
Rabu , 30/11/2011 – Israel terus melanjutkan projek yahudisasinya dengan menyerahkan surat kuasa memusnahkan rumah keluarga Nawal Jahalain, Isnin (28/11) yang tinggal di wilayah Jabal Mukabber Al-Quds.
Ahli jawatankuasa perlindungan warga tanah Silwan menyebutkan, pemerintah kota Israel mendakwa bahawa rumah keluarga Nawal Jahalain dibangun di atas tanah milik mereka tanpa izin pemerintahan setempat. Pemerintah Israel menyebutkan, bahawa tanah yang diduduki keluarga Nawal akan dibina jalan raya utama untuk penempatan Zionis di wilayah tersebut. Pemerintah kota memberikan masa lima bulan bagi keluarga Nawal untuk meninggalkan rumahnya. Padahal rumah tersebut dihuni 11 anggota keluarga.
Sementara pemilik rumah mengatakan, sejak lebih dari 10 tahun pihaknya sudah mengalami penderitaan. Pemerintah Zionis telah menghancurkan salah satu rumah miliknya yang dihuni beliau bersama anak-anaknya. Kemudian mereka terpaksa pindah ke tempat lain dan membina rumahnya yang kedua namun Israel masih mengejarnya dan menyerahkan surat untuk memusnahkan rumah tersebut.Beliau mengatakan, sebenarnya kami telah berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat lainya. Kami pun telah diusir dari Nagev pada perang Nakbah dan sesudahnya Naksah (hari pembalasan). Hari ini mereka diusir lagi. Tidak tahu bilakah akan berakir episod pilu ini.
sumber : COMES
penterjemah : osman