Selasa, 30/01/07 –
Keluarga Abeer Al Arameen, kanak-kanak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang dibunuh oleh askar Israel di Bandar Anata berhampiran Baitul Maqdis menuntut tentera Israel menjalankan siasatan ke atas kematiannya dan menghukum askar-askar yang terbabit.
Month: January 2007
Selasa, 30/01/07 –
Jurucakap Fraksi Reformasi dan Perubahan di parlimen Palestin,
Solah Bardawel mengingatkan tentang adanya pihak-pihak luar yang cuba menghancurkan
apa yang telah disepakati dalam sidang dialog nasional Palestin yang berlangsung di
Gaza.
Selasa, 30/01/07 –
Askar-askar Israel dilengkapi kenderaan tentera dan bulldozer menghujani bahagian barat Bandar Nablus dengan peluru Khamis pagi yang lepas. Mereka mengepung sebuah bangunan dan menculik seorang lelaki warga Palestin.
Jumaat, 26/01/07 –
Seorang rakyat Palestin syahid semalam (25/1/07) dan beberapa orang lagi tercedera apabila sekumpulan besar tentera rejim Zionis menceroboh bandar Tulkarem di Tebing Barat, sumber dari Palestin melaporkan.
Jumaat, 26/01/07 –Satu sumber penting di Palestin pagi ini menyebutkan,
penasihat presiden Mahmud Abbas yang berada di Amerika ketika ini telah menyampaikan
kepadanya bahawa Amerika Syarikat menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan
perpaduan nasional Palestin yang ingin dibentuk oleh PM Ismael Haneya.
oleh : Maszlee Malik
Di sebalik kekalutan dan kekecohan dalaman di Palestin, pendapat umum (public opinion) rakyat Palestin menunjukkan mereka inginkan kesatuan dan kedamaian. Pada 23 Januari 2007, rakyat Palestin telah berhimpun di Gaza menuntut agar penubuhan “kerajaan nasional bersekutu” disegerakan. Ide yang pernah dilontarkan oleh HAMAS pada Mac 2006 sebelum membentuk kerajaan pimpinan mereka ini bagaikan dikitar semula.
Sewaktu ianya dilontarkan oleh HAMAS, Fatah yang diwakili oleh Saeb Erekat telah muncul di al-Jazeera menolak pelawaan HAMAS. Beliau dan juga pemimpin-pemimpin Fatah yang lain telah menjual mahal di atas pelawaan tersebut. Harapan mereka, biarlah kerajaan pimpinan HAMAS bersendirian akan diberikan hukuman oleh AS dan rejim Zionis.
Rakyat Palestin berduka atas kematian Mahran Abu Nosair, 15 tahun,
semasa pengkebumian beliau di kem pelarian Deir Al Balah, tengah Jalur Gaza,
pada Rabu, 24 Januari 2007. Rejim Zionis telah menembak beliau awal Rabu semalam
(24/1/07)
Rakan sekelas pelajar perempuan Palestin yang syahid, Abir Aramin, 10 tahun memegang
poster beliau di sekolah di Tebing Barat. Beliau telah selamat dikebumikan di perkampungan
Anata berhampiran Jerusalem pada Ahad, 21 Januari 2007 yang lalu.
Khamis, 25/01/07 –Ketua biro Politik Hamas, Khalid Misy’al dan Mahmud Abbas sepakat mengadakan pertemuan lanjut berkenaan agenda pembentukan kerajaan perpaduan
nasional. Kesepakatan ini dicapai selepas berakhirnya pertemuan mereka di Damsyik kelmarin (21/1).
Khamis, 25/01/07 –Sumber perubatan di Jalur Gaza melaporkan semalam (24/1/07) bahawa rejim Zionis
yang berpusat di timur Dir al-Balah, di tengah Jalur Gaza, telah menembak mati seorang remaja
Palestin dan mencederakan 2 penduduk di situ seterusnya membawa mangsa ke tempat yang tidak
diketahui.
Khamis, 25/01/07 –
Ketua Kesatuan Pekerja Awam, Bassam Zakarna, menyatakan semalam (24/1/07) bahawa gaji pekerja
awam dan pekerja keselamatan akan dijelaskan Ahad akan datang melalui bank.
Selasa, 23/01/07 –
Rejim Zionis telah menyerang perkampungan Yatta, selatan kota Hebron pada pagi Isnin lalu (22/1/07), menculik 2 lelaki Palestin dan menyerang beberapa orang.
Selasa, 23/01/07 –Sumber Palestin menyebut bahawa sempadan Rafah di selatan Jalur Gaza telah dibuka semula pagi Isnin lalu (22/1/07) dan akan dibuka sehingga jam 5 petang setiap hari.
Rabu, 17/01/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya, Isnin (15/1)
mengingatkan tentang bahayanya kunjungan Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice ke beberapa negara di Timur Tengah. Sudah diketahui umum bahawa beliau membawa misi
Zionis Israel.
Selasa, 16/01/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah menganggap agenda kunjungan Setiausaha Negara Amerika, Condoleeza Rice ke Timur Tengah kali ini kurang
bermakna. Beliau juga menolak usul Amerika berkait pembentukan kerajaan perpaduan nasional Palestin.
Ikuti sambungan bahagian kedua artikel Maszlee Malik ini.