Dengan lebih kurang 20% daripada penduduk Palestine pernah ditahan di penjara Israel sebanyak sekali atau lebih, anda mungkin tidak akan jumpa mana2 keluarga Palestine yang tidak mempunyai anggota keluarga yang tidak terlibat.
Bila orang2 Barat “bising” tentang seorang tentera Israel ditahan di Gaza, mereka sengaja melupakan beribu2 rakyat Palestine yang ditahan Israel berdekad2 lamanya. Ramai yang ditahan tanpa perbicaraan, yang juga dikenali sebagai “administrative detention” dan langsung tidak diberikan perbicaraan di mahkamah Israel, malah ditahan di bawah keadaan yang tidak mematuhi unddang2 antarabangsa.
Lebih dari 8000 tahanan
Lagikan pertubuhan hak asasi Israel pun merungut tentang kesusahan untuk mendapatkan statistik jumlah sebenar tahanan Palestine dari sumber rasmi Israel, apatah lagi wartawan asing. Menurut NGO Israel Btselem, seramai 8200 orang Palestine yang ditahan di penjara Israel pada Januari 2006. Daripada jumlah ini, 3111 ditahan oleh tentera (dimana 741 orang dibawah “administrative detention”) dan 5127 lagi merengkok di penjara Israel (53 orang adalah dibawah “administrative detention”). Ada yang mengatakan jumlah sebenar adalah lebih tinggi, dan jumlah itu sepatutnya termasuk tahanan politik Palestine yang mempunyai pasport Israel. Mempunyai kewarganegaraan Israel tidak menjamin kebebasan politik kepada masyarakat Palestine.
Menurut Persatuan Tahanan Palestine pada Mac 2005 (diumumkan oleh Samar Assad, Pusat Palestine, USA), terdapat 19 tahanan yang menjalani hukuman penjara 20 tahun, dan 140 lagi sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun atau lebih. Laporan dari Kementerian Tahanan dan Bekas Tahanan PNA menyatakan yang 400 tahanan telah dihukum sebelum Perjanjian Oslo; dimana perjanjian itu sepatutnya akan membebaskan mereka.
Tahanan Kerajaan (administrative detention)
Apa sebenarnya tahanan kerajaan? Tahanan tanpa bicara – or sambungan tahanan walaupun selepas menjalani hukuman penjara. Arahan Tentera Israel No 1229 (1988) membenarkan pihak tentera untuk menahan rakyat Palestine di Kawasan yang dijajah selama 6 bulan tanpa bicara, dan ini boleh terus disambung. Para hakim membuat keputusan berdasarkan bahan bukti secara rahsia tanpa ditunjukkan kepada tahanan atau peguam mereka (polisi yang diterima selepas Sept 11).
Tahanan kerajaan bukanlah sesuatu yang baru kepada rakyat Palestine – ia telah digunakan oleh Israel semenjak penubuhan negara haram israel, mula2nya didalam wilayah yang dijajah untuk rakyat Palestine yang menjadi rakyat Israel, dan kemudian dari tahun 1967 untuk mengekalkan pemerintahan kuku besi di Tebing Barat dan Gaza. Sebagai penulis British, saya terpanggil untuk mengatakan yang Akta Darurat yang membenarkan Israel untuk menahan sesiapa sahaja, berasal dari undang2 yang digubal untuk memastikan orang2 Arab dan Yahudi dari menumbangkan penjajahan British. Di bawah rejim British, Yahudi Zionis di Palestine telah merungut tentang pencabulan hak mereka oleh penjajah. Namun, sebaik sahaja mereka merampas kuasa, mereka turut menggunakan polisi darurat dan keselamatan, tetapi hanya untuk orang Arab.
Kanak-kanak
Defence of Children International (DCI) telah memberikan statistik terkini: Pada Jun 2006, terdapat 388 kanak2 Palestine di dalam tahanan Israel. Beratus2 mereka sekarang telah dewasa, di mana mereka telah ditahan semenjak kecil lagi. Menteri PNA menyebut bahawa 3000 kanak2 telah disumbat ke dalam penjara Israel semenjak September 2000, majoriti adalah kerana membaling batu. Menurut undang2 Israel, kanak2 perlu berumur 16 tahun sebelum boleh ditahan dan di penjarakan, tetapi yang sebenarnya, kanak2 semuda 12 tahun telah pun dibicarakan.
Peluru rejim Zionis tidak mengenal usia
Polisi Israel terhadap juvenil bukan sahaja mencabul undang2nya sendiri, malah undang2 anatarabangsa turut menegaskan bahawa seseorang itu hanyalah dewasa pada umur 18 tahun. Israel sekarang bukan sahaja menahan remaja. Pada May 2006, DCI telah melaporkan bahawa seorang kanak2 di Tebing Barat yang berumur 5 tahun telah dirampas dari bapanya dan di tahan selama 6 jam setengah – kerana membaling batu!!!
Penderaan dan Seksaan secara Sistematik
Pelbagai kumpulan hak asasi manusia dari Palestine dan antarabangsa telah melaporkan cara2 seksaan yang dilakukan Israel – memalukan mereka dan melemahkan semangat mereka. Lebih kurang 85% laporan dari Palestine yang melaporkan seksaan itu temasuklah menggari mereka dalam keadaan yang menyeksakan, dipukul dengan teruk, ditahan secara berseorangan, dan cara yang terkutuk seperti meletakkan kain yang berisi najis dikepala tahanan.
Keadaan penjara Israel juga tidak mematuhi undang2 hak asasi manusia yang paling asas, dimana setiap tahanan perlulah diberikan bantuan perubatan. Contohnya, Suleiman Darigeh, 53 tahun dari Taybeh do Tebing Barat. Darigeh mengadu sakit dada kepada pihak Penjara Hasharon pada 25 april dan meminta untuk berjumpa dengan doktor. Dia tidak diberikan bantuan perubatan, sebaliknya hanya diberikan ‘pain-killer’ dan di bawa semula bilik tahanannya. Beliau meninggal dunia pada malam itu,tahanan yang ke 13 meninggal di penjara semenjak bermulanya Intifadhah ke 2.
Majoriti dari tahanan adalah lelaki, tetapi terdapat lebih dari 100 orang tahanan wanita, dan semenjak dari September 2000, terhadap 2 kes tahanan wanita ini yang bersalin di penjara. Tahanan lelaki juga turut melaporkan deraan seksual di penjara, tetapi tahanan wanita yang paling terdedah dengan seksaan sebegini. Tahanan wanita dipaksa berbogel dihadapan warder penjara yang kebanyakannya adalah lelaki dan di paksa melalui “body search”. Ramai tahanan wanita ini yang telah melaporkan secara terperinci serangan seksual yang dilakukan oleh kakitangan penjara Israel dan juga tenteranya. Sesetengah tahanan wanita pula di tahan untuk memberikan tekanan kepada ahli keluarga lelaki mereka.
Kesan Jangka Lama pada Masyarakat Palestine.
Kesan jangka lama akibat dari penahanan itu tidak sepatutnya dipandang remeh. Wujudnya kementerian khas mengendalikan tahanan dan bekas tahanan juga adalah satu yang tidak patut dipandang mudah. Kakitangan dari Projek Kesihatan Mental Masyarakat Gaza telah melaporkan bahawa terdapat ramai yang mengalami kesan jangka panjang akibat dari seksaan dan penahanan itu. Macamana pihak NGO dan kerajaan yang tidak mampu menangani kesan trauma akibat dari serangan tentera Zionis, pengangguran dan kemiskinan, untuk berdepan dengan masalah psikologi yang dialami oleh tahanan dan keluarga mereka?
Tidak seperti ahli tentera Israel, majoriti tahanan Palestine tidak sekali-kali pun terlibat dengan keganasan untuk menyelesaikan masalah itu.