Categories
Berita Semasa

Konvoi “Miles of Smiles 2″ teruskan perjalanan ke Rafah

Khamis ,  05/08/2010 – Konvoi “Miles of Smiles 2” yang membawa bantuan dari Eropah untuk rakyat Palestin telah tiba di Alexandria, Mesir. Mengikut wakil konvoi Rasya Baz, konvoi akan menuju ke al-Arish dan akan masuk ke Gaza melalui Rafah.

Konvoi kali ini membawa sebanyak 46 buah ambulans yang lengkap dengan peralatan moden dan tunai berjumlah 1juta Euro. Selain itu, seramai 100 sukarelawan mengikuti konvoi kali ini.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Agen Mossad Di Lebanon Ditangkap

Khamis ,  05/08/2010 – Kementerian Keselamatan Lebanon menahan salah seorang pegawai di perusahaan Ojero yang bertanggung jawab dalam perhubungan antarabangsa. Beliau ditangkap sewaktu sedang berhubung dengan pihak Mossad. Bukti menunjukkan bahawa beliau bekerja dengan pihak perisikan tersebut sejak beberapa tahun lalu. Telefon yang beliau gunakan juga mempunyai jaringan dengan pihak Mossad.

Akhbar Al-Safir Lebanon, terbitan Isnin (2/8) menyiarkan berkenaan pihak keselamatan Lebanon sedang berbincang berkaitan pelanggaran yang dilakukan oleh perisik Israel terhadap jaringan maklumat Lebanon serta pengaruhnya terhadap informasi antarabangsa. Penangkapan ini merupakan kejayaan gemilang bahagian perisikan Lebanon dengan tertangkapnya Miladi (66 tahun) seorang pegawai di perusahaan Ojero.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Cucu PM Palestin bernama Tayyip “Recep Erdogan”.

Khamis ,  05/08/2010 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyah telah menamakan cucunya yang baru lahir dengan nama Perdana Menteri Turki, Tayyip “Recep Erdogan.”

Sumber dari keluarga Haniyah mengatakan Perdana Menteri di Gaza memutuskan untuk menukar nama cucunya kepada “Erdogan” bagi menghargai Perdana Menteri Turki itu kerana kedudukan dan sokongan beliau serta sokongan dari penduduk Turki terhadap Palestin umumnya dan Gaza khususnya.

Saeed Saleh Abu Shamala, warga Khan Younis dua bulan lalu menamakan bayinya seperti Perdana Menteri Turki, “Recep Tayyip Erdogan,” kerana menghargai sokongan Perdana Menteri Turki itu terhadap Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tembak Pekerja Palestin di Gaza

Khamis ,  05/08/2010 – Seorang pekerja Palestin terluka pagi hari ini selepas ditembak oleh tentera Israel di utara bandar Beit Hanoun, di Jaluran Gaza utara.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Kementerian Kesihatan di Gaza, Muawiya Hassanein, berkata bahawa petugas perubatan pindahkan Bilal Ibrahim Obeid (22 tahun) ke Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, menggambarkan keadaan beliau stabil selepas ditembak pada tulang bawah oleh tentera Israel. Puluhan pekerja pergi ke daerah berdekatan sempadan untuk mengumpulkan barang dan bekerja di retak batu sebagai mata pencarian untuk keluarga mereka, meskipun sudah berulang kali disasarkan oleh tentera Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel Musnahkan Lebih Banyak Kampung dan Rumah

Khamis ,  05/08/2010 – Satu angkatan besar tentera rejim Israel yang dilengkapi jentolak-jentolak dan unit-unit khas menyerang beberapa kampung yang tidak dikenalpasti di Negev di daerah selatan di sempadan yang telah diduduki sejak tahun 1948, dan mereka mara untuk memusnahkan berdozen-dozen rumah dan menghalau sebilangan besar keluarga yang memiliki rumah tersebut.

Jentera Israel telah mula memusnahkan kampung-kampung yang tidak dikenali di ‘Dimona’’, ‘Ser’, ‘Abu Salb’ dan ‘Hawasheleh’. Menurut sumber-sumber di Kementerian Hubungan Pusat Israel, jentera rejim Israel dijangka akan terus memusnahkan banyak kampung-kampung yang tidak dikenalpasti di Negev sepanjang hari dan setiap hari bagi meruntuhkan lebih banyak kediaman dan khemah-khemah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : fatima

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis beri notis runtuhkan masjid dan rumah di Jenin

Rabu , 04/08/2010 –Tentera haram rejim Zionis (IOF) melakukan operasi di Khirbet Irza, timur Tubas di Tebing Barat dan menyerbu masuk rumah-rumah di sini. Pemilik-pemilik rumah pula diberikan waran untuk memusnahkan rumah-rumah mereka dan masjid.

Ketua jawatankuasa kampung itu, Mokhlis Massaeid memberitahu bahawa notis pemusnahan itu merangkumi sebuah masjid yang dibina dalam kawasan bersaiz 100 meter persegi dan baru saja dibina baru-baru ini, selain 4 buah rumah yang lain. Selain itu, Mokhlis turut diberi waran yang mengarahkan seorang penduduk kampung menyerah diri di mahkamah haram Israel atas “kesalahan membina bangunan” di kampungnya sendiri.

Menurut Mokhlis lagi, penduduk-penduduk Kampung Khirbet Izra sering menjadi mangsa serbuan dan keganasan IOF yang sering melakukan serbuan ke atas rumah-rumah penduduk kampung, mengarahkan mereka berdiri di luar rumah sehingga IOF selesai memeriksa rumah mereka.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi Boikot Israel di Perkampungan Bil’In; 2 Cedera

Rabu , 04/08/2010 – Seramai 200 warga Palestin, Israel dan pelbagai negara termasuk sekelompok pemuzik hip-hop dari US dan Britain telah menyertai demonstrasi protes pada petang Jumaat bertempat di Perkampungan Bil’in di Palestin. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyeru masyarakat antarabangsa agar memboikot Israel bagi menghentikan amalan dasar apartheidnya.

Diiringi nyanyian, para pemprotes membawa sepanduk-sepanduk menggesa Israel merobohkan tembok yang sedang dibina melalui kawasan pertanian penduduk Bil’in dan juga banyak kawasan lain di Palestin. Mereka merayu masyarakat antarabangsa agar mengenakan tekanan daripada segi ekonomi menerusi kaedah boikot dan sekatan ekonomi. Usaha ini bertujuan menekan Israel agar mengakhiri penjajahannya di Palestin dan juga memberikan hak sama rata kepada semua warga Palestin seperti yang termaktub di dalam undang-undang antarabangsa.

Demonstrasi aman tersebut bermula dengan perarakan dari pertengahan kampung ke kawasan di mana rejim Israel sedang membina Tembok Pencerobohan di atas tanah perkampungan. Saksi mata mengatakan, tentera-tentera Israel yang berkawal menyembur gas pemedih mata berkelajuan tinggi serta peluru getah kepada para peserta demonstrasi. Salah satu peluru getah mencederakan seorang pendemonstrasi warga Israel. Manakala seorang pemprotes dari Great Britain pula diheret di atas tanah oleh tentera-tentera Israel lalu menyebabkan kecederaan belakang dan juga pendarahan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Komander al Qassam syahid, 13 cedera dalam serangan terbaru rejim Zionis.

Rabu , 04/08/2010 – Issa Batran, komander dari pasukan Hamas’ al-Qassam, telah terbunuh dalam serangan di mana peluru roket telah terkena pada kafilahnya dalam siri pembongkaran Gaza. Di samping itu, 13 orang yang lain telah turut tercedera.

Batran, menurut laporan al-Jazeera adalah pembuat roket senior.

Israel menyatakan serangan ini adalah sebagai respons terhadap serangan roket dari utara Gaza ke Ashkelon, iaitu salah sebuah bandar Israel yang terletak tujuh kilometer ke utara Gaza. Walaubagaimanapun, serangan yang berlaku pada hari Jumaat itu, hanya mengakibatkan kerosakan tetapi tiada kematian mahupun kecedaraan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Salahkan HAMAS serangan di Gaza

Rabu , 04/08/2010 – Perdana menteri Israel, Benyamin Netanyahu menyalahkan HAMAS dalam serangan yang berlaku di Gaza baru-baru ini. HAMAS juga perlu bertanggungjawab ke atas apa yang di alami oleh rakyat Palestin katanya lagi. Netanyahu turut mengatakan dia berhak melakukan apa saja bagi melindungi rakyat Israel.

Serangan dan kezaliman yang terus dilakukan Zionis dengan mudah untuk di alih kepada HAMAS. Zionis Israel terus menyerang penduduk Gaza walaupun dunia mengecam sikap dan tindakan Zionis. HAMAS walaubagaimana pun tetap komited membebaskan Gaza dan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : abu ‘umair

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meceroboh Hebron.

Rabu , 04/08/2010 – Rondaan tentera Zionis Israel hari ini telah memasuki sekitar desa dan bandar di Hebron, selatan Tebing Barat. Sumber keselamatan berkata rondaan tentera Zionis Israel sejak waku pagi telah menjelajahi beberapa kawasan di Hebron serta bandar ‘Halhoul’, ‘Nuba’ dan ‘Thahereyeh’.

Sumber yang sama mengatakan rondaan tentera Zionis Israel berada di kawasan operasi rondaan mereka selama beberapa jam sebelum keluar hanpir waktu tengahari, tanpa sebarang penahanan dilaporkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Abbas Kemukakan Usul Melalui Amerika Syarikat

Rabu , 04/08/2010 –Ketua perundingan PLO, Shaeb Uraiqat mengatakan, presiden Mahmud Abbas mengajukan beberapa usul kepada Netanyahu melalui orang tengah Amerika, George Mitchell yang dipanggil sebagai “perdamaian yang sakit”. Usul tersebut ternyata melampaui apa yang beliau usulkan terdahulu terhadap mantan perdana menteri Ehud Olmert.

Menurut akhbar Haaretz Zionis yang meyiarkan ucapan Uraiqat menyatakan bahawa di antara kandungan usul tersebut adalah, menamatkan konflik Palestin – Zionis serta memenuhi semua tuntutan Palestin. Secara umumnya usul ini mencakupi rancangan dan draf secara rinci menyebutkan, sikap Palestin terhadap beberapa jalan penyelesaian untuk mengakhiri masalah yang berlaku seperti isu sempadan, pelarian, air dan keamanan. Usul tersebut menunjukkan Abbas melakukan rombakan besar demi mencapai perdamaian.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Jet Israel Bom Rafah

Rabu , 04/08/2010 – Pesawat pejuang Israel mengebom hari ini dua lokasi yang berbeza yang terletak di selatan Jaluran Gaza tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa pesawat pejuang Israel mengebom sebuah peluru berpandu di zon bebas di ‘timur Khan Younis, dan barat terowong Abassan kem pelarian Yebna di Rafah Jaluran Gaza selatan.

Gaza telah menyaksikan peningkatan serangan baru-baru ini selepas siri serangan terhadap sasaran-sasaran Israel di seluruh Gaza yang menyebabkan kematian pemimpin Briged Qassam dan mencederakan 20 warga Palestin, sementara beberapa kumpulan Palestin membalas dengan menembak roket buatan sendiri di bandar-bandar Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

3 Cedera, 2 Ditahan Susulan Serangan Rejim Israel ke atas Tunjuk Perasaan di Tebing Barat

Rabu , 04/08/2010 –Tentera Rejim Zionis telah menyerang tunjuk perasaan anti-tembok pemisah yang dianjurkan di beberapa lokasi di Tebing Barat.

Rakyat Israel dan penyokong antarabangsa turut meyertai penduduk Palestin di Bil’in, Nil’in dan Nabi Saleh di pusat Tebing Barat di samping di Ertass dan Al Ma’ssra yang terletak di selatan Tebing Barat. Askar Israel menggunakan gas pemedih mata, bom tangan dan peluru getah di beberapa lokasi bagi menghalang tunjuk perasaan tersebut. Di kesemua 4 lokasi, tunjuk perasaan reda sejurus sahaja selepas solat Jumaat dan ia bergerak menuju ke tembok pemisah Israel.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  fatimah

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis lindungi pendatang haram Yahudi yang menyerang rumah penduduk Palestin

Isnin ,  02/08/2010 – Ketika terbit matahari, kira-kira 30 orang pendatang Yahudi yang dikawal dan dilindungi oleh tentera rejim Zionis (IOF) cuba untuk merampas sebuah rumah penduduk Palestin yang dimiliki oleh keluarga Qirsh yang terletak di Kota Lama Jerusalem.

Para saksi memberitahu bahawa pendatang-pendatang Yahudi yang di bawah perlindungan IOF itu cuba memecah masuk ke dalam rumah yang dimiliki oleh Mazen Kamal Qirsh. Penduduk yang tinggal di kejiranan itu segera membantu keluarga Qirsh melindungi rumah mereka dan berjaya menggagalkan percubaan pendatang-pendatang haram itu. Para saksi juga melaporkan bahawa hampir semua ahli keluarga Qirsh terus tinggal di dalam rumah itu dan enggan keluar ketika kejadian berlaku. Walaubagaimanapun, suasana tegang itu dapat mereka atasi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Cameron: Sekatan Gaza mesti ditarik balik

Isnin ,  02/08/2010 – Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata bahawa Israel (rejim Zionis) patut serta-merta menarik balik sekatan yang dikenakannya ke atas Genting Gaza. Beliau turut menggambarkan Gaza sebagai penjara terbuka.

Cameron berkata ketika berucap di hadapan sekumpulan korporat di Ankara, “Mari perbaiki situasi di Gaza kerana ia mesti ditukar, kita tidak boleh dan tidak patut membiarkan Semenanjung Gaza terus menjadi penjara terbuka.” Dalam ucapan yang dibuat selepas pertemuannya dengan rakan sejawat dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, Cameron mempertahankan pendapatnya tentang situasi di Gaza. Beliau menjelaskan bahawa “walaupun terdapat sedikit perkembangan baik, kita masih berada dalam situasi di mana penduduk Gaza sukar untuk keluar dan masuk Gaza.” Tambahnya lagi, “sejak sekian lama kita telah menyokong pemberhentian sekatan dan kepungan ke atas Gaza dan sudah tiba masanya kita mesti bertindak untuk memastikan ianya terlaksana.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa