaan Kanada bersiap berlayar dari pantai Gaza menuju perairan antarabangsa dalam usahanya mematahkan sekatan Gaza.

David Heb seorang aktivis Kanada dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Persatuan petani Palestin dengan kerjasama organisasi nelayan dan sukan pantai, Khamis (1/11) mengatakan, Kapal Gaza akan membawa para aktivis yang berjumlah 17 orang ke dunia luar. Mereka akan berupaya mematahkan sekatan Gaza dari dalam Gaza sendiri, tidak seperti sebelumnya, dari luar menuju Gaza.

Masalah Palestin bukan untuk diperdagangkan, tujuan utamanya bukan hanya mengumpulkan dana bantuan, tetapi sebuah pendirian yang harus didukung dan menuntut sejumlah jawapan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Banduan Zabin bertemu anaknya Muhannad buat pertama kali

Isnin, 05/11/2012 – Puan Dalal, isteri kepada banduan Ammar Zabin, 37 mengesahkan suaminya yang di hukum penjara
selama 25 tahun telah bertemu anak mereka Mohannad buat kali pertama sejak dilahirkan

Puan Dalal tiba di penjara Hadarim selepas satu perjalanan yang sangat sukar dfan jauh, diiringin dua orang anak perempuannya dan anak lelakinya Muhannad. Selepas beberapa percubaan, pengarah pengurusan penjara hanya membenarkan banduan tersebut untuk menyentuh dan mencium anak lelakinya yang ditemuinya pertama kali dan menghalang isteri serta anak perempuan dari mendekatinya.

Ammar Zabin berjaya menyeludup spermanya keluar secara rahsia dari penjara kepada isterinya untuk dibiakkan dalam tabung uji.
Selepas tiga percubaan, pasangan tersebut berjaya mendapat anak ketiga mereka Muhannad.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Universiti Khadouri mengancam PVC musuh daya blok Islam.

Jumaat, 02/11/2012 – Ahli Pelajar Khadouri Universiti Teknikal Palestin – anak penunjuk perasaan blok Islam di dalam kampus sedang mengadakan bantahan terhadap penahanan politik, mengosongkan universiti, mengancam untuk menggunakan kekerasan.

Seorang jurucakap untuk blok-Islam di universiti itu berkata kepada wartawan, “Pusat Maklumat Palestin”: “Puluhan pengawal universiti, kini merebak di jalan-jalan universiti, selepas menerima permintaan daripada Dekan Hal Ehwal Pelajar di Universiti Munther Nasrallah perlu untuk mengosongkan kampus.”

Jurucakap itu enggan mendedahkan pemindahan, dan hak duduk di universiti mereka, takut untuk keselamatan dan mereka masa depan akademik mereka, manakala beliau memberi jaminan mereka Brigadier gabenor daripada Tulkarem, yang telah berikrar kepada mereka semasa ancaman yang tidak untuk membahayakan mereka daripada perkhidmatan keselamatan, telah dianalisis janjinya, dan merujuk kepada yang niat terselindung untuk menyampaikan pelajar perkhidmatan keselamatan, mengikut kepada unsur-unsur blok Islam.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Sekali lagi UNRWA bercadang mengajar pelajar Palestin tentang holocaust.

Jumaat, 02/11/2012 – Suruhanjaya Guru UNRWA di Jordan mengatakan agensi itu bercadang untuk menggabungkan sekali lagi topik holocaust Yahudi ke dalam buku teks sekolah selepas ia telah dibekukan ini untuk sementara waktu.
Menurut kenyataan akhbar pada Selasa oleh suruhanjaya, telah mengesahkan maklumat yang diterima daripada presiden UNRWA menunjukkan bahawa jabatan pendidikan merancang untuk mengajar topik mengenai holocaust di sekolah agensi di dalam dan di luar Palestin. Pihak berkuasa amat mengecam kemahuan UNRWA untuk merangkumi topik itu walaupun dibangkang luas penduduk Palestin untuk cubaan awal.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : faridah

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel (IOA) merampas tanah rakyat Palestin di perkampungan Bethlehem

Jumaat, 02/11/2012 – IOA has merampas seluas 200 dunums tanah Palestin di kampung Al-Khader, selatan Bethlehem.
Jawatankuasa popular di kampung itu memberitahu PIC pada Rabu bahawa IOA berkata tanah tersebut sekarang merupakan harta negeri.
IOA mendakwa bahawa tanah tersebut akan dibahagikan kepada pendatang Yahudi dan kemungkinan besar akan digabungkan dengan penempatan Efrat yang terdekat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

MP Israel memanggil untuk membubarkan pemimpin Hamas di Gaza

Jumaat, 02/11/2012 – Seorang anggota parlimen Israel dari parti pemerintah Likud telah dipanggil untuk membubar pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza.

Radio Hebrew pada hari Rabu memetik MP Danny Danon sebagai berkata bahawa Israel harus mensasarankan pemimpin Hamas jika ia mahu untuk memulihkan “pencegahan” mereka. Pesawat pejuang Israel telah melancarkan satu siri serangan udara terhadap Gaza sejak beberapa hari lepas menyebabkan banyak kematian. Palestin membalas dengan tembakan beberapa roket buatan tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mifdal Mulakan Kempen dengan Slogan ” Jordan adalah Palestin”

Jumaat, 02/11/2012 – Parti Kebangsaan Bersatu Israel atau Mifdal telah memulakan kempen bagi pilihanraya umum dengan slogan ” Jordan adalah Palestin”.

Aryeh Eldad, ketua parti tersebut berkata pada Selasa yang lepas, kempen tersebut akan menjadi dasar yang paling sesuai buat Israel pada waktu ini terutamanya perkara yang berkaitan dengan pelarian Palestin.

Beliau berkata, kempen “Jordan adalah Palestin” akan menjadi alternatif terbaik bagi rancangan “bunuh diri” Israel dengan memperakukan tanah Palestin di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Bersatu memprotes penahanan tahanan yang sakit.

Khamis, 25-10-2012 – Sebuah rapat umum telah diadakan pada hari Rabu di hadapan rumah Mohammed Al-Taj, yang berada dalam tahanan Israel serta mengalami masalah kesihatan yang serius.

Ibu tahanan memberitahu perhimpunan dan sidang akhbar bahawa keadaan kesihatan anaknya telah merosot dengan serius.

Beliau berkata bahawa Mohammed, yang sedang menjalani hukuman penjara 14 tahun sejak tahun 2003, mula mengadu sakit perut, batuk yang teruk dan kesukaran bernafas pada tahun 2005. Doktor penjara hanya memberinya sedatif sahaja, mengatakan bahawa dia hanya mengalami sakit perut, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : farida

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis bersiap serang masjid Hamas

Khamis, 25-10-2012 – Akhbar Maarev Zionis menyatakan pihak tentera Zionis akan menyerang beberapa kubu kuat Hamas termasuk masjid-masjid. Zionis mendakwa Hamas menjadikan masjid sebagai tempat simpanan kelengkapan ketenteraan. Zionis juga menyatakan masjid-masjid perlu digempur bagi melindungi kepentingan Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Khudari seru negara-negara penyumbang laksanakan projek di Gaza

Khamis, 25-10-2012 – Ahli parlimen bebas Jamal Al-Khudari menyeru negara-negara penyumbang agar melaksanakan projek pembinaan semula di Gaza yang terjejas akibat perang.

Beliau berkata demikian di dalam kenyataan akhbarnya pada Rabu bahawa projek pembinaan di Gaza akan menyumbang ke arah pembebasan dari sekatan.  Ahli parlimen itu mendakwa rejim Israel bertanggungjawab di atas kekurangan bahan-bahan asas dan pembinaan di Gaza. Beliau berkata, sekatan oleh Israel telah menyebabkan rakyat Gaza hidup di dalam kesusahan terutamanya dari aspek infrastruktur, tenaga, air dan system kumbahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Laporan: Regim Zionis menahan 20 kanak-kanak Palestin dalam masa dua minggu

Khamis, 25-10-2012 – Regim Zionis Israel (IOF) telah menangkap sekurang-kurangnya dua puluh kanak-kanak Palestin dalam separuh masa pertama Oktober dalam kempen penangkapan yang dijalankan di tanah jajahanTebing Barat dan Baitulmaqdis, menurut laporan Palestin.

Laporan, yang dikeluarkan oleh “Jabatan Penerangan Kanak-Kanak” di Ramallah, mengesahkan bahawa tentera Zionis Israel terus melakukan lebih banyak jenayah perang di jajahan Tebing Barat dan Gaza, di mana mereka memperhebat tangkapan terhadap kanak-kanak Palestin dan menggunakan kekerasan yang berlebihan untuk menyekat demonstrasi secara aman, menyebabkan kecederaan kepada berpuluh-puluh kanak-kanak. ”

Laporan, dikeluarkan pada hari Rabu, menyatakan bahawa lebih dua minggu lalu telah menyaksikan penangkapan dua puluh kanak-kanak Palestin oleh pasukan penjajah Israel dan peneroka kumpulan, menunjukkan bahawa kebanyakan tangkapan tertumpu di al-Khalil dan kawasan kejiranan Baitulmuqaddis Timur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada