Categories
Berita Semasa

Erekat: Kami Akan hentikan Perundingan Jika Israel Menyambung Perundingan Damai

Selasa , 24/08/2010 – Dr. Sa’eb Erekat, Ketua Perunding Palestin memberi amaran bahawa Palestin akan menarik diri daripada perundingan akan datang sekiranya Israel membenarkan penempatan semula di Tebing Barat. “Ia boleh dilakukan dalam tempoh kurang dari setahun,” Erekat memberitahu Reuters. “Perkara yang penting sekarang ialah memastikan ‘kerajaan Israel’ tidak menjalankan sebarang aktiviti penempatan dan pencerobohan.”

Setiausaha Luar Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengumumkan pada hari Jumaat bahawa Palestin dan Israel akan mengadakan dialog pada bulan September.

“Setelah mengadakan perbincangan dengan kedua-dua belah pihak, saya mewakili pihak kerajaan Amerika Syarikat mempelawa Perdana Menteri Israel Netanyahu dan Presiden Palestin Abbas untuk bertemu pada 2 September di Washington D.C. bagi menjalankan semula rundingan penyelesaian pelbagai isu. Kami percaya isu-isu ini boleh diselesaikan dalam tempoh satu tahun”, Clinton memberitahu wartawan di sidang akhbar petang Jumaat itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  idawati
Categories
Berita Semasa

Haniyyeh : Rundingan dua hala galal. Hak dan maruah tidak akan dikembalikan.

Selasa , 24/08/2010 –Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyyeh menganggap bahawa tindakan “ Pihak Berkuasa Fatah” yang menurut kehendak Pihak Pentadbiran Amerika untuk menjalankan proses rundingan dua hala bersama Rejim Zionis di Ramallah sebagai, “dasar politik yang sedia gagal tidak mungkin akan berjaya”.

Tambah Haniyyeh dalam ucapannya selepas mengimami solat tarawih di Masjid Khulafa Ar-Rasyidin dekat Kem Jabaliyye (di sempadan utara), pada hari Ahad (22 Ogos) yang lalu, : “Mereka (Fatah) tidak merasa kesal atas tindakan mereka merobek keselesaan bangsa dan menjual diri mereka kepada penjajahan (Zionis), sedangkan mereka (Fatah) sendiri berbaring dalam keselesaan mereka, demikianlah, dasar politik yang sedia gagal tidak mungkin akan berjaya, hak dan maruah tidak mungkin akan dikembalikan semula,”. Haniyyeh juga menegaskan bahawa masyarakat Palestin perlu terus berpegang teguh dan sentiasa percaya dengan pertolongan Allah, yang pasti akan melindungi orang-orang Palestin yang sentiasa “sabar dan kental”.

Haniyyeh juga mengenang jasa baik As-Syahid Syeikh Nizar Rayyan dan menyebut, : “Sesungguhnya, telah pergi Syeikh Nizar ke alam Rabbani menuju Allah Subhanhu wa Taala bersama keluarga, isteri dan anak-anaknya. Sesungguhnya benarlah Allah, dan Allah membenarkannya. Beliau telah didik dengan didikan Nubuwwah dan Dakwah, dan hidup di dalam medan Perjuangan dan Jihad. Beliau sentiasa bangun malam untuk solat dengan penuh khusyuk dan mengharap pada 10 malam terakhir Ramadhan setiap tahun, dan bersamanya pemuda para pejuang di Jalan Allah.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen
Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin dipaksa berbuka puasa dalam keadaan diseksa

Selasa , 24/08/2010 – Zionis Israel telah melanggar hak-hak tawanan Palestin terutama di bulan Ramadhan ini. Kali ini, tawanan Palestin dipaksa untunk berbuka puasa dalam keadaan tangan mereka diikat ke belakang. Tawanan Palestin di seksa ketika mereka di pindahkan ke penjara lain. Zionis Israel tidak langsung bertimbang rasa dengan membuka gari tahanan walaupun telah diminta dengan baik agar gari dibuka.  Selain itu, para tahanan turut didedahkan kepada keadaan cuaca yang begitu panas.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair
Categories
Berita Semasa

Laporan PBB: Tentera penjajah Israel mengenakan Sekatan memasuki Semenanjung Gaza di kedua – dua jalan darat dan laut.

Isnin, 23/08/2010 – Selama sepuluh tahun terakhir, tentera pengganas Israel secara berperingkat telah memperluaskan sekatan dari memasuki tanah pertanian di persisir Gaza (1949 ‘Green Line’) . Wilayah lain yang turut dikenakan sekatan termasuklah wilayah penangkapan ikan di sepanjang pantai Semenanjung Gaza. Menurut laporan pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Bangsa-Bangsa Bersatu, OCHA; yang dikeluarkan pada hari Khamis, tujuan sekatan itu kononnya adalah untuk melidungi Israel yang takut diserang oleh puak-puak pembela Palestin.

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui garis sempadan sekatan – sekatan, serta kesannya terhadap keselamatan, mata pencarian dan kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan. Segala maklumat serta analisa yang dikeluarkan adalah berdasarkan lebih daripada 100 wawancara dan perbincangan berkumpulan yang dilakukan bermula Mac hingga April 2010. Ia turut dilengkapi dengan analisis data kuantitatif yang didapati dari sumber-sumber lain.

Sejak akhir 2008, sebahagian atau keseluruhan rakyat Palestin telah dihalang hak mereka dari memasuki beberapa wilayah daratan serta lautan. Kawasan daratan yang dikenakan sekatan terletak sehingga 1,000-1,500 meter dari Pusat Hijau (bergantung pada kawasan tertentu) manakala wilayah perairan pula menjangkau 3 batu nautika dari pantai. Secara keseluruhan, kawasan daratan yang dikenakan sekatan dianggarkan 17 peratus daripada jumlah keseluruhan daratan di Semenanjung Gaza dan 35 peratus daripadanya adalah tanah pertanian. Di laut pula, nelayan Palestin secara keras dilarang daripada memasuki 85 peratus daripada wilayah maritim. Sekatan ini jelas mencabuli Perjanjian Oslo dimana menurut perjanjian itu mereka sebenarnya dibebaskan untuk memasuki kawasan-kawasan itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada
Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi perluas kempen memanipulasi Wikipedia

Sabtu, 21/08/2010 – Sumber terbuka internet, ensiklopedia yang boleh diedit oleh penggunanya iaitu Wikipedia menjadi sasaran kerajaan haram Zionis dan NGO Yahudi sejak ianya mula diperkenalkan bagi memanipulasi isi kandungannya untuk tujuan melaksakan agenda Yahudi. Pada minggu ini, pendatang haram Yahudi melancarkan satu kursus untuk penduduk haram Israel yang berpihak sayap kanan dan berminat untuk membantu memanipulasi kandungan ensiklopedia tersebut.

Kursus terbabit yang diadakan di Jerusalem merupakan anjuran Majlis Yesha pendatang haram Yahudi dan kumpulan sayap kiri Yahudi, Israel Sheli. Kedua-dua kumpulan ini sentiasa penyokong utama pembinaan penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah yang dirampas dengan kejamnya daripada penduduk Palestin di Tebing Barat.

Kira-kira 50 orang penyokong sayap kanan, termasuklah pengamal media yang tinggal di penempatan haram Yahudi menyertai kursus terbabit, yang mengajar bukan sahaja cara-cara untuk memanipulasi struktur dan gaya terbuka Wikipedia bagi mengetengahkan sejauh mungkin agenda politik Yahudi, malah turut juga mengajar cara-cara untuk profil mereka tidak dikesan bagi membolehkan mereka menyertai pihak pengelola laman terbabit.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Fatah : Penyerang Kedutaan Turki bekerja dengan Agen Perisikan Zionis

Sabtu, 21/08/2010 – Pada malam Selasa lepas, seorang lelaki rakyat Palestin menceroboh Kedutaan Turki dan cuba menjadikan beberapa orang sebagai tawanan serta memohon perintah perlindungan.

Nadim Injaz yang berasal dari sebuah bandar di Ramallah, Tebing Barat baru dibebaskan dari penjara baru-baru ini selepas dipenjarakan akibat menyerang Kedutaan Britain pada 4 tahun lepas menuntut perintah perlindungan.

Hari ini. Pergerakan Fatah yang diketuai oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Injaz pernah menjadi kakitangan PA. “Dia (Injaz) adalah seorang pengedar dadah yang tinggal di Tel Aviv di bawah perlindungan rasmi rejim Zionis.”

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Dan Pihak Berkuasa Palestin Jawap Siasatan Gaza oleh PBB.

Sabtu, 21/08/2010 – Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon telah mengeluarkan laporan kedua kepada PBB tentang tindakan lanjut dari laporan yang dibuat oleh PBB misi carian fakta ke atas operasi maut Israel ke atas Gaza yang berakhir awal tahun lalu.

Serangan tiga minggu tentera Israel, yang bermula pada akhir tahun 2008 dengan tujuan lain untuk menamatkan serangan roket oleh militan yang beroperasi di daerah tersebut, menyebabkan lebih daripada 1,400 orang terbunuh, 5000 cedera dan rumah , sekolah, hospital dan pasar diranapkan.

Laporan dari misi carian fakta PBB, yang diketuai oleh Hakim Richard Goldstone, mendapati bahawa pasukan Israel dan militan Palestin telah melakukan jenayah perang yang serius dan melanggar undang-undang kemanusiaan, termasuk melakukan jenayah terhadap manusia, selama konflik itu berlaku.

Sepasukan empat orang ahli, telah ditubuhkan di atas permintaan dari PBB, meminta kedua-dua belah pihak untuk melaksanakan penyiasatan bebas yang kredibel terhadap tindakan-tindakan mereka itu. NGO antarabangsa Human Rights Watch mendesak PBB dan para pemimpin dunia yang lain untuk terus melakukan tekanan terhadap Israel dan Hamas, yang menguasai Gaza untuk melakukan siasatan yang menyeluruh dan sepnuhnya, dan memberikan keadilan kepada mereka yang terkorban.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Misi ‘Ramadhan March for Freedom’ berjaya

Sabtu, 21/08/2010 – Beberapa cadangan segera akan dikemukakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mappim) kepada kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam usaha membantu Rakyat Palestin.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ianya antara lain bantuan dana dan kepakaran bagi pembinaan hospital, masjid dan jalan raya. Ianya adalah hasil kajian Mappim sepanjang misi ‘Ramadhan March for Freedom’ ke Semenanjung Gaza mulai 6 Ogos lalu dan berakhir semalam.

“Antara disepakati dengan kerajaan Gaza adalah cadangan pembinaan Hospital Pediatrik di Gaza, cadangan bandar berkembar dengan kota Khan Younis, pembinaan masjid berkembar Al-Umri dan pembinaan jalan utama di kota Khan Younis sepanjang tujuh kilometer yang bakal dinamakan jalan persaudaraan Malaysia-Palestin.

“Selain itu kita akan membantu pembinaan Taman Rehabiitasi Kanak-Kanak atas nama Malaysia, cadangan pembinaan Kolej Perubatan Universiti Islam Gaza dan cadangan pembinaan pejabat Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura),” jelas Mohd Azmi.

Semalam seramai 44 orang sukarelawan misi tersebut selamat tiba di tanahair tepat jam 7.15 Rabu malam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan disambut oleh sanak saudara, kenalan dan pegawai kerajaan negeri Selangor.

Misi tersebut berjaya melepasi sempadan Rafah, hasil bantuan dan kerjasama oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir. Mereka membawa bantuan makanan, perubatan dan alat pendidikan daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada kepada masyarakat di sana.  Malah menurut Azmi, kerajaan Gaza menjadikan delegasi ini sebagai tetamu rasmi kerajaan.

“Kita turut dapat menghimpunkan maklumat berkenaan pembangunan masjid, status wanita, kanak-kanak dan rekod hak asasi manusia. Seterusnya kita mendapatkan data berkenaan hubung kait antara pentadbiran di Gaza dengan Tebing Barat, persoalan ekonomi dan kita berjaya meneliti keperluan infrastuktur dan jaringan antara NGO di antara Malaysia dengan Palestin,” katanya lagi.

Maklumat tersebut katanya kemudiannya dibengkelkan dalam ‘Seminar Pasca Ramadhan For Freedom’ yang diatur Mappim di sana. Mereka juga diberi peluang bertemu Perdana Menteri Gaza, Dr Ismail Haniyeh.

Dalam pertemuan itu mereka dimaklumkan dua wira yang terselamat dalam konvoi kapal Mavi Marvara yang lalu, Mustapha Mansor, Ahli Jawatankuasa Mappim dan wartawan Astro Awani, Aswad Ismail telah dianugerahkan watikah penghargaan tertinggi oleh Perdana Menteri Gaza.

sumber :  Harakah Daily

Categories
Berita Semasa

Cuaca panas ancam nyawa tahanan Palestin di penjara Zionis

Sabtu, 21/08/2010 – Tahanan Palestin di penjara-penjara Zionis Israel hari ini diancam dengan cuaca yang sangat panas. Mereka juga dinafikan hak untuk diziarahi oleh ahli keluarga. Suhu yang panas dan keadaan penjara yang tidak kondusif mengancam kehidupan tanahan Palestin. Pihak Zionis-Israel sengaja tidak menyediakan kipas dan penghawa dingin. Malah kipas yang rosak juga tidak diganti. Ruang penjara menjadi berkuap dan terpengap. Sistem pengudaraan juga tidak ada.

Tahanan juga di suruh untuk keluar mengambil angin di waktu tengahari. Keadaan lebih teruk yang mana penjara berada di kawasan padang pasir. Ada juga yang diletakkan di dalam rumah besi yang mana suhunya mencapai 40 darjah celcius. Selain itu, masalah kesihatan menjadi masalah utama bagi tahanan. Mereka mengalami dihidrasi yang begitu kritikal. Ada juga yang mengalami penyakit kulit yang mengelupas.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kapal Bantuan Algeria Menuju Gaza

Sabtu, 21/08/2010 – Sebuah kapal bantuan Algeria yang membawa 60 kontena ubat-ubatan bersedia untuk belayar ke Semenanjung Gaza seperti yang dilaporkan WAFA, Agensi Berita Palestin pada Khamis.  Sumber-sumber menyatakan kempen tersebut dianjurkan oleh Kesatuan Ulama Algeria, orang-orang kenamaan, usahawan, pertubuhan bukan kerajaan dan warga Algeria dari serata Algeria. Bantuan kemanusiaan tersebut meliputi makanan, peralatan sekolah dan ubat-ubatan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi kapal “Maryam” berlepas esok.

Sabtu, 21/08/2010 – Penganjur delegasi kapal “Maryam” telah mengumumkan bahawa mereka akan berlepas pada hari Ahad depan (22hb Ogos) menuju ke Jalur Gaza sambil membawa bantuan perubatan dan kemanusiaan, untuk memecahkan tembok yang telah mengepung Gaza sejak 4 tahun lagi.

Samar El-Haj, Pengerusi delegasi kapal berkata pada sidang media yang berlangsung pasa hari Khamis (19hb Ogos), bertempat di Pelabuhan Tripoli : “Kapal akan bertolak daripada Pelabuhan Tripoli tepat pukul sepuluh malam hari Ahad ke Cyprus dan kemudian dari Cyrpus kapal akan menuju ke Jalur Gaza.

El-Haj yang juga menujukan suatu kenyataan terhadap pihak musuh Zionis, menyatakan : “Kalian menguasai senjata dan unsur kekuatan, tetapi kami mempunyai Iman kepada Allah, dan demi menegakkan keadilan Isu Palestin, apa sahaja yang kalian lakukan, kapal “Maryam” akan tetap terus berlayar ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  Nur Azleen Mohd Azlan

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin yang terlibat dengan pembunuhan di Olimpik Munich 1972 meninggal.

Jumaat, 20/08/2010 – Amin al-Hindi,rakyat Palestin yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Olimpik Munich 1972, dikuburkan di Bandar Gaza pada hari Rabu, kata seorang koresponden AFP.

Hindi,disahkan meninggal dunia di Amman pada malam Rabu. Beliau yang menghembuskan nafas terakhirnya pada di usia 70 tahun, adalah rakyat Palestin terakhir yang masih hidup yang terlibat dalam serangan membunuh yang mengorbankan 11 atlet Israel.

Ribuan pelawat dilaporkan menghadiri upacara pemakaman beliau dimana jenazah dibawa dari rumah keluarganya di persekitaran Gaza Al-Rimal menuju ke masjid bandar Katiba.  Hindi adalah ahli senior Parti Fatah Pertubuhan Pembebasan Palestin dan juga pemimpin badan perisikan di akhir pemerintahan Yasser Arafat.

Beberapa pemimpin Fatah Jawatankuasa Pusat dan Dewan Revolusi Fatah turut menghadiri upacara pemakaman di Semenanjung Gaza, yang diatur oleh sekutu Fatah iaitu Hamas.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  shuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel halang solat terawih di al-Aqsa

Jumaat, 20/08/2010 – Zionis Israel hari ini telah melarang rakyat Palestin untuk menunaikan solat terawih di al-Aqsa. Zionis Israel telah menagadakan sekatan di pintu masuk al-Aqsa. Ini menyebabkan rakyat Palestin terpaksa berpatah balik. Keadaan semakin runcing bila warga tua terpaksa menderita kerana terpaksa jalan jauh.

Tindakan Zionis ini amat berlawanan dengan arahan pejabat wakaf Palestin yang mana semua pintu masuk ke al-Aqsa hendaklah di buka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

4 serangan udara terbaru di Gaza.

Jumaat, 20/08/2010 – Pesawat pejuang Israel telah melakukan empat serangan udara di selatan Semenanjung Gaza malam Selasa lalu namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, menurut sumber keselamatan Palestin dan saksi.

Serangan itu dilakukan terhadap sasaran berhampiran Rafah dan utara Khan Yunis, dekat sempadan Mesir dan sasaran berhampiran Zeitoun, timur bandar Gaza dan kem pelarian Deir al-Balah di tengah wilayah. Jurucakap tentera Israel berkata kepada AFP bahawa angkatan udara mereka telah melakukan empat serangan terhadap Semenanjung Gaza dengan menyasarkan “sebuah bengkel besi dan tiga terowong yang digunakan untuk menyeludup senjata” dari Mesir.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Jet Pejuang Rejim Zionis Mengebom Gaza Semalaman

Jumaat, 20/08/2010 – Jet pejuang Israel melancarkan serangan di serata Semenanjung Gaza pada malam semalam. Tiada kecederaan dilaporkan. Saksi mata di pekan Rafah mengatakan, pesawat-pesawat Israel jenis F-16 telah mengebom dua terowong: satu di kawasan Al-Jaradat dan satu lagi di kejiranan As-Salam di timur Rafah.

Pesawat-pesawat IOF tersebut melancarkan serangan bom kepada sebuah bangunan milik Briged Al-Qassam di pertengahan Semenanjung Gaza. Zon bebas di timur kejiranan Az-Zaytoun, Bandar Gaza juga menjadi sasaran serangan.  Ruang udara Gaza sememangnya sentiasa dan masih terdedah kepada pesawat-pesawat Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati