
Jumaat , 20-07-2012 – Pihak berkenaan untuk sumber tenaga dan bahan asli di Gaza telah mengumumkan kekurangan bekalan kuasa telah mencecah 50% akibat daripada penggunaan elektrik berganda pada musim panas.
Ahmed Abu Amrain, Pengarah Pusat Maklumat Kementeriaan Tenaga berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad bahawa Syarikat Pembekal Elektrik Gaza sedang bekerja untuk menjadualkan penggunaan elektrik dalam usaha menangani krisis. Menurutnya lagi, bekalan elektrik akan disalurkan selama 8 jam dan dipotong 8 jam berikutnya secara bergilir-gilir dalam tempoh 24 jam.
Beliau menyatakan alasan utama berlakunya pengurangan ini adalah kerana kekurangan bahan api untuk Gaza yang diakibatkan oleh tindakan Israel dan juga disebabkan oleh tiada tindakan Mesir untuk membenarkan bahan api yang didermakan oleh Qatar masuk ke Semenanjung Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati