Israel patut mengambil pengajaran. MP Qaraqi mendesak banduan ditukar.

Rabu, 28/06/2006 –

Jurucakap PLC kepada Hamas, Dr Aziz Duwaik (gambar) telah mendesak parti tersebut supaya peneruskan penahanan tentera Isreal yang ditangkap. Beliau menambah bahawa Israel sepatutnya mengambil pelajaran dan tahu makna polisi kelaparan yang telah dikenakan ke atas rakyat Palestin. ?Mereka (pekerja kerajaan Israel) mesti memahami bahawa pihak yang kelaparan tidak akan tunduk sama sekali,? ujar Duwaik di dalam Persidangan Anti-Dadah Kebangsaan di bandar El-Bireh.


Berhubung dengan tindakan rejim Zionis untuk mengambil alih Semenanjung Gaza, jurucakap itu berpendapat, ? Kerajaan Israel tidak sepatutnya mengambil langkah sebegitu yang akan mengundang bencana kepada tenteranya?. Beliau turut mengatakan ia sepatutnya memberikan layanan baik kepada rakyat Palestin yang berhak untuk hidup secara aman.

Beliau menambah, ? Tidak ada tanda-tanda yang mencadangkan sebarang kemungkinan pembebasan awal tentera rejim Zionis yang ditangkap. Namun kami mendesak, pihak yang menahan akan terus membiarkan tentera tersebut hidup.?

Dalam pada itu, MP Palestin dari pergerakan Fatah, Esa Qaraqi yang pernah mengetuai kelab banduan Palestin, mendesak tindakan politik yang sah dilakukan segera untuk pertukaran di antara rejim Zionis yang ditangkap dengan banduan Palestin di penjara Israel terutamanya bagi mereka yang ditahan untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata demikian di dalam kenyataan akhbar kepada wartawan PIC bahawa IOA telah melakukan tindakan secara rambang dan tidak sah menangkap ribuan rakyat Palestin serta menyumbat mereka ke dalam penjara tanpa menimbang hak asasi manusia.

Penggubal undang-undang tersebut turut mengatakan bahawa IOA sepatutnya menerima penahanan tentera itu sebagai satu tindakan ketenteraan di bawah undang-undang peperangan. Lebih-lebih lagi apabila rejim Zionis tidak pernah membiarkan satu hari pun berlalu tanpa mengganggu penduduk Palestin di Tebing Barat atau Semenanjung Gaza ataupun kedua-duanya. Qaraqi menjelaskan bahawa kejadian ini merupakan satu peluang yang unik untuk menyelamatkan ratusan nyawa rakyat Palestin yang telah dipenjarakan berdekad lamanya sambil menegaskan bahawa isu banduan telah menguasai hati dan pemikiran rakyat Palestin.

Sementara itu, rejim Zionis mengistiharkan bahawa mereka telah mengebom terowong yang digunakan oleh pejuang Palestin sebelum kehilangan tiga tenteranya, empat mendapat rawatan di hospital manakala lima lagi ditangkap. Seorang pegawai tinggi rejim Zionis menyatakan rasa terkejutnya berhubung serangan teliti pihak pejuang dengan penemuan terowong sepanjang 400 meter dan mempunyai ketinggian 9 meter itu. Beliau berkata, pejuang Palestin semestinya telah mengambil masa berbulan-bulan untuk menggali terowong tersebut.

Berhubung perkara itu, politik Arab dan sumber diplomasi Mesir merungkaikan usaha besar-besaran kerajaan Mesir meletakkan situsai tegang ini sebagai satu operasi ketenteraan. Sumber itu menjelaskan bahawa kerajaan Mesir telah menimbangkan untuk menghantar perwakilan ke Semenanjung Gaza bagi bertemu dengan pemimpin politik Hamas berhubung sebarang kemungkinan membebaskan tentera Israel yang ditangkap.