
Jumaat , 20/01/2012 – Pusat Perancang dan Binaan Baka’a telah mengeluarkan amaran tentang pelan Israel yang disediakan oleh Universiti Hebrew di bahagian Baitul Maqdis yang ditawan, bagi membina 204 unit perumahan di penempatan French Hill bagi menggantikan unit pelajar sedia ada.
Dalam kenyataan akhbar Ahad lepas Pengarah pusat tersebut, Qais Naser berkata pelan itu bertujuan untuk menghadkan pertambahan kehadiran warga Arab terutama pelajar-pelajar Arab di penempatan French Hill.
Tambah Naser lagi, Jawatankuasa Perancang dan Binaan Daerah Israel di kota suci akan membincangkan rancangan tersebut di dalam mesyuarat pada hari Isnin untuk menetapkan keputusan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah