
Khamis , 21/09/06 –
Seorang penduduk Palestin gugur syahid dan seorang lagi cedera,Rabu
(20/09) dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Israel ke
wilayah Abu Shafiah timur Betlahia. Di beberapa tempat lain, Israel
masih melakukan kekerasan dengan menangkap dan merosakkan
infrastruktur Palestin.
Beberapa saksi menyebutkan, serangan udara Israel menyebabkan
seorang penduduk bernama Umar Lafi Abu Jarra’(22) syahid dan
seorang lagi, Sulaiman Musa Mubarak (27) cedera di bahagian tangan kanannya. Mangsa kemudian dibawa ke hospital Kamal Adwan. Sementara itu mangsa yang syahid, Abu Jarra’ tiba di hospital dalam keadaan hampir seluruh badannya hancur.
Sementara Israel mengesahkan terdapat dua warga Palestin yang
mendekati pengkalan militan Israel untuk menyerang mereka.
Dari Hebron dilaporkan, sekumpulan penduduk Yahudi dari perkampungan Susia di Baldah Yatha bahagian timur Hebron menyeksa
seorang warga tua yang berusia 79 tahun. Ia menyebabkan mangsa
cedera parah. Menurut sumber hospital Abul Hasan Al Qasim di Yatha,
mangsa, Khalil Muhammad Muslim Nawajiah (79) dimasukkan ke bahagian
kecemasan dalam keadaan parah.
Sementara itu di Nablus, Rabu (20/09) pasukan Israel pagi ini
menyerang Baldah Betfurik bahagian timur Nablus dan menangkap
seorang pemuda serta membakar sebuah rumah. Pemuda yang ditangkap
bernama Farras Afif Malithath (26) aktivis Front Kerakyatan.
Sebelum penangkapan, berlaku kejadian tembak-menembak antara pemuda
tersebut dengan pasukan Israel. Ia menyebabkan rumah Abdullah
Mahmod Hanani (40) terbakar. Selain itu kejadian tersebut juga
menyebabkan lima orang warga di sekitar rumah mengalami luka-luka
akibat peluru Israel.
menangkap tiga orang penduduk di wilayah ini. Di kem pelarian
Jenin, militan Israel menangkap seorang aktivis Jihad Islami.
Israel juga menangkap penduduk lainnya Muhammad Shalah Barki di kem
yang sama.
Sementara Basyar Muhamad dari Baldah Thamun ditangkap tentera
Israel setelah rumahnya digeledah. Sebelumnya Israel menggeldah
Baldah Zayadah di timur Jenin. Namun para pemuda di sana membalas
serangan Israel dengan batu dan kaca. Dalam aksi ini seorang
pemuda, Wisam Yusuf Abdul Qadir (15) ditangkap Israel.