
Khamis , 21/09/06 –
Kumpulan hak asasi manusia Israel, B’tselem baru-baru ini telah melaporkan satu insiden penderaan oleh rejim Zionis terhadap dua pemuda Palestin. Hari ini, siasatan kumpulan tersebut berkenaan insiden terbabit telah menyebabkan pendakwaan dilakukan ke atas dua daripada beberapa rejim Zionis yang terlibat dalam penderaan itu.
Kenyataan media kumpulan itu berkata, “ Selama beberapa tahun, B’tselem telah melaporkan tentang keganasan oleh pasukan pengawal terhadap penduduk awam Palestin. Baru-baru ini, terdapat kenaikan yang signifikan tentang laporan-laporan berkenaan yang diterima oleh persatuan ini. Kebiasaannya, pihak berkuasa tentera tidak begitu mengendahkan insiden-insiden sebegini, oleh yang demikian ini seolah-olah memberi mesej kepada para tenteranya bahawa penganiayaan terhadap penduduk Palestin bukanlah isu besar dan tidak akan mengakibatkan hukuman.”
Kenyataan itu meneruskan, “ B’tselem mengalu-alukan pendakwaan ke atas kes ini, dan mendesak Pejabat Jeneral Hakim Peguambela untuk meneruskan siasatan terhadap kes-kes keganasan dan penderaan dan memastikan bahawa hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah-penjenayah berkenaan adalah cukup berat untuk mengelakkan askar-askar lain daripada melakukan tindakan yang serupa.”
Insiden terbabit telah berlaku berhampiran a-Naqora, sebuah kampung di daerah Nablus. Kedua orang Palestin yang dipukul dengan teruk oleh rejim Zionis itu memfailkan aduan dan berpaling kepada B’tselem. B’tselem menulis kepada Pejabat Jeneral Hakim Peguambela dan menuntut kes ini disiasat. Berikutan surat B’tselem dalam kes ini dan kes-kes penderaan yang lain, Pasukan Polis Tentera telah menyiasat lapan kes lain yang melibatkan rejim Zionis memukul dan mendera penduduk Palestin.
Salah seorang askar yang didakwa mengambil telefon bimbit kepunyaan Tha’ir Muhsan, yang telah dipukul, dan kemudian menggunakannya untuk mengambil gambar rakan askarnya yang lain.
Menurut keterangan dari Muhsan, salah seorang askar terbabit meminta bukti pengenalan daripadanya dan mengarahnya berdiri di tepi jalan di sebelah seorang lagi pemuda Palestin, yang memiliki rakaman video ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah. Salah seorang askar terbabit memintanya membacakan apa yang ditulis dalam bahasa Arab dan menterjemahkannya.
Apabila Muhsan mengatakan yang beliau tidak tahu untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Ibrani, askar itu kemudiannya mengeluarkan sebatang tongkat kayu dari kenderaannya. Menurut pemuda terbabit, warga Palestin yang seorang lagi itu kemudiannya lari, dan rejim Zionis tersebut, yang tidak berjaya menangkapnya, telah mengikat tangan Muhsan dan memaksa dia mencari pemuda yang lari itu.
“Askar itu bertanya kepada saya `kenapa kamu suruh dia lari?’ Bila saya mengatakan yang saya tidak berkata apa-apa kepada pemuda itu, askar berkenaan mula memukul saya…dengan tongkatnya, kebanyakannya di kepala. Saya berkata kepadanya ` Sangat sakit, saya tak buat apa-apa pun.”