Categories
Berita Semasa

Lebih 270 Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Rabu, 21-12-2022 – Sebilangan besar peneroka Yahudi ekstremis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi dan petang hari Isnin.

Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 272 peneroka yang diiringi oleh pegawai polis memasuki Masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya pada hari kedua cuti Hanukkah kaum Yahudi.

Ketika lawatan mereka di tapak suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah daripada rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka mereka berkumpul di kawasan timur Masjid dan melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pejuangan di Tebing Barat dan Al Quds: 21 Serangan Dalam Tempoh 24 Jam

Rabu, 21-12-2022 – Aksi penentangan di Tebing Barat dan Al-Quds melawan pasukan penjajah Zionis Israel dan penduduk pendatang Yahudi terus berlanjut selama 24 jam terakhir

Tindakan pendudk Palestin tersebut menyebabkan sejumlah penduduk pendatang Yahudi tercedera.

Sumber berita Palestin menyebutkan, berlaku 21 aksi perlawanan di Tebing Barat dan Al-Quds selama 24 jam terakhir.

Perkara yang paling menonjol adalah lima aksi tembakan, lemparan alat peledak dan bom molotov serta aksi untuk menghalang serangan para penduduk pendatang Yahudi.

Para pejuang mujahidin menyerang pasukan Zionis Israel dan para penduduk pendatang Yahudi dengan tembakan di daerah Jenin, di kota Burqin dan Arraba, serangan ke perkampungan Yahudi “Mevo Dotan”, dan sebuah bas di perkampungan Yahudi “Tarzala” yang sudah dikosongkan menyebabkan kerosakan pada bas tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel ratakan 37 pokok di timur Beit Furik

Rabu, 21-12-2022 – Kenderaan Israel meratakan 37 pokok pada petang Isnin setelah menyerbu bandar Beit Furik di timur Tebing Barat kota Nablus.

“Jentolak-jentolak Israel memusnahkan 37 pokok di kejiranan Khirbet Tana di timur bandar Beit Furik,” penyelaras Pertahanan Kebangsaan untuk Khirbet Tana, Thaer Hanani berkata dalam satu kenyataan akhbar.

Hanani menekankan yang jentolak Israel memusnahkan kawat berduri masjid di kejiranan Khirbet Tana, dan menambah yang jentolak-jentolak memusnahkan tembok rumah warga Palestin di kejiranan yang mana silingnya telah dimusnahkan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas terima lawatan Penyelaras Khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah

Rabu, 21-12-2022 – Pergerakan Hamas menerima satu lawatan daripada Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Proses Damai Timur Tengah, Tor Wennesland di pejabat pergerakan tersebut di Gaza pada hari Isnin.

Delegasi Hamas yang diketuai oleh timbalan ketuanya, Khalil al-Hayya membincangkan pelbagai isu dengan Wennesland, didahului oleh kesan serius pencabulan Israel di masjid Al-Aqsa di bawah kerajaan Zionis yang akan datang dan rancangan perkaumannya.

“Dasar provokatif Israel di Baitulmuqaddis dan masjid Al-Aqsa akan menjerumuskan Palestin ke dalam pengasingan,” kata pergerakan itu kepada Wennesland, menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan tanah mereka daripada serangan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tahanan pesakit kanser Abu Hamid koma

Selasa, 20-12-2022 – Kemterian Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan berkata, tahanan pesakit kanser Nasser Abu Hamid koma pada petang Ahad.

Dalam satu kenyataan ringkas, kementerian berkata bahawa Abu Hamid jatuh koma yang merupakan fasa paling bahaya penyakitnya.

Manakala, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menekankan yang keadaan kesihatan Abu Hamid menjadi semakin teruk apabila beliau mengambil lebih banyak ubat penahan sakit.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Israel Usir Tahanan al-Hamouri ke Perancis

Selasa, 20-12-2022 – Pihak berkuasa Israel mengusir tahanan Jerusalem, Salah al-Hamouri ke Perancis pada hari Ahad.

IOA telah menghantar pulang peguam dan aktivis Perancis-Palestin al-Hamouri ke Perancis pada waktu Subuh selepas meletakkannya di bawah tahanan pentadbiran selama sembilan bulan, menurut media Hebrew.
Sejak 7 Mac 2022, al-Hamouri telah ditahan di bawah tahanan pentadbiran tanpa bicara.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin ditahan semula selepas dibebaskan

Selasa, 20-12-2022 – Ejen perisikan Israel pada hari Ahad menahan semula tahanan warga Palestin, Ezziddin Abu Subeih di hadapan penjara padang pasir Negev sejurus selepas dia dibebaskan.

Sumber Baitulmuqaddis melaporkan bahawa Abu Subeih telah ditangkap semula selepas dia menamatkan tempoh tahanan selama 33 bulan.

Abu Subeih telah ditangkap lebih daripada sekali dan telah diletakkan di bawah tahanan pentadbiran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Beribu penduduk sambut ulang tahun penubuhan Hamas di Gaza

Isnin, 19-12-2022 – Puluhan ribu rakyat Palestin berpusu-pusu ke Plaza al-Katiba al-Khadra (Briged Hijau) di Bandar Gaza pada pagi dan petang hari Rabu untuk menghadiri perayaan ulang tahun ke-35 penubuhan pergerakan Hamas.

Beribu-ribu anggota Hamas berhimpun di plaza itu dengan membawa bendera hijau pergerakan tersebut dan sepanduk sambil melaungkan slogan agama dan kebangsaan.

Tokoh negara terkemuka dari puak Palestin yang lain menghadiri festival itu termasuk Ahmed Helles, ahli jawatankuasa pusat Fatah, dan Nafed Azzam, ahli biro politik Jihad Islam.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Dhaif: Satukan semua sepanduk untuk pembebasan Palestin

Isnin, 19-12-2022 – Mohamed ad-Dhaif, ketua komander Briged al-Qassam Hamas, menyeru agar menyatukan semua sepanduk dan membuka semua ruang untuk mencapai satu matlamat, iaitu pembebasan Palestin.

“Marilah kibarkan bendera bersama, bersatu tenaga dan membuka semua arena untuk pencapaian satu matlamat besar dan mulia, iaitu pembebasan Palestin,” Dhaif berkata dalam rakaman ucapan ketika sambutan ulang tahun ke 35 Hamas, yang diadakan pada Rabu di kota Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tinjauan : Hamas Paling Layak Pimpin Rakyat Palestin

Isnin, 19-12-2022 – Tinjauan pendapat yang dijalankan baru-baru ini oleh Pusat Kajian Dasar dan Tinjauan Palestin (PCPSR) dan Konrad-Adenauer-Stiftung di Ramallah menunjukkan bahawa Gerakan Hamas lebih layak mewakili dan memimpin rakyat Palestin berbanding yang lain.

Berdasarkan penemuan tinjauan yang dijalankan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza antara 7 dan 10 Disember 2022, terdapat sokongan yang menggalakkan di kalangan rakyat Palestin terhadap kumpulan penentang seperti “Lions” Den.

Tinjauan itu juga menunjukkan penurunan populariti Gerakan Fatah dan kepimpinannya, dan penolakan Palestin yang semakin meningkat terhadap penyelesaian dua negara dan juga penyelesaian satu negara di mana rakyat Palestin dan Yahudi Israel menikmati hak yang sama.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar penahanan politik oleh PA

Khamis, 15-12-2022 – Gerakan Hamas menyelar dalam kenyataannya pada Selasa, terhadap penangkapan besar-besaran oleh perkhidmatan keselamatan PA ke atas para penyokong dan aktivisnya di Tebing Barat.

Penahanan politik hanya akan meningkatkan penentangan oleh rakyat Palestin, menurut kenyataan tersebut.

“Kempen penangkapan PA pada ulang tahun gerakan itu melanggar nilai kebangsaan dan menyasarkan kesatuan rakyat kami,” ia menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel keluarkan arahan berhenti kerja ke atas 18 binaan Palestin

Khamis, 15-12-2022 – Rejim Israel mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap 18 struktur kediaman dan kemudahan pertanian milik Palestin di barat bandar Salfit, Tebing Barat pada hari Selasa.

Ketua majlis perbandaran Qarawat Bani Hasan, Ibrahim Assi berkata bahawa rejim tersebut mengeluarkan notis berhenti kerja terhadap rumah, bilik pertanian dan kilang milik Palestin yang masih dalam pembinaan di bandar Qarawat Bani Hassan di barat Salfit.

Minggu lalu, rejim Zionis mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap 10 rumah warga Palestin sebagai tambahan kepada struktur lain yang masih dalam pembinaan di kawasan timur dan selatan bandar Qarawat Bani Hasan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pasukan Keselamatan PA Lancar Tangkapan Besar dan Siasatan

Khamis, 15-12-2022 – Pasukan keselamatan PA telah menjalankan kempen tangkapan dan siasatan besar-besaran semalaman dan pada pagi Selasa, menyasarkan aktivis yang bergabung dengan Pergerakan Hamas.

Tiga pelajar Universiti Birzeit telah ditahan selepas dipanggil untuk siasatan pagi ini, manakala beberapa tangkapan politik dilaporkan di bandar Beit Kahil, barat al-Khalil.

Awal Isnin, Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik di Tebing Barat melaporkan 142 pencabulan undang-undang PA dalam tempoh 48 jam yang lalu.

Pencabulan yang dilaporkan termasuk 27 tangkapan politik, 78 panggilan siasatan, 13 lanjutan tahanan, 18 serbuan rumah, dan 6 serangan terhadap wanita.

Sekurang-kurangnya sembilan pelajar telah ditahan, manakala 15 lagi telah dipanggil untuk siasatan semasa kempen itu.

Majlis pelajar Universiti Birzeit mengadakan bantahan duduk, menuntut tahanan dibebaskan segera.

Penangkapan politik juga menyasarkan bekas banduan di al-Khalil, Ramallah, Qalqilya dan Nablus.

Kempen terdesak PA dilakukan sempena kedatangan hari memperingati ulang tahun penubuhan yang ke-35 Pergerakan Hamas.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Badran : Pencapaian Perpaduan Nasional Penting Untuk Menghadapi Rancangan Israel

Khamis, 15-12-2022 – Ketua Pejabat Perhubungan Nasional Hamas Husam Badran menekankan kepentingan mencapai perpaduan nasional semasa menghadapi pendudukan Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar pada ulang tahun ke-35 penubuhan Pergerakan Hamas, Badran berkata bahawa rakyat Palestin dan perjuangan mereka akan bersatu ketika menghadapi pendudukan Israel dan penerokanya sehingga mereka berjaya menggagalkan semua
rancangan Yahudi dan pembersihan etnik Israel.

Badran mengesahkan kesediaan Gerakannya untuk mencapai perpaduan nasional Palestin antara puak Palestin, dan memuji usaha Algeria dalam menyokong perjuangan Palestin untuk mencapai perdamaian nasional.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Polis Israel culik beberapa warga Palestin di Baitulmuqaddis

Rabu, 14-12-2022 – Polis rejim zionis menculik beberapa warga Palestin pada Isnin, termasuk seorang pelajar dari pelbagai kawasan di Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, pegawai polis rejim menculik seorang pelajar bernama Azzam an-Natsha pada waktu petang dari sekolahnya di dalam dataran Masjid Aqsa dan membawanya ke balai polis Qishla.

Polis rejim turut menahan seorang pemuda yang dikenali sebagai Khaled Saleem dari kem pelarian Qalandia setelah mengarahkannya datang ke balai polis dan mengugut untuk membunuhnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati