Selasa, 27/06/2006 –
Presiden Mahmoud Abbas dalam kenyataannya melalui Pejabat Presiden Isnin lalu telah bertindak memecat Mufti Baitulmaqdis, Sheikh Ekrema Sabri dengan alasan beliau telah mencapai tahap umur bersara.
Kenyataan tersebut turut melantik Sheikh Mohammed Hussein, Pengarah Masjidil Aqsa sebagai Mufti Baitulmaqdis dan Palestin menggantikan Sheikh Ekrema Sabri.Menurut sumber Palestin di Baitulmaqdis, tindakan mengejut Abbas adalah berikutan khutbah Jumaat Sabri di Masjidil Aqsa yang mengkritik tindakan sesetengah parti politik yang menyumbang untuk memulaukan kerajaan Palestin dan rakyatnya.