Isnin, 31/10/2011 – Sumber media melaporkan bahawa Raja Abdullah dari Jordan telah memberi kenyataan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netahyahu, cuba menjatuhkan Kerajaan Hashemite dengan mengubahnya menjadi negara alternatif bagi rakyat Palestin. Raja Abdullah menambah, Netanyahu sememangnya tidak percaya dengan penyelesaian dua negara bersama dengan rakyat Palestin.
Didalam kenyataannya , dua hari lepas, semasa temubual dengan Washington Post, dia juga telah menyatakan bahawa Netanyahu dan kerajaannya telah membantah rancangan penyelesaian antara dua negara, serta tiada rancangan politik yang jelas untuk menyelesaikan konflik tersebut.
“ Ianya jelas bahawa kerajaan ini mahu menyebabkan keruntuhan bagi proses keamanan dalam wilayah ini:’ Raja Abdullah kemudian menambah, “ Kami percaya bahawa Netanyahu dan kerajaannya cuba untuk menghukum Jordan dalam usaha untuk menjadikannya tanah air bagi rakyat Palestin”.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon