
Jumaat , 20/01/2012 – Menteri luar Israel, Avigdor Libermen, Isnin (16/1) mengutuk undangan yang disampaikan kepada fraksi perubahan dan reformasi yang cenderung kepada Hamas, untuk mengikuti kerja jawatankuasa Hak Asasi Manusia parlimen antarabangsa di Genewa.
Dalam keterangannya kepada radio Israel, Libermen menyatakan, ini merupakan contoh baru kemunafikan antarabangsa, sangat jelas bahawa organisasi yang dianggotai 57 negara Islam bersama sejumlah wakil dari negara berkecuali membuat sikap bersatu menentang Israel, dakwanya.
Menjawab pertanyaan kemungkinan Israel keluar dari persatuan parlimen antarabangsa, Menteri luar menyatakan, belum ditegaskan untuk membuat keputusan seperti itu.
Sejumlah delegasi parlimen Palestin wakil Hamas berkunjung ke Genewa atas undangan dari parsatuan parlimen antarabangsa. Diskusi utama dalam perjumpaan tersebut adalah berkisar dengan pelanggaan Israel terhadap para anggota parlimen, terutama penangkapan dan penahanan para anggota parlimen Palestin.
sumber : COMES
penterjemah : osman