Khamis, 22/06/2006 –
PM Palestin Ismael Haneyyah menyeru Kesatuan Eropah (EU) agar memahami
peripentingnya kerjasama secara rasmi dengan kerajaan Palestin yang dipilih secara
demokratik dan menghormati pilihan rakyat Palestin
Haneyyah menjelaskan bahawa pemerintahnya berharap direalisasikan pemberian bantuan
EU kepada rakyat Palestin yang mencapai 100 juta Euro, melalui saluran rasmi rakyat
Palestin dan pemerintah Palestin.
Haneyyah sekali lagi menegaskan bahawa hanya pemerintah yang sah sahaja yang
memiliki kemampuan untuk menyalurkan dana tersebut serta bekerja sesuai dengan
sistem kewangan yang sistematik. Penyaluran dana tidak melalui pemerintah jelas
melampaui wewenang (hak dan kekuasaan) dan tugas pemerintah yang terpilih secara
demokratik.
Haneyyah menegaskan bahawa boikot, embargo, penerapan pelbagai kekeliruan dan usaha
mengkesampingkan rakyat Palestin tidak akan memberikan apa-apa kesan positif kecuali
menambah ruwet dan memperburukkan keadaan.