Selasa , 06-10-2020 – Polis Israel menahan dua kanak kanak dari penempatan haram Juruselam dan seorang pemuda dari Ramallah.
Sumber tempatan melaporkan polis Israel menahan dua kanak-kanak dari kem pelarian Shu’fat semasa mereka berada berhampiran dengan tembok Apartheid , dimana tembok ini memisahkan kem pelarian dari bandar Jerusalem.
Tamer Al-Shawamrah telah ditahan di Umm Al-Sharayet di Ramallah ketika dia melalui kawasan pemeriksaan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa , 06-10-2020 – Pada hari Khamis, Kementerian Kesihatan Palestin, melaporkan 8 kematian berkaitan COVID-19, 512 kes positif baru dan 881 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Genting Gaza pada tempoh 24 jam lepas.
Berdasarkan laporan harian kementerian kesihatan, enam mangsa kematian berasal dari kawasan Tebing Barat, Bandar Jerusalem dan juga Semenanjung Gaza
32 orang pesakit kritikal telah ditempatkan di wad unit kritikal dan 15 pesakit lagi di rawat dengan alat bantuan pernafasan.
82.5 peratus dari keseluruhan kes jangkitan telah sembuh manakala kadar kes aktif telah meningkat kepada 16.8 peratus dan kadar kematian pada 0.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa , 06-10-2020 – Demi kekuatan nasional dan Islam di daerah Ramallah, Al-Bireh menyeru diperluaskan pengembangan perjuangan rakyat. Ini kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mengalahkan penjajahan dan menghancurkan projek pencairan Amerika-Zionis.
Dalam sebuah pernyataan hari ini, (4/10) pihak pejuang mengatakan cabaran yang dihadapi perjuangan Palestin secara bersama.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai pihak turut menyeru dipanjangkan pertemuan dan dialog baru-baru ini untuk menyepakati program perjuangan nasional dan kebersamaan politik.
Beliau menekankan pentingnya penglibatan sebenar dalam mempersiapkan pemilihan yang akan datang dan mengubahnya menjadi pertempuran politik yang dilancarkan rakyat Palestin. Ia tidak hanya untuk memperbarui legitimasi dan kehidupan demokrasi tetapi juga untuk menghadapi tindakan penempatan Yahudi, khususnya di kota Jerusalem yang diduduki.
Dalam pernyataan bersama, seruan untuk melindungi musim zaitun, menghidupkan kembali kempen untuk membantu petani di desa-desa, dan pergi secara kolektif terutama di daerah yang dekat dengan jalan pintas atau penempatan dan untuk menghadapi pengganas Yahudi yang menganggu warga Palestin.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa , 06-10-2020 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan Israel semasa pertempuran di bandar Beit Ummar, utara al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, seorang kanak-kanak mengalami kecederaan semasa pertempuran antara pemuda tempatan dan tentera Israel di kawasan al-Daher di bandar Beit Ummar.
Dalam kejadian berasingan, pemuda Palestin melontar batu di sebuah bas yang membawa peneroka Yahudi di jalan berhampiran kampung Deir Nidham di utara Ramallah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Selasa , 06-10-2020 – Rejim Zionis Israel menyerahkan notis roboh ke atas dua unit pangsapuri kepunyaan keluarga Abu Malaya di daerah Silwan, selatan Masjidil Aqsa kerana dibina tanpa kelulusan.
Pangsapuri yang terletak di kawasan kediaman Ras al-Amud di silwan itu turut dimiliki oleh dua adik-beradik lelakinya.
Pihak rejim Israel memaksa warga Baitulmaqdis untuk meroboh atau memindahkan rumah mereka sendiri bagi mengelak dari membayar perbelanjaan dan denda lebih tinggi jika kakitangan majlis perbandaran yang melakukan kerja-kerja tesebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Selasa , 06-10-2020 – Kerajaan Jordan dengan secara mendadak meminta bekas tahanan yang di bebaskan dalam pertukaran tawanan Wafa al-Ahrar, Nizar at-Tamimi untuk meninggalkan Jordan dengan segera. Nizar sekarang berada di Qatar.
Peguam, Mustafa Nashrullah dalam kenyataan beliau kepada Quds Press menolak arahan pengusiran yang di keluarkan oleh Jordan terhadap at-Tamimi. Menurut beliau, pengusiran yang di keluarkan oleh kerajaan Jordan sebenarnya bukan sahaja merupakan pengusiran untuk Nizar at-Tamimi, tetapi untuk isteri beliau, Ahlam at-Tamimi.
Penurut Mustafa lagi, pemerintah hendaklah berpegang kepada keputusan pengadilan untuk tidak menyerahkan Ahlam at-Tamimi , warga Jordan di mana tiada kesepakatan antara Amman dan Washington untuk menyerah yang terdakwa. Arahan pengusiran keluar Nizar pasti turut menarik Ahlam bersama.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin , 05-10-2020 – Seorang pemuda Palestin cedera teruk pada petang Rabu apabila tentera rejim zionis (IOF) melepaskan tembakan kepada sekumpulan warga di bandar Surif, barat laut al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, IOF melepaskan tembakan ke arah warga Palestin di Qurainat, mencederakan seorang remaja berusia 16 tahun di dadanya. Remaja yang cedera teruk itu dikejarkan ke Hospital Ahli di al-Khalil.
Isnin , 05-10-2020 – Polis penjajah Israel terus-menerus membiarkan para peneroka haram Yahudi mencemari Masjidil Aqsa walaupun kawalan ketat yang mereka laksanakan di kota suci sekarang ini.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 16 peneroka memasuki Masjidil Aqsa melalui Gerbang al-Maghariba dan mengadakan lawatan ke halamannya di bawah pengawasan polis.
Beberapa peneroka dilihat melakukan upacara Talmud semasa lawatan di tempat suci Islam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Isnin , 05-10-2020 – Seorang pemuda Palestin mengalami cedera parah ditembak di kepala, ketika konfrontasi bertembung dengan pasukan Israel, Khamis (1/10) di kota Sabsathia, Nablus utara.
Menurut sumber di lokasi, seorang pemuda Palestin mengalami cedera parah ditembak di bahagian kepala akibat tembakan yang dilancarkan pasukan penjajah Israel.
Pertempuran tak dapat dihindari antara pemuda Palestin dan pasukan Israel selepas serangan ke kota Sabsathia. Pasukan Israel menembak para pemuda menggunakan peluru tajam dan gas pemedih mata yang menyebabkan seorang pemuda mengalami kecederaan di kepalanya.
Kota Sabsathia menjadi sasaran serbuan pasukan Israel dan para pendatang Yahudi, terutama di kawasan bersejarah. Mereka melakukan sejumlah pelanggaran terhadap warga serta kerap memulakan pertempuran dengan para pemuda setempat.
Dalam kejadian lainnya, pasukan penjajah Israel menangkap seorang pemuda Palestin di pintu masuk militan, Jenin barat.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin , 05-10-2020 – Kerajaan Jordan dengan secara mendadak meminta bekas tahanan yang di bebaskan dalam pertukaran tawanan Wafa al-Ahrar, Nizar at-Tamimi untuk meninggalkan Jordan dengan segera. Nizar sekarang berada di Qatar.
Peguam, Mustafa Nashrullah dalam kenyataan beliau kepada Quds Press menolak arahan pengusiran yang di keluarkan oleh Jordan terhadap at-Tamimi. Menurut beliau, pengusiran yang di keluarkan oleh
kerajaan Jordan sebenarnya bukan sahaja merupakan pengusiran untuk Nizar at-Tamimi, tetapi untuk isteri beliau, Ahlam at-Tamimi.
Penurut Mustafa lagi, pemerintah hendaklah berpegang kepada keputusan pengadilan untuk tidak menyerahkan Ahlam at-Tamimi , warga Jordan di mana tiada kesepakatan antara Amman dan
Washington untuk menyerah yang terdakwa. Arahan pengusiran keluar Nizar pasti turut menarik Ahlam bersama.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat , 02-10-2020 – Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi dengan kawalan anggota polis rejim Israel telah menceroboh masuk Masjidil Aqsa, Rabu semalam.
Menurut sumber tempatan, sekumpulan pendatang Yahudi dilihat memasuki masjid suci itu melalui Pintu al-Maghariba dengan diiringi polis rejim dan melakukan lawatan di kawasan sekitar perkarangan masjid pada waktu sebelah pagi.
Pihak polis rejim masih membenarkan pendatang Yahudi melawat masjid tersebut walaupun perintah sekatan pergerakan dikenakan di kota suci itu bagi mencegah penyebaran Koronavirus.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Jumaat , 02-10-2020 – Gerakan Hamas berkabung atas kematian Emir Kuwait Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah, yang meninggal pada Selasa, serta memperingati sumbangan besarnya terhadap Palestin dan dunia Arab dan Muslim.
“Kami berkongsi kesedihan dengan negara Kuwait, kepimpinannya dan rakyatnya atas kehilangan ketua kemanusiaan, keberanian dan kebijaksanaan yang mana kehidupannya harum dengan kebaikan, sifat pemurah serta pengorbanan. Kami mengingatinya dengan kasih-sayang, penghargaan dan kebanggaan atas segala usahanya sepanjang hidup berkhidmat kepada negara Arab dan Islam, juga menyokong kesatuan, keselamatan dan kesejahteraan,” Hamas berkata dalam kenyataan akhbar pada petang Selasa.
Jumaat , 02-10-2020 – The Shin Bet, perisik dalaman Israel, telah menculik aktivis pro-Aqsa, Aida as-Sidawi dari rumahnya di Kota Lama Baitulmaqdis.
Sidawi mengatakan bahawa pegawai Shin Bet yang dikawal oleh pasukan polis telah menahannya dan membawanya ke pusat soal siasat Qishla setelah menggeledah rumahnya di kawasan Bab al-Hadid di Kota Lama.
Sidawi telah dipanggil, ditangkap, dibuang dari Masjidil Aqsa dan dilarang melakukan perjalanan beberapa kali sebelum ini kerana kegiatan aktifnya dalam menyokong Masjidil Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Jumaat , 02-10-2020 – Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Mussa Abu Marzuq, Rabu malam (30/09/2020), menyatakan bahawa isu Palestin sedang menghadapi cabaran besar yang memberi dorongan kuat kepada kesatuan dan kerjasama nasional.
Abu Marzuq mengatakan, dialog Turki akan menyumbang kepada pencapaian kesefahaman yang lebih baik terhadap rekonsiliasi Palestin.
Beliau menekankan bahawa mereka tidak mungkin menawarkan rekonsiliasi dalam keadaan tidak menentu serta dalam keadaan terkesan dengan peristiwa lalu. Oleh kerana itu perlu ada langkah-langkah untuk membangun kepercayaan antara kedua pihak. Beliau menyatakan kepentingan aspek yang berkaitan dengan membangun kepercayaan ini. Seperti mengembalikan dokongan asas kepada para tahanan, para keluarga syuhada, mereka yang tercedera serta mereka yang tertekan akibat perpecahan.
Abu Marzuq menekankan perlunya membangun strategi berkaitan rekonsiliasi dan kejasamaa Palestin.Beliau menegaskan bahawa patriotisme dan tanggungjawab yang berada di bahu kedua-dua pihak merupakan syarat utama menuju kemajuan rekonsiliasi.Isu perjuangan rakyat dengan kepemimpinan pusat, terutama di Tebing Barat dan al-Quds perlu didasarkan kepada asas pemikiran persatuan penuh.
Abu Marzuq menekankan perlunya mengadakan pilihanraya untuk Dewan Nasional, Dewan Legislatif, Jawatankuasa Eksekutif PLO, dan pilihanraya presiden.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat , 02-10-2020 – Atas perintah tentera rejim Zionis, sebuah mahkamah tentera pada hari Rabu telah menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada seorang petani tua warga Palestin serta memerintahkannya untuk membayar denda.
Menurut Persatuan Tawanan Palestin, Khairy Hanoun yang berusia 64 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 hari dan didenda 1,000 shekel ($ 300).
Hanoun diculik pada 21 September dari rumahnya di bandar Anabta, timur wilayah Tulkarem.
Pada awal September, Hanoun diserang dengan kejam semasa demonstrasi di utara Tebing Barat. Beliau memprotes penyitaan tanahnya.
Rakaman video menunjukkan askar Israel menolak Hanoun ke tanah sebelum seorang askar mula menekan lututnya di leher petani tersebut, sementara askar yang lain pula mengacukan senjata mereka pada sesiapa yang merakam serangan itu.