
Rabu , 30/11/2011 – Seorang panel pakar perundangan terkenal yang berkhidmat dalam Tribunal Russell di Palestin mendengar keterangan daripada saksi-saksi pakar mengenai dasar apartheid yang diamalkan oleh Israel ke atas penduduk Palestin.
Rakyat Palestin kecewa dan marah; dan walaupun berlaku peningkatan demonstrasi aman, maklumat di internet, dan rayuan yang berterusan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, menutup sebelah mata kepada amalan-amalan diskriminasi yang mensasarkan keseluruhan kumpulan etnik.
Selama berdekad-dekad Israel telah mensasarkan rakyat Palestin dan hanya sedikit sahaja yang berada di luar wilayah bergelora ini mengambil tahu keadaan yang berlaku di sana. Penderitaan dan diskriminasi terhadap rakyat Palestin terus berlangsung sehingga ke hari ini di bawah penjajahan kejam Israel. Ancaman kuasa veto Amerika Syarikat terhadap rayuan yang dibuat oleh rakyat Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan merupakan satu lagi tamparan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas