Categories
Berita Semasa

Pertempuran di Ras Amud, Zionis tangkap seorang pemuda Palestin

Jumaat, 14/10/2011 – Pertempuran sengit berlaku antara pemuda-pemuda Palestin dan tentera Zionis di kawasan Ras al-Amud. Dalam kejadian itu, seorang pemuda Palestin telah ditangkap. Ketika berlakunya kunjungan EU, Zionis Israel terus menerus melakukan kekacauan. Zionis turut menutup beberapa jalan utama yang menyebabkan keadaan jalan sesak. Dalam pada itu, kawasan Wadi Halwah terus bergolak akibat provokasi Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Ha’aretz: Ketenangan kesepakatan Mesir– Zionis Boleh Berakhir di Tangan Hamas

Jumaat, 14/10/2011 – Akhbar Israel “Ha’aretz” melihat situasi semasa antara Mesir dan Israel adalah situasi yang sangat tenang, seperti yang terjadi sebelum Perang Yom Kippur pada tahun 1973. Akhbar Israel itu mengatakan, “Seperti yang terjadi menjelang Yom Kippur 1973, hari ini situasi itu berulang seperti menjelang Yom Kippur: tenang .. perbatasan tenang, tanah yang diduduki juga tenang, tetapi pihak tentera sentiasa bersiap siaga di kedua-dua kawasan. Walau bagaimanapun situasi tenang antara Mesir dan Israel ini boleh diterpa badai dan mungkin berakhir di tangan gerakan Hamas.

Menurut Haaretz, “Ada tanda-tanda kritikan terhadap Cast Lead (serangan Israel ke Semenanjung Gaza,), namun tindakan itu telah menyebabkan stabiliti di Selatan dan memberi ketenangan relatif bagi 33 penempatan di sekitar Gaza selama sebulan. Namun masalah yang boleh mengganggu ketenangan ini masih ada. Masalah itu terus berkembang dari bulan ke bulan. Dimana telah terjadi penyeludupan senjata moden, yang mengalir ke Gaza melalui kekacauan di Sinai.”

Akhbar Israel itu menambahkan, “Persepakatan Mesir–Israel ini tidak melibatkan Hamas di dalamnya. Padahal Hamas merupakan bahagian dari masalah ini. Setiap hari berlalu kekuatan Hamas terus meningkat. Setiap hari berlalu, kesan pencegahan dari serangan ke Israel terus terkikis. Sementara di kalangan Hamas hari ini, mereka memiliki kemampuan yang tidak dimiliki di masa lalu. Ketika ini mereka tidak menggunakan kemampuan baru, tetapi mereka menunggu hasil pemungutan suara di PBB dan hasil pilihanraya di Mesir. Setelah itu mungkin ketenangan antara Mesir dan Israel berubah menjadi badai Yom Kippur baru.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mogok Awam Melumpuhkan Bandar Arab di Negev

Selasa, 11/10/2011 – Satu mogok awam kelihatan di semua bandar arab dan kampung di wilayah Negev untuk memprotes rancangan Israel untuk mengeluarkan seluruh kampung yang dihuni 30 000 Rakyat Palestin.

Mogok itu dianjurkan oleh Majlis Tinggi Arab, juga menyebabkan penutupan sekolah serta tunjuk perasaan besar-besaran.

Penduduk tempatan memberitahu bahawa Kampung Rahet, yang terbesar di wilayah itu merupakan kawasan yang terjejas teruk menyebabkan Majlis Tempatan dan institusi lain ditutup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Duta Turki lawat kem tahanan di Tubas

Selasa, 11/10/2011 – Okazan Shaker, Duta Turki di Palestin telah melakukan lawatan pada hari Khamis (7 Oktober) ke kem tahanan di Bandar Tubas.

Beliau termasuk sebahagian besar kaum keluarga para tahanan di penjara Zionis yang berdiri untuk mempertahankan para tahanan. Ibu kepada seorang tahanan yang sedang sakit, Abdul As-Salam Bani Audah, berpesan kepada beliau : “kami mahu kamu berusaha dan terlibat dalam mengenakan tekanan kepada Zionis yang sedang membunuh anak-anak kami secara perlahan.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel musnahkan struktur dan kediaman di Lembah Jordan

Selasa, 11/10/2011 – Jentolak yang dikawal trak tentera Israel meratakan 6 struktur yang digunakan untuk pertanian dan juga kediamana di Lembah Maleh di utara Lembah Jordan.

Pemusnahan besar-besaran terhadap kediaman para penggembala di Fariseya di utara lembah Maleh mengakibatkan beberapa keluarga menjadi pelarian, kata seorang penduduk Ali Saraya.

Tentera rejim Israel mendakwa struktur tersebut dibina di atas zon ketenteraan walaupun penduduk tempatan telah mendiaminya sejak 40 tahun lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kerajaan tidak akan diam jika UNRWA abaikan permintaan kakitangan

Selasa, 11/10/2011 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata kerajaan di Gaza tidak akan duduk diam dan memerhatikan sahaja Agensi Bantuan PBB mengabaikan tuntutan-tuntutan kakitangannya.

“Kami mengikuti perkembangan dan pertikaian antara UNRWA dan kesatuan kakitangan dan kami telah berbincang dan menugaskan menteri dengan pegawai-pegawai berkiatan dalam agensi bantuan itu,” kata Haneyya semasa majlis perasmian pesta buku antarabangsa di Gaza pada malam Rabu lalu.

“Kita tidak boleh leka dan menyaksikan respon dari gerakan-gerakan popular dan sikap berdiam diri pegawai-pegawai agensi terhadap permintaan kakitangan,” kata Perdana Menteri Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mahkamah tangguhkan perintah akhir rayuan penghantaran pulang Salah

Selasa, 11/10/2011 – Mahkamah imigresen UK Isnin lalu menangguhkan pemerintah akhir atas rayuan penghantaran pulang yang difailkan oleh pemimpin politik Palestin, Raed Salah.

Salah, pemimpin Gerakan Islam di wilayah yang diduduki 1948, telah ditangkap selepas memasuki UK pada Jun lalu tanpa mengetahui Setiausaha Negara UK, TheresaMay telah mengeluarkan satu perintah pengecualian terhadapnya. Dilaporkan delegasi dari Pergerakan Islam kini di UK bagi menunjukkan sokongan terhadap Salah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Khalil Al-Hayyah gesa untuk tingkatkan bantuan terhadap para tahanan

Jumaat, 07/10/2011 – Dr. Khalil Al-Hayyah, anggota Maktab Politik Hamas, menyeru kepada penyatuan untuk membantu menyokong para tahanan, yang kini sedang melancarkan mogok lapar. Beliau menggesa barisan faksi pertahanan untuk mengambil tindakan untuk terus menekan Zionis yang sedang mencabuli hak para tahanan.

Al-Hayyah berkata sewaktu beliau menyertai rapat umum Hamas yang disertai ribuan peserta di Gaza selepas solat Isya’ hari Rabu (5 Oktober) yang bertujuan untuk mengembalikan hak tahanan, : “kami akan mempertahankan para tahanan kami dan kamu akan melawan Zionis di serata tempat.”. Beliau turut menegaskan bahawa Hamas dan warga Palestin, “tidak akan sekali-kali berundur selagi kesemua para tahanan di dalam penjara Zionis dibebaskan, para pemuda Palestin bersatu mempertahankan perkara ini terutamanya yang melibatkan para tahanan, Al-Quds dan hak kembali para pelarian.”

Pimpinan Hamas berkata bahawa Hamas sedang berusaha keras untuk mencapai pembebasan para tahanan, dan menjaga kemerdekaan, memelihara maruah serta keinsanan mereka yang segala-galanya telah dirobek oleh Zionis Israel.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Senjata Nuklear Israel Ancaman Kepada Rantau

Jumaat, 07/10/2011 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa senjata nuklear Israel adalah satu ancaman kepada rantau ini, kata agensi berita Anatolia Turki.

Semasa lawatan rasmi ke Afrika Selatan, Erdogan berkata bahawa Israel adalah satu ancaman kepada rantau ini kerana ia mempunyai senjata nuklear.

Erdogan mengulangi kutukan serangan maut Israel ke atas kapal bantuan Turki ke Gaza pada tahun 2010 dan penggunaan kekerasan yang berlebihan dan senjata yang diharamkan dalam perang ke atas Gaza 2008-2009.

Perdana Menteri Turki menuduh Israel “pengganas negara” di Timur Tengah tetapi Israel enggan mengesahkan sama ada ia mempunyai senjata nuklear. Beliau menambah bahawa ia adalah salah untuk mengkritik Iran atas program nuklear kontroversi dan mengabaikan Israel, yang dipercayai kuasa hanya nuklear di rantau ini.

Beliau berkata Ankara menentang perlumbaan senjata nuklear di Timur Tengah dan menyeru kepada pendekatan diplomatik untuk menangani krisis di antara kuasa-kuasa Barat dan orang-orang Iran dengan mengambil kira cita-cita nuklear Iran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas: tindakan keras terhadap pemogok lapar akan meningkatkan lagi keinginan tahanan

Jumaat, 07/10/2011 – Hamas berkata tindakan keras dalam menghadapi mogok lapar besar-besaran yang menggoyahkan penjara Israel hanya akan mengukuhkan perpaduan sesama tahanan Palestin seperti yang telah ditunjukkan di jalanan sekitar Palestin dengan pelbagai cara.

Dalam satu kenyataan baru, Hamas memandang berat siri tindakan keras sebagai tindak balas kepada mogok lapar yang disertai oleh beribu-ribu tahanan Palestin dan memuji mereka kerana tetap teguh dengan tuntutan mereka.

“Kami berjanji kami akan kekal setia terhadap tahanan dan perjuangan mereka dan perjuangan itu akan kekal sebagai keutamaan tertinggi negara, dan kami akan berusaha untuk membebaskan mereka, dan meyakinkan mereka dan seluruh dunia bahawa tentera Zionis, Gilad Shalit tidak akan menikmati kebebasan sehingga tawanan kami menikmatinya, ” kata Hamas pada Rabu lalu sambil menggesa lebih banyak sokongan dan bantuan untuk para tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi Aman Dicemari Serangan Militan Zionis di Hadapan Penjara Over

Jumaat, 07/10/2011 – Puluhan penduduk tercedera ketika demonstrasi aman di depan penjara Over untuk memprotes tindakan zalim pihak penjara. Mereka tercedera akibat serangan tentera Zionis di depan penjara Over, dekat Ramallah.

Sementara itu, menurut saksi, tentera Israel menembak para penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata dan peluru asap. Sebanyak 15 orang yang hadir mengalami sesak nafas akibat tembakan gas pemedih mata yang bertubi-tubi dari tentera Zionis yang mengawal ketat kawasan tersebut.

Penjara Over terletak sangat dekat dengan kota Ramallah. Terdapat 800 tawanan Palestin yang dibahagikan dalam lapan blok. Penjara ini dilengkapi pejabat perisikan Shin Bet serta pengawal perdagangan bagi keluar masuk kontainer yang datang dari pelabuhan-pelabuhan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Lebih 8,000 guru-guru mengadakan tunjuk perasaan dengan duduk beramai-ramai di ibu pejabat UNRWA.

Khamis, 06/10/2011 – Lebih 8,000 guru Palestin bercadang untuk bertahan duduk-dalam ibu pejabat Agensi Pekerja Relief PBB di Gaza untuk membantah pemecatan pengerusi kakitangan kesatuan UNRWA Arab Suhail al-Hindi.

Guru dan kakitangan di sekolah-sekolah UNRWA telah meningkatkan tindakan yang lebih tegas terhadap UNRWA termasuk mogok yang menyebabkan semua sekolah-sekolah UNRWA terpaksa ditutup di seluruh Semenanjung Gaza.

Tuntutan mereka termasuklah sekurang-kurangnya, mengembalikan semula Hindi ke dalam jawatannya itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pembakaran masjid mencetuskan kemarahan antarabangsa

Khamis, 06/10/2011 – Pembakaran masjid di Lembah Atas Galilee telah mencetuskan kemarahan dunia apabila Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) menyeru Israel untuk mengambil tanggungjawab di atas tindakan menyerang perkampungan rakyat Palestin di tanah jajahan 1948.

Pendatang Yahudi memulakan kebakaran di Masjid Al-Nour di kampung Tuba-Zangareya pada Ahad malam dengan membakar kitab-kitab suci dan mengakibatkan kerosakan teruk. Contengan di dalam bahasa Hebrew juga
terdapat pada dinding.

Kumpulan pejuang Hamas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan penakut dan perkauman serta berkata, serangan pendatang yang berterusan dan juga perlindungan pihak Zionis ke atas pelampau-pelampau ini merupakan perlanggaran undang-undang suci dan antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sebuah roket jatuh di Askelon

Khamis, 06/10/2011 – Sebuah roket telah jatuh di bandar Askelon. Mengikut media Zionis, roket itu telah dilancarkan dari arah Gaza. Namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Jika benar roket itu berasal dari Gaza, ini menambahkan kebimbangan kepada pihak ZIonis apabila roket yang mungkin kepunyaan HAMAS telah berjaya sampai ke tempat mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pihak rejim Israel menahan seorang wanita Palestin untuk menekan abangnya

Khamis, 06/10/2011 – Pihak berkuasa rejim Israel menahan seorang wanita berusia 20 tahun dari Beit Fajjar yang terletak 8km sebelah selatan Tebing Barat pada petang ahad untuk menekan abangnya melakukan pengakuan.

Tahanan tersebut, Nubal Ali Issa Taqatqa telah dipanggil beberapa kali untuk disoalsiasat oleh pihak keselamatan dan pihak berkuasa Palestin.

Abang Taqatqa, Muhammad Ali Issa Taqatqa telah ditahan pada 1 Sept 2011 ketika menuju ke Masjid Ibrahimi di Al-Khalil untuk bersolat dan masih dalam penyiasatan kerana disyaki menikam tentera Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati