Serangan Rejim Zionis, 5 penduduk Gaza Terkorban


Khamis , 07/09/06 –
Sumber Kementerian Kesihatan dan Keselamatan Palestin menyatakan lima orang penduduk Palestin terkorban dalam 3 serangan udara rejim Zionis di Semenanjung Gaza Rabu (6/9).


Mohamed Abu Reda meninggal apabila pesawat udara rejim Zionis menyerang rumahnya di perkampungan Khuvaa berdekatan bahagian selatan bandar
Khan Younis seperti dilaporkan kepada Agence France-Press (AFP) Dua orang penduduk yang lain turut cedera. Mereka yang terbunuh dan
cedera adalah di kalangan ahli keluarga dan tiada sebarang senjata untuk melawan menurut saksi kepada Reuters.

Penduduk Khuvaa mengatakan bahawa tentera rejim Zionis masuk ke dalam kawasan perkampungan dan menahan 10 orang penduduk. Pihak militari rejim Zionis menyatakan bahawa tentera mereka berada di
kawasan tersebut sebagai sebahagian daripada tugas mereka di sana. Sebelumnya penduduk kampung mengatakan bahawa tentera rejim Zionis telah membuat tahanan singkat terhadap ketua pimpinan kampung tersebut, Kamal Annajar. Annajar yang juga pemimpin Hamas kawasan tersebut kemudiannya
dilepaskan.

Beberapa jam sebelumnya, 2 pesawat pejuang rejim Zionis melancarkan serangan di selatan Semenanjung Gaza di bandar Rafah menyebabkan 4 orang ahli Hamas terkorban. Pihak rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah kenderaan di bandar tersebut yang menyebabkan kematian Ali Issa al-Nachar dan Aid al-
Bashiti.

Sekurang-kurangnya 25 orang cedera apabila peluru kedua dilancarkan ke arah orang ramai yang berkerumun di sekitar kereta yang musnah
tersebut. Selepasnya pihak rejim Zionis melepaskan 2 roket ke arah kenderaan yang membawa aktivis Hamas Abdel Karim Ashur and Abul-Abd al-Arqan.
Kedua-dua mereka syahid di tempat kejadian.
Lebih daripada 200 orang Palestin terbunuh dan ribuan yang lain cedera sejak pihak rejim Zionis melancarkan serangan besar-besaran
bermula 12 Jun lalu dengan alasan mencari seorang tenteranya yang ditahan oleh pejuang Palestin yang ingin ditukarkan dengan wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara rejim Zionis.