
Isnin, 02-07-2012 – Seorang warga Palestin mengalami cedera parah, Rabu (27/6) terkena tembakan tentera Israel berdekatan penempatan Yahudi Maale Adumim, terletak di tanah milik warga Palestin di Al-Quds Timur.
Sumber-sumber Israel menyatakan, pasukan militan melepaskan tembakan ke arah warga Palestin berusia 25 tahun, yang didakwa ingin menyerang tentera dan hendak merampas senjata. Mangsa cedera parah di perutnya dan dibawa ke hospital Maale Adumim yang terletak di kawasan Eizriya dan Abu Deis, di Al-Quds Timur.
Pasukan Israel dalam jumlah besar tiba kemudian dan terus menutup tempat tersebut. Sebelumnya dua orang penduduk gugur syahid, akibat tembakan yang dilancarkan seorang penduduk zionis Israel di kota Samu, Hebron Selatan dengan alasan kumpulan Palestin hendak menculiknya.
sumber : COMES
penterjemah : Osman