Selasa ,15/08/2006 – Menteri Luar kerajaan Palestin, Dr. Mahmoud Al-Zahhar, pada hari Sabtu lepas berbincang bersama perwakilan Qatar ke Palestin, Sayar Al-Moaweda mengenai perkembangan terkini isu yang melibatkan Palestin dan Lubnan bersempena lawatan Perdana Menteri Haneyya ke Doha.
Zahhar memberitahu bahawa beliau menerima pelawaan dari rakan sejawatnya dari Qatar Sheikh Hamad Bin Jassem, dan menambah bahawa ini adalah susulan dari kunjungan Haneyya ke Doha. Sementara itu, Haneyya pula membincangkan mengenai isu terminal sempadan Rafah bersama perwakilan keselamatan Mesir.
Siaran akhbar kabinet Palestin melaporkan beberapa isu-isu penting telah diperbincangkan termasuk isu sempadan Rafah yang mana merupakan satu-satunya hubungan antara Tebing Gaza dan dunia luar yang semakin dihampiri oleh tentera penceroboh Israel.
Dalam hal yang berkaitan, Setiausaha kabinet Palestin, Mohammed Awad, memberitahu bahawa pihak berkuasa Palestin telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menilai semula perjanjian dengan Israel berhubung laluan Palestin terutama yang melibatkan Rafah.
Beliau berkata – pada hari Sabtu lepas – laluan tersebut yang kini merupakan satu kepentingan kepada rakyat Palestin, berharap agar penilaian semula dapat menambah penguasaan Palestin terhadap laluan tersebut.
Terminal Rafah, yang telah ditutup selama 55 hari semenjak tindakan rakyat Palestin di Kerem Shalom yang berjaya menangkap seorang askar Israel, telah dibuka semula selama beberapa jam pada hari Khamis dan Jumaat dan hanya membenarkan mereka yang hendak meninggalkan Gaza melepasinya.
Awad menegaskan perjanjian satu tahun tersebut, yang akan berakhir pada bulan depan, akan dibincangkan oleh pihak berkuasa Palestin bagi memberikan kemudahan kepada penduduk Palestin.