
Jumaat , 20/01/2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata, institusi-institusi keselamatan yang diwujudkan berdasarkan doktrin dan prinsip kebangsaan mesti dipertahankan sebagai pemangkin kerja-kerja keselamatan pada masa akan datang.
Dalam satu upacara yang diadakan untuk menghargai sekumpulan pegawai polis, perdana menteri Haneyya menyatakan rasa bangganya dengan peralatan keselamatan di semenanjung Gaza dan peranannya dalam memastikan keselamatan dan melindungi masyarakat walaupun telah mengalami kehilangan besar sewaktu perang Israel yang terbaru.
“Apa yang telah dibina tidak akan dimusnahkan kerana rakyat Palestin dapat merasakan kebaikan pembinaan itu terutama dalam usaha menghentikan kekacauan keselamatan dan berupaya menemukan pegawai polis yang bekerja untuk tanah air dengan jujur,” PM menyatakan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati