
Selasa , 12/09/06 –
Setelah pertemuannya dengan Presiden Mahmod Abbas untuk membahaskan isu pembentukan kerajaan campuran, Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyyah mengatakan bahawa masalahnya bukan pada pertemuan-pertemuan kami. Namun masalahnya adalah sama ada Israel bersedia untuk mengiktiraf legalitasi pemerintah dan hak rakyat Palestin atau tidak?
Dalam sidang akhbarnya, Ahad (10/09) Haneyyah mengatakan, pertemuan dengan presiden Abbas memfokuskan kepada pembentukan kerajaan
campuran susulan pertemuan sebelumnya. Haneyyah berharap dapat mewujudkan kerajaan campuran secepat mungkin.
Isu-isu seperti sama ada embargo akan berakhir? Adakah negara Palestin dengan ibu kota Al Quds akan berdiri? Adakah tahanan Palestin akan dibebaskan? Apakah pelarian akan pulang ke Palestin? Inilah cerita pelik antara Palestin dengan Israel, menurut Haneyyah.
Pertemuan antara Abbas dan perdana menteri Ismael Haneyyah berlangsung setelah pertemuan antara Abbas dengan Perdana Menteri Britain di Ramallah, Tebing Barat. Setelah pertemuan Abbas dan
Hanneyyah, Dr. Ghazi Hamd, jurucakap pemerintah Palestin mengatakan bahawa tema perbincangan mereka adalah mengenai tawar-menawar pembentukan kerajaan campuran.
Hamd berharap agar Hamas dan Fatah serius menuju kepada pembentukan kerajaan campuran.