
Isnin , 02/01/2012 – Beribu-ribu penduduk tempatan berkumpul di perkampungan Israel, Beit Shemesh, membantah perubahan radikal demografi bandar mereka oleh komuniti ultra-Ortodoks. Kumpulan tersebut tidak berhati-hati semasa menguatkuasakan nilai-nilai mereka terhadap golongan majoriti sekular dan kesederhanaan dalam beragama, dengan menyerang pelajar sekolah yang berpakaian kurang senonoh, dan cuba menguatkuasakan pengasingan jantina di kawasan awam.
Bandar moden Beit Shemesh, dibina pada 1950, adalah asalnya perkampungan sekular yang melambangkan sebuah ‘bandar pembangunan’ di atas jalan di antara Tel Aviv dan Baitulmaqdis. Pada era 90-an, kejiranan ortodoks Haredi dibina dan membesarkan saiz bandar (pada masa ini terdapat populasi 100,000) dan menegangkan hubungan antara kumpulan beragama dan sekular.
Puak kesederhanaan dalam agama dan sekular sekarang merangkumi 65% bandar tersebut, dan berubah menurun dengan cepat oleh kerana kelahiran tinggi Yahudi Haredi, dan penghijrahan pesat dan juga pengambil-alihan bandar. Daripada 30,000 unit rumah baru dibina, dianggarkan hanya 2,000 unit untuk keluarga puak kesederhanaan beragama dan sekular.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep