Rabu, 28/06/2006 – Pasukan bersenjata Palestine mengakui pada Selasa lalu yang mereka telah bersedia untuk mempertahankan Semenanjung Gaza dari rejim Zionis dimana pejuang-pejuang bersenjata dari pasukan ini telah digerakkan ke setiap pelusuk semenanjung Gaza.
Lebih banyak senjata telah dilaporkan dibawa masuk ke sesetengah tempat di semenanjung Gaza, sementara para pejuang telah mengisi pasir ke dalam bag-bag untuk digunakan sebagai pelindung untuk menembak tentera rejim Zionis.
Sementara itu, Brigade Qassam, pasukan bersenjata HAMAS mendedahkan bahawa ia telah menghantar semula alatan ketenteraan dan senjata yang dikutipnya beberapa bulan lepas, termasuk pelancar anti-peluru dan turut menggerakkan pejuangnya ke beberapa tempat di Semenanjung Gaza untuk mengawal pergerakan tentera rejim Zionis.
Berpuluh-puluh kereta kebal Israel telah digerakkan ke kawasan utara dan timur Semenanjung Gaza sebagai persediaan untuk melancarkan serangan seperti yang diarahkan oleh Ehud Olmert, perdana menteri Israel dalam cubaan untuk menyelamatkan tentera Israel yang di tahan, Gilad Shalit.
?Kami membuat keputusan untuk menggunakan operasi ketenteraan and tekanan politik untuk membebaskan korporal itu, dan kami telah melakukan persiapan untuk melancarkan operasi ketenteraan di semenanjung gaza?, kata seorang pegawai kanan rejim Zionis, Amos Gilad.
Media Hebrew telah melancarkan perang psikologi terhadap Palestine dengan memaparkan didada-dada akhbar ugutan untuk memutuskan bekalan air dan elektrik ke semenanjung gaza sehingga nasib Shalit diketahui.
?Persiapan kami untuk menyekat tentera rejim Zionis adalah cemerlang, dan kami akan mengejutkan mereka bila mereka melihat kepala2 tentera mereka bergelimpangan di jalan-jalan di semenanjung Gaza. Kami mempunyai pejuang-pejuang yang inginkan syahid sepertimana tentera rejim Zionis ingin untuk terus hidup,? kata Abu Obaida, jurucakap Qassam.
Beliau menambah yang pejuang-pejuang Palestine akan mengajar Israel secukup-cukupnya jika mereka melaksanakan ugutan mereka untuk menyerang Semenanjung Gaza, sambil mengingatkan Israel dengan kekalahan yang dialami mereka semasa IOF menyerang kem pelarian Jabalya lebih setahun lalu.
Batalion Ayman Jouda dari Brigade Aqsa pula mengingatkan akan hak rakyat Palestine untuk menentang pencerobohan dan penjahan negara mereka dengan semua cara, sambil menggesa mereka yang menahan koperal itu untuk tidak melepaskannya sehinggalah tahanan Palestine turut dibebaskan.