Categories
Berita Semasa

Enam tahanan politik lancarkan perang mogok lapar di penjara PA

Isnin, 02-07-2012 – Dua tahanan politik menyertai mogok lapar terbuka yang dilancarkan oleh tahanan politik menjadikan jumlah pemogok di penjara PA seramai enam tahanan yang diadakan di pusat tahanan keselamatan pencegahan dan perisikan Baitullaham dan Ramallah.

Tahanan Islam Aruri telah melancarkan mogok lapar pada hari Jumaat di penjara keselamatan dan pencegahan, Ramallah bagi menuntut pembebasannya. Menurut sumber yang dekat dengan keluarganya, beliau telah ditahan sejak 7 Oktober 2010 atas tuduhan politik dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

Seorang lagi tahanan politik di bandar Al-Khalil, “Abu Anas Markhiyah” yang dipenjarakan di Ramallah sejak 19 Disember 2011 kini disahkan sudah menyertai perang mogok lapar sejak Jumaat lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz