
Selasa , 12/09/06 –
Jurucakap kumpulan pejuang Hamas di Gaza, Sami Abu Zuhri, Isnin lalu mengumumkan bahawa rundingan antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ismail Haneyya telah berjaya. Turut hadir dalam pejumpaan Ahad malam itu adalah beberapa orang ahli Parlimen Hamas dan Fatah. Beliau berkata bahawa perkembangan positif telah dicapai di antara kedua-dua pihak dalam usaha membentuk kerajaan campuran.
Perkembangan pada dasarnya melibatkan pemindaan beberapa artikel berkaitan rancangan politik kerajaan campuran itu yang berasaskan dokumen kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua paksi politik Palestin. Abu Zuhri turut mengatakan bahawa beberapa langkah praktikal akan dilaksanakan selepas proses pemindaan itu siap. Beliau turut melaporkan bahawa kesungguhan daripada semua blok parlimen amatlah diharapkan demi mempercepat proses pembentukan kerajaan baru itu nanti.
Ahad lalu, Abu Zuhri mengatakan bahawa pergerakannya berminat untuk menubuhkan kerajaan campuran yang berdasarkan agenda dalaman, bukannya agenda luaran. Beliau menegaskan bahawa Hamas tetap enggan mengiktiraf Israel dan mengatakan bahawa kerajaan campuran yang akan dibentuk mestilah diketuai oleh pemimpin Hamas. Walaubagaimanapun, kumpulan kuartet antarabangsa menyifatkan Hamas sebagai berat sebelah dan menindas.