Bush bertemu Abbas di New York


Khamis , 21/09/06 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Rabu lalu telah bertemu dengan Presiden AS, George W. Bush di New York, dan telah membincangkan usaha-usaha untuk menghidupkan kembali proses pendamaian yang tergendala, Kerajaan Kesatuan Nasional, dan juga penyambungan semula bantuan kepada penduduk Palestin setelah ia dihentikan selepas Hamas menang di dalam pilihan raya perundangan Palestin Januari 2006.

Bush tidak banyak menjanjikan apa-apa, menurut sumber-sumber Palestin, beliau turut menyatakan bahawa beliau berharap sebuah negeri Palestin akan dapat diwujudkan seiringan dengan Israel, tetapi tidak bercakap tentang bantuan AS kepada penduduk Palestin yang telah dipotong sejak Hamas secara rasminya menduduki pejabat kerajaan Mac lepas.

Sebagai tambahan, Bush tidak memberi komen tentang usaha-usaha Abbas untuk mencipta sebuah Kerajaan Kesatuan Nasional di dalam kawasan Palestin.

Suatu sumber kanan pemerintahan Bush menyatakan selepas perjumpaan itu bahawa kerajaan AS tidak mengubah pendiriannya yang menegaskan bahawa penyambungan semula bantuan bergantung kepada pengiktirafan kerajaan pimpinan Hamas oleh Israel, menolak keganasan dan mengiktiraf perjanjian yang dahulunya telah ditandatangani di antara Israel dan kerajaan Palestin (PA).

Ketua perunding Palestin, Dr. Saeb Erekat berkata sebelum perjumpaan tersebut bahawa Abbas berharap untuk meminta pertolongan daripada Bush untuk mengembalikan semula proses pendamaian yang tergendala itu.

Abbas berkata beliau memegang kepada prinsip penyelesaian dua-negeri di dalam Timur Tengah.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya daripada parti Hamas berkata di Gaza pada hari Rabu, bahawasanya Hamas menolak syarat-syarat kumpulan berempat tersebut yang menuntut supaya kerajaan pimpinannya mengiktiraf Israel terlebih dahulu sebelum bantuan disalurkan semula kepada PA.

“Mereka memberitahu bahawa kami mesti mematuhi beberapa syarat; mengiktiraf pendudukan Israel, menolak penentangan dan menerima perjanjian berkenaan,” kata Haneyya, “tetapi kami ingin memberitahu mereka bahawa kami tidak akan mengiktiraf pengesahan pendudukan ini.”

Perkembangan terbaru muncul setelah kumpulan berempat terbabit bertemu di dalam pertemuan sampingan Perhimpunan Agung PBB, bagi merangka peraturan dan langkah-langkah dalam membincangkan penubuhan Kerajaan Kesatuan Nasional dan penyaluran semula bantuan kepada penduduk Palestin, yang telah dihentikan sejak enam bulan lalu.

Kumpulan berempat tersebut terdiri daripada PBB, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Russia.

Dalam insiden berkaitan, kumpulan berempat dari perantara pengaman Timur Tengah antarabangsa mengalu-alukan pada Rabu lalu usaha-usaha untuk mencipta sebuah kerajaan nasional Palestin yang bersatu, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian Internet, Haaretz.

Kumpulan berempat itu berkata ia berharap agar platform kerajaan Palestin “ akan menepati prinsip-prinsipnya”.

Juga, kumpulan berempat itu bersetuju untuk menghulurkan dan meluaskan mekanisma antarabangsa sementara untuk menyumbangkan bantuan kepada penduduk Palestin tanpa menghantar bantuan tersebut kepada kerajaan pimpinan Hamas. Ia juga `menggesa’ Israel untuk menyerahkan lebih $500 juta cukai dan hasil kastam yang ditahannya semenjak parti Hamas memenangi majority yang banyak dalam pilihan raya Palestin lalu.

Di Palestin, perangka undang-undang Fatah menuduh Hamas menukar pendiriannya terhadap penubuhan sebuah Kerajaan Kesatuan Nasional.

Perangka undang-undang Fatah, Mohammad Dahlan, menuduh Hamas sebagai mengamalkan `pembunuhan politik’ dan menyuarakan harapan agar ini tidak akan menyebabkan tercetusnya perang saudara.

Hamas membidas kenyataan-kenyataan tersebut dan berkata bahawa pergerakan itu memperoleh maklumat yang mendakwa pemimpin-pemimpin keselamatan atasan sebagai terlibat di dalam pembunuhan ketua Perhubungan Antarabangsa Perisikan Palestin.

Hamas menyifatkan pembunuhan pegawai keselamatan terbabit sebagai “pendedahan pembunuhan dalaman’ yang bertujuan untuk melemahkan kerajaannya dan kawalan keselamatan di dalam kawasan naungannya.