Ketua Sinn Fein menyeru adakan dialog terbuka dengan HAMAS


Khamis , 07/09/06 –
Ketua Parti Irish Sinn Fein, Gerry Adams mencadangkan agar masyarakat dunia mengadakan dialog terbuka dengan kumpulan pejuang Hamas selepas mereka memenangi pilihanraya parlimen yang lalu.

Adams yang tiba di Ramallah atas jemputan Presiden Mahmoud Abbas berkata bahawa beliau akan menemui semua ahli PLC dari semua paksi termasuk Hamas. Beliau berpendapat bahawa dialog mampu menyelesaikan semua masalah dan ternyata Amerika serta Kesatuan Eropah telah tersilap langkah kerana tidak melaksanakan dialog terbuka bersama Hamas.

“Pilihanraya yang demokratik telah diadakan dan kita mesti menerima keputusannya,” kata Adams sambil menambah bahawa beliau telah bertemu dengan Tony Blair meskipun Blair tidak bersetuju dengan polisi beliau.

Adams juga dilaporkan telah bertemu dengan Ahmed Al-Taibi, seorang wakil Arab dalam Parlimen Israel. Dalam pertemuan itu, Taibi menjelaskan kepada Adams bahawa polisi perkauman yang dilaksanakan oleh kerajaan Zionis di Tel Aviv bukanlah ditujukan kepada golongan Arab minoriti. Walaubagaimanapun, menteri-menteri Israel dikatakan enggan bertemu dengan Adams.