Selasa, 18-10-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya menyatakan penghargaan terhadap usaha Algeria untuk menghentikan pertelingkahan di kawasan Palestin.
“Kami berpuas hati dengan perjumpaan dengan Algeria dan persekitaran yang positif dalam sessi perbincangan kami “ ujar Haneyya laporan media pada hari Khamis. Dia menyatakan usaha Algeria untuk menamatkan pemecahan Palestin termasuk dalam usaha kebangsaan dan perhubungan yang erat dari segi emosi dan sejarah dengan warga Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Selasa, 18-10-2022 – Mahkamah Israel pada hari Khamis melanjutkan tempoh tahanan warga Palestin Khalil Al- Awawdeh sehingga 6 November 2022.
“Mahkamah Israel di Rishon LeZion memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan Awawdeh dan memindahkan failnya ke mahkamah pusat Israel di Lod,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, Hassan Abd Rabbo.
Beliau menggariskan bahawa Awawdeh, yang kini ditahan di klinik penjara Ramleh, mengalami masalah pada mata dan otaknya, sambil menambah bahawa imbasan otak mendedahkan terdapat masalah dalam sistem sarafnya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 18-10-2022 – Rejim Israel membunuh seorang remaja Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain semasa serbuan di seluruh Tebing Barat pada petang Rabu untuk menghentikan acara solidariti bersama kem pelarian Shuafat di Jerusalem yang telah dikepung dan diserang secara berterusan oleh mereka sejak lima hari lalu.
Kementerian Kesihatan Palestin mengisytiharkan Osama Mahmoud Adawi, 18, terbunuh selepas ditembak di perutnya oleh tentera rejim di kem pelarian Al-Aroub, utara al-Khalil.
Dua kanak-kanak lelaki cedera parah di kem pelarian, manakala berpuluh-puluh lagi menderita akibat sedutan gas pemedih mata.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 18-10-2022 – Sejumlah rakyat Palestin mengalami kesukaran bernafas pada Khamis setelah tentera rejim zionis (IOF) menembak gas pemedih mata di beberapa kawasan di utara Tebing barat bandar al-Khalil.
Tentera IOF menembak gas pemedih mata dan melempar bom tangan kepada warga Palestin yang menyertai upacara pengebumian syahid Usama Adawi di kem pelarian al-Arroub utara al-Khalil, menyebabkan mereka sukar bernafas.Manakala, tentera rejim yang ditempatkan di menara peninjau tentera dekat kemasukan bandar Beit Ummar utara al-Khalil, menembak gas pemedih mata ke rumah-rumah rakyat Palestin di bandar itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 18-10-2022 – Pergerakan Hamas pada Khamis berkata bahawa pendudukan Israel tidak mempunyai legitimasi atau kedaulatan ke atas Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.
“Rakyat Palestin akan terus menghadapi pendudukan haram Israel dengan segala cara yang mungkin walaupun pelanggarannya semakin meningkat,” kata Pergerakan itu pada ulang tahun resolusi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang membatalkan mana-mana sejarah, budaya, atau agama Yahudi sambungan ke Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.
Pergerakan itu memuji para pejuang kemerdekaan Palestin di Baitulmaqdis, di seluruh Palestin, dan di diaspora yang selama ini mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk menggerakkan sokongan kepada rakyat Palestin Baitulmaqdis sehingga pembebasan penuh dan kembali.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Selasa, 18-10-2022 – Anggota biro politik Hamas Zakaria Muammar mengatakan, Hamas sedia terlibat aktif dalam merealisasikan kesepakatan persatuan nasional yang dilaksanakan Algeria dan mengapresiasi peranan nasional Arab Algeria dan kecintaannya terhadap Palestin, serta sokongan penuhnya terhadap isu Palestin secara adil hingga mendapat hak-haknya semula sebagai bangsa di bumi dan tempat sucinya.
Dalam majlis yang dilaksanakan oleh Brigade Al-Qassam di Gaza, Khamis (13/10) Muammar menambah bahawa Hamas akan tetap bertanggungjawab penuh dan memahami bahawa persatuan nasional merupakan keperluan untuk meraih tujuan bangsa dan kepentingannya. Hamas akan menempuh jalan ini sebagai komitmen nasional tanpa ragu dan tak ada alternatif lainnya.
Muammar menegaskan, Hamas bersedia dan akan segera mengimplementasikan kesepakatan ini dan menyeru kepada segenap kekuatan bangsa dan faksi-faksinya untuk menunaikan tanggungjawab dan tidak mengabaikan maupun mengganggu realisasi kesepakatan. Semua pihak bangkit menghadapi tentangan dan melakukan revolusi seperti yang sedang dilakukan rakyat Palestin di Al-Quds, Tepi Barat, Palestin 48 dan di segenap tempat lainnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Selasa, 18-10-2022 – Pihak berkuasa Israel pada hari Khamis memaksa Ibrahim Hamed, seorang warga Palestin untuk merobohkan sendiri rumahnya di Sur Baher, tenggara Baitulmuqaddis.
Seperti kebanyakan keluarga Palestin lain di Baitulmuqaddis, Hamed memilih untuk merobohkan sendiri rumahnya yang bersaiz 170 meter persegi, yang menempatkan isterinya dan anak perempuan mereka yang berumur satu setengah tahun, dan bukannya meminta pihak perbandaran Jerusalem melakukannya bagi pihak mereka untuk mengelakkan kos perobohan yang boleh mencecah puluhan ribu syikal.
Tentera Israel secara rutin melakukan perobohan rumah warga Palestin di Baitulmuqaddis di bawah alasan undang-undang yang berbeza dengan salah satu yang utama ialah membina tanpa permit. Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada semua rumah Palestin di Baitulmuqaddis tidak mempunyai permit bangunan, menyebabkan kira-kira 100,000 penduduk Palestin berisiko dipindahkan secara paksa.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 14-10-2022 – Berpuluh-puluh rakyat Palestin, termasuk pelajar sekolah, mengalami pendedahan kepada gas pemedih mata pada pagi Rabu semasa pertempuran dengan Regim Zionis Israel (IOF) di Bethlehem City.
Sumber tempatan berkata bahawa pertempuran berlaku di pintu masuk utara Bethlehem.
Sementara itu, beberapa universiti di Bethlehem City menutup pintu mereka hari ini sebagai solidariti dengan penduduk Palestin di kem pelarian Shuafat dan Anata di timur laut Baitulmaqdis yang dijajah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Jumaat, 14-10-2022 – Pada pagi Rabu, Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata lebih 900 orang tahanan Palestin di penjara Ofer, menolak makanan sebagai menyokong 50 orang tahanan yang mogok lapar di penjara Palestin.
Semalam, para tahanan di penjara Nafha turut menolak dua hidangan makanan harian mereka sebagai menyokong pemogok lapar.
Pada Ahad lepas, 20 orang tahanan menyertai mogok lapar 30 orang tahanan tanpa bicara bagi membantah polisi penahanan tanpa bicara oleh Israel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 14-10-2022 – Pergerakan Hamas pada hari Rabu mengutuk sekeras-kerasnya penutupan masjid Ibrahimi di al-Khalil kepada jemaah Muslim oleh pihak berkuasa rejim Zionis Israel.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengecam tindakan rejim membenarkan tindakan mencemarkan dan melanggar kesucian masjid tersebut dengan mengadakan perayaan di sana dan menganggap amalan sebegitu sebagai pencabulan terang-terangan terhadap kebebasan beribadat.
“Kami mengesahkan bahawa Masjid Al-Ibrahimi adalah tempat ibadat umat Islam, dan fakta ini telah disahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2017, dan bahawa penceroboh Yahudi tidak berhak ke atasnya,” katanya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 14-10-2022 – Polis Israel pada hari Selasa menyerbu kem pelarian Shuafat dan bandar Anata, barat laut Baitulmuqaddis yang mencetuskan pertempuran dengan pemuda tempatan berhampiran pusat pemeriksaan kem Shuafat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa polis Israel melepaskan peluru hidup dan bom gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin di pinggir bandar Assalam di bandar Anata, selain membuka air kumbahan di jalan-jalan kem Shuafat.
Untuk hari keempat berturut-turut, pasukan polis Israel menahan kem pelarian Shuafat dan bandar Anata, di mana sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Palestin tinggal, di bawah perintah berkurung secara paksa.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 13-10-2022 – Polis rejim zionis menyerbu Masjid Al-Aqsa beramai-ramai pada hari kedua yang digelar “Hari Takhta Yahudi” bagi memberi laluan kepada pencerobohan oleh para pendatang Yahudi.
Sumber mengesahkan yang polis rejim menyerbu dewan solat Al-Qibli dan mengerahkan rakyat Palestin yang sedang beribadah keluar darinya.
Manakala segerombolan pelampau pendatang Yahudi dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 13-10-2022 – Sheikh Ekrima Sabri, pendakwah Masjid Al-Aqsa menggesa penganjuran demonstrasi besar-besaran bagi menyokong Masjid Al-Aqsa. Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Sheikh Sabri menegaskan bahawa pencerobohan peneroka Yahudi ke dalam Masjid Al-Aqsa sengaja dibuat ketika cuti kaum Yahudi di bawah perlindungan ketat polis Israel.
Sheikh Sabri menjelaskan bahawa serbuan besar-besaran itu bertujuan untuk mengubah status quo di Jerusalem, meminta pihak berkuasa pendudukan Israel bertanggungjawab atas sebarang keganasan yang berlaku di kota suci itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 12-10-2022 – Gerakan Hamas menyeru agar bertindak ke atas jenayah pembakaran Al-Quran di kota lama al-Khalil pada Isnin.
Dalam satu kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Abdul-Latif Qanu menyifatkan penghinaan terhadap Al-Quran yang dilakukan oleh para pendatang Yahudi sebagai perlakuan perkauman yang biadab dan menekankan bahawa jenayah itu semakin membuktikan rejim Israel dan para pendatang inginkan perang keagamaan dengan Islam.
Jurucakap Qanu turut memberi amaran yang cuti keagamaan Yahudi telah menjadi ancaman ke atas Masjid Aqsa dan melibatkan serangan terjadap rakyat Palestin serta kawasan suci mereka.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 12-10-2022 – Penceroboh Yahudi menyerang warga Palestin semasa mereka memetik buah zaitun di kawasan Khilat Hassan, barat bandar Biddya di barat bandar Salfit, Tebing Barat pada hari Isnin.
“Sekumpulan penceroboh Yahudi menyerang kami ketika kami sedang menuai buah zaitun,” kata warga Palestin, Arafat Abu Saif kepada agensi berita WAFA.
Tambahnya, salah seorang peneroka melepaskan peluru hidup ke arah mereka namun tiada kecederaan dilaporkan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan