Categories
Berita Semasa

Rusuhan ganas di Penjara Ofer, ada yang tercedera

Selasa, 20-03-2012 – Pasukan-pasukan tindakan khas daripada Unit Metsada dan Unit Nahshun rejim Zionis telah menggempur Penjara Ofer yang terletak di barat Ramallah pada petang Rabu lalu dan melepaskan gas pemedih mata, menyerang para tahanan
penjara serta memusnahkan barang peribadi mereka.

Sumber yang memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) berkata, pasukan-pasukan tindakan khas rejim Zionis yang memakai topeng pelindung gas itu secara tiba-tiba memecah-masuk penjara terbabit, mengepung para tahanan penjara berketurunan Palestin yang ketika itu berada di koridor, membelasah mereka serta mengarahkan mereka masuk ke dalam bilik penjara kecil di luar dalam keadaan berantai. Bilik penjara kecil itu biasanya menempatkan tahanan penjara yang akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Beberapa orang tahanan penjara terbabit telah pengsan selepas gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Dalam masa yang sama, pasukan rejim Zionis itu turut merosakkan dan menyita beberapa barangan peribadi milik para tahanan terbabit yang mereka tinggalkan di dalam bilik kurungan masing-masing atas alas an barangan tersebut adalah haram dimilik. Sebuah bilik kurungan di Seksyen 16 juga dikunci manakala bekalan air kesemua bilik mandi ditutup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa