
Khamis, 04-10-2012 – Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan berdiam diri terhadap isu Palestin. Mursi juga menegaskan sikap Mesir yang konsisten bersama rakyat Palestin. Dalam pidatonya di perhimpunan agung Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP), Mursi menyatakan dengan tegas terhadap halangan-halangan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin di Gaza. Hal ini dengan jelas dapat dirasai bilamana sempadan Mesir-Gaza dibuka lalu memudahkan rakyat Gaza untuk mendapatkan segala bentuk bantuan termasuklah pendidikan, perubatan dan lain-lain.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair