‘Israel’ Negara Tertinggi Kes Pembunuhan Isteri


Khamis , 21/09/06 –
Akhbar Yedeot Aharonot, Selasa (19/9) menyiarkan berita Israel negara tertinggi kadar pembunuhan isteri oleh suaminya. Pihak Kehakiman Israel menyeru agar pemerintah serius menangani masalah ini dengan membuat undang-undang yang dapat melindungi kaum wanitanya.

Pihak Kehakiman Tertinggi Israel juga meminta pemerintah agar bertindak segera menghentikan pembunuhan terus menerus terhadap para wanita. Pihak kerajaan hendaklah mengambil tindakan dan bukan bersabar apabila mendapat laporan keganasan rumahtangga yang dilaporkan. Setiap kes perlu diambil perhatian, disiasat dan
dikenakan tindakan setimpal.

Selama pihak isteri masih merasa terancam oleh suaminya, maka suaminya perlu ditahan hingga
siasatan selesai. Jurucakap pihak polis Israel menyebutkan, setiap hari pihaknya menerima 56 kes keganasan rumahtangga. 43 kes berlaku terhadap
wanita. Beliau menambah, puluhan ribu wanita Israel masuk hospital setiap tahun akibat penganiayaan di dalam keluarga.

Sementara itu, menurut para pakar psikologi Israel, keganasan rumahtangga Israel adalah akibat keadaan rakyat Israel yang berlainan jenis suku kaum. Penduduknya terdiri dari pelbagai
keturunan dan amalan budaya yang berbeza-beza. Mereka yang berketurunan dari Barat merasa lebih berhak atas negara ‘Israel’.

Sebaliknya kaum Israel dari pelbagai tempat yang lain turut merasa mereka lebih berhak terhadap negara ‘Israel’ .Hal ini juga berlaku akibat semangat kesukuan yang tinggi mendorong mereka merasa lebih tinggi dari yang lain.