Kanak2 Palestin memberi mesej kepada pemimpin Arab yg pasif.

Isnin ,14/08/2006 – Beratus kanak-kanak Palestin yg menyertai perarakan di Bandar Gaza, menangkat sepanduk untuk menyampaikan mesej kepada semua ketua Arab dan Muslim untuk keluar menjalankan tugas sbg seorang Muslim menyelamatkan kanak2 Palestine dan Lebanon.

Perarakan bermula dari pusat ICRC di Bandar Gaza dan berakhir di office UN di mana kanak2 ini mengangkat sepanduk yg bertulis “Mengapa darah kami bertaburan di Lebanon dan Palestine tetapi Arab hanya berdiam diri? Kenapa kami disalahkan untuk melindungi rumah kami? Dimana kamu semua ketika kami sedang berusaha untuk terus hidup?” dan beberapa lain sepanduk.

Mereka juga memberikan mesej buat kanak2 Amerika apabila salah seorang daripada mereka bangun dan menjerit “Beritahu undang2 kamu yg prihatin pada kanak2. Kamu pandai menjaga binatang peliharaan tapi tidak pada manusia yg tidak bersalah. Kamu kata kamu adalah negara sivil dan membantu Negara lain tetapi kenyataannya kamu adalah symbol kemusnahan untuk negara2 lain.

Kesimpulannya, kanak2 menyanyikan kepada satu suara, “Kematian untuk pembunuh kanak2, kematian kepada musuh kepada manusia, dan kematian kepada musuh keamanan”.

Demotrasi yg sama di anjurkan oleh Pergerakan Islam di Bandar Nablus dimana beratus kanak2 Palestin menunjukkan kesungguhan mereka menyokong askar2 Palestin dan Lebanon dengan menangkat sepanduk sama seperti demotrasi di Gaza.

“Mari kita tentukan masa depan kita; hidup dalam keamanan. Jangan ganggu keamanan kami; kami mahu hidup jauh dari bunyi bom dan mortar yg rejim zionis bunuh kami dgn mendapat restu Amerika,” kata salah seorang kanak2 yg berdemotrasi.