Serangan Balas Berlaku Selepas Kekejaman Zionis

Selasa, 27/06/2006 –

Dr. Mahmoud Al-Ramahi, setiausaha PLC, pada hari Ahad berkata berita serangan Palestin terhadap tentera Zionis yang digembar-gemburkan dengan begitu hebat hanya berlaku selepas serangan kejam Israel yang telah mengorbankan ramai orang awam termasuk kanak-kanak yang dibaham begitu kejam sambil berkata serangan balas itu sesuatu yang berkualiti dengan membunuh 2 tentera zionis manakala seorang lagi diculik (gambar) .


Tiga kumpulan pejuang Palestin bersenjata mengaku melakukan serangan tersebut dan tentera Zionis sudah menceroboh Khan Younis dan menculik 2 saudara Palestin. Beliau berkata lagi pimpinan Hamas tidak gentar atas sebarang tindakan pembunuhan secara disasarkan. Beliau juga telah mengusulkan kepada kerajaan Mesir agar meningkatkan tekanan ke atas Israel bagi membuka terminal Rafah yang merupakan satu-satunya jalan perhubungan Tebing Gaza dengan dunia luar dan pihak Israel berhenti menggunakan isu terminal Rafah sebagai ugutan kepada rakyat Palestin.