Categories
Berita Semasa

Dr. Abdullah al-Shaal , calon presiden Mesir menyeru semua tahanan Palestin dibebaskan.

Selasa, 25/10/2011 – Dari seorang bekas pembantu hinggalah bekas menteri luar negeri Mesir dan kini bakal calon presiden Mesir, Dr. Abdullah al-Shaal berkata bahawa kesimpulan yang diperolehi dari pertukaran tahanan penjara adalah petanda yang menunjukkan bahawa Mesir mempunyai peranan penting di arena tempatan mahupun antarabangsa.

Di dalam kenyataan yang dibuat pada Sabtu yang lalu, Ashaal berkata bahawa Mesir telah menyimpan peranannya sebagai pembangun tanah arab dan dalam masa yang sama menyokong warga Palestine demi untuk mendapatkan hak mereka berdasarkan undang-undang.

Tambah beliau lagi, adalah penting bagi warga Israel mempelajari bahawa ‘ Mesir tidak akan meninggalkan warga Palestine begitu sahaja sehinggalah mereka memperolehi hak negara merdeka yang diiktiraf di mata antarabangsa melalui undang-undang , dan evolusi Mesir adalah factor utama bagi mencapai keamanan dan keadilan di bumi Arab’.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Nashitah

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouq: Mesir berusaha membebaskan baki tahanan wanita

Selasa, 25/10/2011 – Timbalan pengerusi biro politik Hamas Dr. Mousa Abu Marzouq telah berkata bahawa Mesir telah meletak “usaha yang besar” untuk mendapatkan pembebasan baki sembilan tahanan wanita Palestin dalam penjara penjajah Israel.

Beliau berkata dalam satu kenyataan TV pada hari Selasa bahawa kemungkinan besar wanita-wanita yang ditahan akan dibebaskan dalam kumpulan kedua banduan yang akan dibebaskan selepas dua bulan.

Abu Marzouq berkata bahawa semua tahanan Palestin perlu dibebaskan, sambil menambah, “Kami berhak untuk menggunakan segala usaha dengan segala cara yang ada untuk melepaskan saudara-saudara kita dari penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Penepatan haram menyebabkan 31 perobohan di Baitul Maqdis pada tahun 2011

Selasa, 25/10/2011 – Organisasi Maqdisi yang diterbitkan pada hari Isnin melaporkan mengenai perobohan rumah di Jerusalem sejak awal 2011 yang dilakukan oleh pihak berkuasa pendudukan haram.

Organisasi yang dinyatakan dalam laporan sehingga kini terdapat 31 perobohan, 14 daripada mereka telah dilakukan oleh majlis perbandaran pendudukan, manakala 17 yang lain di mana dilakukan oleh pemilik yang dipaksa untuk merobohkan rumah-rumah mereka sendiri atau membayar perbandaran untuk merobohkan rumah mereka.

Perobohan ini menyebabkan menyebabkan 106 rakyat Palestin, termasuk 61 kanak-kanak, tiada tempat tinggal.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Zioni Israel menggali terowong baru di “Wadi Halwa” al Quds

Jumaat, 21/10/2011 – Yayasan al Asa hari ini membongkarkan bahawa pihak Zionis telah menggali laluan baru di Wadi Halwa, selatan masjid al Aqsa. Penggalian ini yang dilakukan dengan alasan kajian arkeologi Zionis. Hakikatnya, penggalian ini adalah bertujuan merubah laluan saliran air dan juga merupakan sebahagian taktik mewujudkan penempatan baru Zionis.

Proses penggalian ini mengakibatkan rumah-rumah milik rakyat Palestin yang berada di sekitar kawasan itu telah roboh dan rosak.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Al-Rashq: Tiga pesawat dari negara Turki dan Syria digunakan di Kaherah bagi memindahkan tawanan untuk dihantar pulang ke negara masing-masing.

Jumaat, 21/10/2011 – Pucuk pimpinan dalam Gerakan Islam “Hamas” mengatakan bahawa langkah yang diambil untuk memindahkan tahanan Palestin yang bakal dibebaskan dalam satu perjanjian pertukaran tahanan berjalan lancar, terutamanya yang bakal dibebaskan di luar wilayah Palestin.

Izzat al-Rashq dalam kenyataannya kepada Pusat Informasi Palestina, “Tiga pesawat dari Turki dan Syria akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, namun hanya sedikit sahaja tahanan yang dapat dibebaskan. Dan negara-negara ini menyatakan kesanggupan dan keinginan mereka untuk menjadi tuan rumah,” katanya.

Beliau mengatakan bahawa tahanan yang dibebaskan ke luar dibahagikan kepada 15 orang menaiki pesawat tempatan ke Doha, 15 orang menaiki pesawat Syria ke Damsyik, dan 10 orang menaiki pesawat Turki ke Ankara. Beliau menjelaskan pesawat-pesawat tersebut bakal berlepas serentak pada waktu malam selepas menerima isyarat pelepasan oleh pemimpin Hamas yang terletak di Kaherah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Penganalisis Israel: Aruri Perlu Dibebaskan Segera

Jumaat,  21/10/2011 –  Seorang Penganalisis Kedua TV Israel meminta pembebasan Saleh Al-Aruri iaitu Pemimpin Hamas dilakukan serta-merta.Pengulas berita itu telah berucap dalam sebuah rancangan TV pada malam Sabtu berhubung dengan empat pemimpin Hamas yang terbabit didalam rundingan tidak langsung yang membawa kepada perjanjian pertukaran tahanan dengan Israel.

Beliau mengatakan penghantaran pulang Aruri oleh Israel daripada Palestin merupakan kesilapan yang besar kerana Aruri telah menghabiskan 21 tahun dalam penjara Israel lebih mengetahui nama-nama mereka yang wajar di bebaskan daripada penjara Israel dan kepentingan mereka kepada Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Mila

Categories
Berita Semasa

Ahlam Tamimi disambut hebat di Jordan

Jumaat, 21/10/2011 – Tawanan wanita yang dibebaskan, Ahlam Tamimi hari ini disambut dengan begitu meriah. Ramai yang datang dengan membawa bendera Palestin dan HAMAS. Ramai juga aktivis Ikhwan Muslimin memenuhi ruangan menunggu. Ahlam ketika ditanya, menyatakan beliau amat berbangga dengan Brigade al-Qassam yang tidak luntur dan terus berjuang membebaskan Palestin. Beliau juga menyebut beberapa nama aktivis Palestin yang masih dalam tahanan, sepatutnya lebih dulu diberi keutamaan untuk dibebaskan.

Ahlam yang lahir pada tahun 1980, mendapat pendidikan tinggi di Universiti Beirzeit.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Hasan Salamah berasal perjanjian pertukaran banduan

Jumaat, 21/10/2011 – Pemimpin Briged Qassam yang dipenjarakan, Hasan Salamah berkata dalam satu mesej dari penjara Askalan pada petang Selasa lalu: “Untuk membebaskan tahanan wanita adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan [..] untuk memastikan semua tahanan veteran bebas adalah satu pencapaian besar. ”

“Saya ingin anda bersama-sama dengan semua saudara-saudara saya yang tinggal ini, tetapi kehendak Allah itu tidak berlaku sekarang walaupun segala usaha telah anda lakukan,” katanya.

“Kita hidup dengan janji kita, janji wira dan ini sudah cukup bagi saya, kerana anda adalah orang-orang yang telah berjanji dan memenuhi janji dalam urusan ini yang digelar ‘janji untuk membebaskan lelaki ‘,” katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ketibaan Ahlam al-Tamimi di Amman disambut sebagai srikandi

Jumaat, 21/10/2011 – Seorang tahanan penjara berkerakyatan Jordan, Ahlam al-Tamimi yang dibebaskan pada malam Selasa lalu diberi sambutan sebagai seorang srikandi oleh beratus-ratus orang rakyat Palestin dan Jordan yang menunggu ketibaannya di Lapangan Terbang Ratu Alia di Amman.

Anggota keluarganya berkumpul bersama beratus-ratus aktivis Ikhwanul Muslimin, kesatuan-kesatuan pedagang dan orang awam di Lapangan Terbang Ratu Alia bagi menyambut kepulangan Tamimi. Mereka mengibarkan bendera Palestin dan Hamas serta melaungkan sokongan terhadap srikandi itu yang berjaya dibebaskan melalui proses pertukaran.

Tamimi kemudiannya memberi ucapan ringkas yang seringkali diberi tepukan gemuruh dan sorakan tanda sokongan. “Mesej daripada rakyat Palestin adalah: bebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa,” katanya. Srikandi itu turut memuji Briged Qassam yang telah menangkap Gilad Shalit yang akhirnya membawa kepada pertukaran pembebasan tahanan penjara berketurunan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Tuntutan Sarkozy tidak berasas

Jumaat, 21/10/2011 – Osama Hamdan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negara untuk gerakan Hamas, menyuarakan rasa terkejutnya terhadap kenyataan presiden Perancis Nicolas Sarkozy tentang pembebasan Gilad Shalit yang menurutnya tidak memadai dan Hamas harus “menghentikan keganasan dan mengiktiraf Israel”.

Hamdan memberitahu PIC pada Rabu bahawa kenyataan itu adalah tidak berasas dan tidak berkaitan dengan rundingan pertukaran tahanan.

Beliau berkata, rundingan pertukaran itu bermaksud untuk membebaskan tahanan Palestin, sama sekali tidak kena mengena dengan isu menghentikan keganasan atau mengiktiraf Israel yang mana ianya tidak termasuk di dalam sebarang rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Misy’al: Pertukaran Tawanan Lembaran Bercahaya Dalam Sejarah Kita

Jumaat, 21/10/2011 – Ketua biro politik gerakan Hamas, Khalid Misy’al menegaskan, pertukaran tawanan yang telah dicapai gerakan bersama Israel merupakan lembaran bercahaya dalam sejarah umat Islam dan bangsa Palestin.

Dalam pidatonya yang disiarkan televisyen Kaherah, Selasa (18/10), Misy’al menyatakan kejayaan pejuang menyembunyikan Giladh Shalit adalah salah satu mukjizat umat ini. Semangat revolusi 25 Januari telah memberi kesan kepada pembebasan tawanan Palestin. Kami di Hamas dan pejuang Palestin lainnya sangat bangga dan semoga Allah membalas kebaikan Mesir.

Kepada para tawanan Misy’al mengatakan, “Anda adalah kehormatan Palestin. Anda adalah kebanggan dan kekuatan bangsa ini. Anda telah memindahkan dari satu pertempuran ke pertempuran lain.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mishaal Akan Memberikan Kenyataan di Sidang Media tentang Perjanjian Pertukaran

Jumaat, 21/10/2011 – Pengerusi biro Politik HAMAS, Khaled Mishaal akan memberikan ucapan dalam sidang media di Kaherah pada petang Selasa tentang perjanjian pertukaran tahanan.

Sidang media itu diadakan selepas implementasi tahap pertama pertukaran tahanan yang mana tentera Israel yang ditahan, Gilad Shalit akan diberikan kepada Israel melalui Mesir, kemudian 477 tahanan Palestin akan dibebaskan daripada penjara Israel.

Ahli Biro Politik Hamas, Ezzat alResheq berkata bahawa Mishaal akan menerima 40 tahanan yang dibebaskan yang kemudiannya akan dihantar ke QAtar,Syiria dan Turki melalui Mesir dengan kapal terbang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Briged Qassam: Kami tidak akan berehat sehingga berjaya menutup penjara rejim Israel

Jumaat, 21/10/2011 – Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas berkata, ia hanya akan berehat apabila pintu penjara rejim Israel tertutup untuk tahanan Palestin.

Dalam satu kenyataan oleh jurucakapnya Abu Obaida pada Selasa setelah berakhirnya peringkat pertama rundingan pertukaran tahanan: “Satu bab perjuangan ini akan terlaksana. Walau begitu, ada beberapa bab lagi yang perlu disempurnakan.”

“Para wira perunding kami telah berusaha bersungguh-sungguh, namun begitu, kesukaran yang dialami sejak mula menyebabkan sekumpulan tahanan yang telah lama ditahan di penjara rejim Israel telah ditinggalkan.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Resheq: Lawatan Mishaal ke Jordan Belum Ditetapkan Tarikh

Jumaat, 21/10/2011 – Ahli biro Politik Hamas Ezzet Al-Resheq telah menafikan laporan akhbar yang mendakwa bahawa pemimpin tertinggi Hamas Khaled Mishaal akan melawat Jordan pada hari Khamis.

Beliau memberitahu PIC pada hari Selasa bahawa laporan berita itu “tidak tepat”, menjelaskan bahawa persediaan telah dibuat untuk lawatan Mishaal tetapi tiada tarikh setakat ini ditentukan.

Berpangkalan di London akhbar Al-Hayat berkata bahawa Emir Qatar secara peribadi menghubungi Raja Abdullah dari Jordan dan menggesa memperbaiki hubungan antara Amman dan Hamas. Ia memetik sumber-sumber yang tidak dikenali sebagai berkata bahawa Mishaal besar kemungkinan akan melawat Amman pada hari Khamis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tahanan yang dibebaskan tiba di Gaza dan Ramallah

Jumaat, 21/10/2011 – Beratus-ratus tawanan yang dibebaskan tiba di Semenanjung Gaza tengah hari Selasa lalu sebagai melaksanakan fasa pertama perjanjian pertukaran banduan sehingga ke peringkat akhir.

Wartawan PIC berkata beberapa pegawai membawa tawanan menyeberangi sempadan ditengah-tengah sambutan rasmi besar-besaran yang diketuai oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang.

Pasukan pengawal melakukan lintas homat untuk tawanan yang dibebaskan itu.

Dua ratus sembilan puluh enam tawanan dibebaskan, 131 daripada mereka dari Semenanjung Gaza dan 163 dari Tebing Barat yang telah dibebaskan dengan syarat dibuang negeri ke Semenanjung Gaza bagi tempoh tertentu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz