Remaja Palestin mati akibat cedera teruk dalam siri pembunuhan kejam Zionis


Khamis , 21/09/06 –Anak Palestin berusia 15 tahun, Hanan Mohamad Oda, Rabu lepas meninggal berikutan kecederaan serius yang dialaminya ketika tentera perisik rejim Zionis membunuh ayah dan abangnya awal bulan ini.


Anak gadis tersebut dipindahkan ke salah satu dari 1948 hospital berikutan keadaan kecederaannya yang serius dan beliau diistiharkan meninggal dunia selepas itu.

Hanan ditembak dengan lapan biji peluru menembusi bahagian badannya yang kecil itu apabila tentera rejim Zionis membunuh ayah dan abangnya, yang merupakan ahli AMB, dalam satu trajedi pembunuhan kejam. Saudara perempuannya Azhar pula terkena 3 das peluru dan masih dalam rawatan.