Kapal terbang Israel mula menyerbu ke Rafah.

Jumaat, 30/06/2006 –

Tentera kerajaan Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kereta perisai dan tentera-tentera Israel telah memulakan serbuan ke sebelah Selatan semenanjung itu berhampiran dengan Rafah pada waktu subuh Rabu lalu.

Operasi yang dilihat sebagai ?hujan panas? diteruskan dengan serangan bertubi-tubi oleh kapal perang F-16 dan helikopter Apache kepunyaan tentera Israel ke atas infrastruktur di dalam semenanjung tersebut. Mereka telah memusnahkan dua buah jambatan yang menghubungkan kawasan selatan, tengah dan utara Gaza di samping memusnahkan sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan 70% elektrik ke seluruh kawasan Gaza menyebabkan bandar tersebut bertukar menjadi gelap-gelita.

Trak Israel dilihat memasuki kawasan selatan Rafah dan merampas Lapangan Terbang Antarabangsa Arafat yang tidak beroperasi selepas menyuruh pasukan keselamatan PA meninggalkan lapangan terbang tersebut. Penduduk Palestin yang tinggal di Al-Shoukeh, Bandar berhampiran dengan Rafah pula telah dipaksa oleh tentera Israel untuk pergi ke kawasan ?gunpoint? sebelum memasuki rumah mereka dan menjadikannya berek ketenteraan.

Lebih banyak serangan udara dilancarkan oleh kapal perang Israel yang menembusi rintangan bunyi di seluruh Bandar Gaza menyebabkan kemusnahan rumah-rumah penduduk Palestin. Mereka turut melakukan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di bandar tersebut.