Categories
Berita Semasa

Hamas beri amaran tentang usaha menjadikan pelarian Lubnan sebagai imigran

Jumaat , 18/05/2012 – Gerakan Hamas memberi amaran bahawa terdapat projek-projek terbaru Eropah dan AS yang betrujuan untuk memperbaiki keadaan hidup pelarian Palestin di Lubnan, sedangkan mereka sebenarnya cuba menafikan hak mereka untuk kembali.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin dari bironya di Lubnan, Hamas menambah bahawa projek mereka itu bertujuan untuk menafikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke Palestin serta menukar status pelarian mereka kepada imigran. Pihak Eropah dan AS bertanggungjawab menyebarkan idea tersebut, demikian amaran dari Hamas.

Hamas merayu kepada kerajaan Lubnan dan Parlimen untuk mengusahakan kehidupan yang lebih baik bagi pelarian Palestin di Lubnan dengan memberikan mereka hak kemanusiaan, asasi dan sosial dan membentuk strategi untuk skim penempatan semula.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati