Kedatangan Mishaal ditunggu-tunggu

Rabu, 28/06/2006 –

Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Ghait telah dijadualkan untuk bertemu dengan Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Presiden Mahmoud Abbas,Jibril Rejoub. Pertemuan dilihat sebagai satu perkembangan Dialog Nasional Palestin.Rejoub juga dijangka akan bertemu dengan ketua maklumat Omar Suleiman bagi membincangkan perkembangan terbaru arena Palestin.

Dalam pada itu juga Ketua Biro Politik pergerakan Hamas, Khaled Mishaal (gambar) yang akan tiba di Cairo awal bulan depan turut dijangka akan bertemu dengan Suleiman. Seorang ahli biro politik pergerakan tersebut, Mohammed Nazzal berkata bahawa Mishaal akan berbincang mengenai perkembangan terbaru rakyat Palestin dan rancangan menghantar bantuan untuk rakyat Palestin yang kian disisihkan