Pakar Sepakat Tolak Referendum

Selasa , 20/06/2006 –

Para pembentang kertas seminar berkenaan Referendum yang diadakan di Masjid
al-Sayyid Hasyim, Gaza Ahad (18/6), sepakat menyatakan pentingnya menolak
referendum rakyat.

Mereka menyatakan bahawa cadangan referendum presiden Mahmud Abbas adalah tidak
relevan atas nama hukum syarak dan undang-undang. Bahkan mereka mengusulkan agar
mengadakan dialog dengan perbincangan yang lebih mendalam dan mendapatkan
kesefahaman bagi menyelasaikan masalah dalaman Palestin.

Antara yang hadir dalam seminar tersebut adalah Dr. Ismail Ridhwan, pemimpin gerakan
Hamas. Beliau menjelaskan pendirian partinya berkenaan referendum dan piagam
kesepakatan tawanan.

Di pihak lain Dr. al-Jojo, anggota Ikatan Ulama Palestin menjelaskan perbahasan
referendum menurut al-Qur?an. Beliau mengatakan, di dalam al-Qur?an terdapat istilah
istifta yang dilakukan Ratu Balqis untuk meminta pendapat para pemimpin negaranya
ketika beliau hendak menyerang kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Di dalam ayat tersebut
para pemimpin negara disebut sebagai al-mala. Oleh karena itu apabila referendum
hendak diadakan maka yang diminta pendapatnya bukan rakyat biasa tetapi para
pemimpin negara yang telah dipilih oleh rakyat. Dalam istilah sekarang adalah ahli
parlimen.

Beliau menambah bahawa Ratu Balqis tidak meminta pendapat rakyatnya ketika baginda
hendak menyerang kerajaan Nabi Sulaiman a.s, sebaliknya baginda hanya mengambil
pendapat anggota parlimennya saja. Begitu juga dengan orang yang hendak diminta
pendapatnya sewajarnya mempunyai ilmu dan pemahaman yang mantap.

Para fuqaha sepakat bahawa pihak pemerintah wajib melakukan musyawarah dengan ahul
Halli wal Aqdi terhadap masalah-masalah yang ada kaitanya dengan umat, terutama
berkenaan hal-hal yang tidak ada nashnya (keterangan yang jelas dari ayat mahupun
al-Sunnah).

Beliau menegaskan, tidak boleh bagi hakim atau pemerintah memutuskan masalah-masalah
yang sudah ada keteranganya secara qathi? (jelas dan kuat). Menurut beliau, wilayah
Palestin adalah tanah waqaf dari Allah SWT kepada kaum muslimin berdasarkan ayat dan
hadits-hadits Rasulullah SAW. Oleh karena itu tidak boleh sesiapa pun mengadakan
referendum dalam hal ini, karena sudah jelas ayatnya mahupun keteranganya menurut
al-sunnah.

Kemudian beliau menjelaskan tentang syarat-syarat musyawarah dan sifat-sifatnya.
Beliau menekankan bahawa syarat paling utama dalam musyawarah adalah al-wara’
(mendahulukan kehidupan akhirat daripada dunia), taqwa, pengalaman, dan kedalaman
ilmu.