Nazzal: Pemimpin-pemimpin Hamas tidak gentar dengan ugutan Zionis.

Jumaat, 30/06/2006 –

Mohammed Nazzal, ahli biro politik pergerakan Hamas mengatakan kepimpinan pergerakan itu telah berbincang secara serius mengenai ugutan Israel untuk membunuh pemimpinnya namun mereka sekali-kali tidak gentar dengan ugutan tersebut.Nazzal memberitahu Reuters Selasa lalu bahawa kerajaan Isarel seboleh-bolehnya mahu meletakkan semua masalah ke atas kepimpinan Hamas di luar negara terutamanya Khaled Mishaal, pemimpin politik tertinggi pergerakan itu.

?Operasi (di Karem Shalom) telah dirancang dan dilaksanakan oleh paksi pembangkang dan kepimpinan di luar negara tidak ada kena-mengena dalam hal ini,? ujar Nazzal.

Kerajaan Zionis di Tel Aviv mengugut untuk bertindak balas di atas penculikan seorang tenteranya di Kerem Shalom dengan membunuh pemimpin Hamas sambil menyebut nama Mishaal. Apabila ditanya adakah Hamas telah bersedia untuk menghadapi tindakan besar-besaran tentera Israel yang menuntut pembebasan seorang tenteranya, Nazzal berkata bahawa ini bukanlah kali pertama Semenanjung Gaza menghadapi serangan teruk sebegitu. Serangan seumpama itu biasa dilakukan walaupun tiada tentera yang ditangkap.

Operasi bersama yang melibatkan tiga sayap ketenteraan termasuk Hamas telah membunuh dua tentera Israel, mencederakan empat yang lain dan menahan seorang askar kerahan Israel. Sehingga kini, tentera rejim Zionis telah membunuh lebih daripada 5000 orang rakyat Palestin semenjak bermulanya intifada Aqsa akhir September 2000 termasuk 950 orang kanak-kanak serta mencederakan lebih 50 000 rakyat Palestin.22% daripada mereka adalah kanak-kanak. Dalam pada itu 12 000 lagi masih ditahan. Serangan kejam rejim Zionis di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza telah memusnahkan beribu-ribu rumah dan beratus-ratus pusat ekonomi, pendidikan, perkhidmatan dan kesihatan.